BAB 3

32 1 0
                                    

"Mak, kan adik cakap adik tak nak. Buat apa mak dengan abah pergi terima pinangan tu?" Suara Nayla Amani sudah kedengaran sedikit nyaring.

"Sebelum ni kami dah ikut dan turutkan kehendak kamu. Kali ni kamu tak ada pilihan." Jawab abahnya Encik Jailani.

"Tapi abah..."

"Suka sangat ke bergelumang dengan hutang?" Puan Ainun memintas kata-kata Nayla Amani.

"Sampai sepuluh ribu dik, buat apa dengan duit banyak tu semua? Lepas tu adik tak bayar satu sen pun."

"Ohhh, jadi mak nak jual adik la ni?" Dia sudah dapat mengagak siapa bakal suami 'bertuah' dia tu.

"Tak jual tapi adik kena buat pilihan. Bayar hutang dia atau kawin dengan dia." Jawab Puan Ainun lagi.

"Mana adik nak cekau duit banyak tu mak?" Nayla Amani akhirnya menghempaskan badan ke atas kerusi sofa setelah dari tadi hanya berdiri sahaja.

"Mak tak tahu. Adik pun tahu kan kita ni bukannya orang kaya. Tak berduit. Abah pun bukannya kerja lagi dah. Hanya jadi iman dekat masjid kampung ni je dik. Duit gaji jadi imam tu pun cukup makan untuk kami berdua je."

"Jadi adik tak ada pilihan lah ni?" Nayla Amani memandang kedua-dua orang tuanya.

"Dik, isu hutang ni berat dosanya. Kalau adik tak mampu, memadai lah kalau dik mempermudahkan segala urusan sahaja. Terima je lah dia. Abah yakin dia akan jaga adik sebaik mungkin." Tenang sahaja suara Encik Jailani menuturkan kata.

Nayla Amani mengeluh. Kata-kata abahnya sukar untuk disangkal lagi. 5 tahun dia berhutang dengan Ammar Luthfiaz dan satu sen pun dia tidak berusaha walau sekali untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut.

"Cukup lah adik tipu mak dengan abah pasal perkara dekat universiti dulu. Mak abah tau adik gunakan duit tu untuk sambung pelajaran yang tertangguh, tapi hutang wajib dibayar dik. Walaupun yang hak tak menuntut sekali pun. Ni yang hak dah tuntut tapi bukan duit tapi satu ikatan yang suci. Jangan menolak dik untuk bina masjid ni. Jangan pernah menolak qada' dan qadar Allah ni. Abah yakin Ammar bukan seperti bekas suami adik tu. Abah yakin." Encik Jailani menepuk-nepuk bahu Nayla Amani.

"Mak abah masuk tidur dulu lah ya." Kedua-dua pasangan itu akhirnya menghilang ke dalam bilik kecil yang berdindingkan kayu itu.

Nayla Amani melepaskan nafas yang sedikit sarat. Dia tiada pilihan. Keluarganya sentiasa mendesaknya.

Haruskah dia terima pilihan orang tuanya kali ini? Dulu dia kahwin muda dengan lelaki durjana itu kerana ikutkan darah muda dan cinta yang membara-bara tetapi akhirnya kecundang di tengah jalan.

Sesungguhnya dia dalam dilema.

************************************

Cliche kan kawin paksa nih? Ahakss. Jom baca bab seterusnya nak tahu cliche atau tak.

Cuddle Love Where stories live. Discover now