BAB 4

39 1 0
                                    

"Hud nak main layang-layang ni ke?" Nayla Amani duduk bertinggung sambil bercakap dengan anak lelakinya.

"Nak, nak." Jawab Hud dalam pelat budak umur 3 tahun.

"Tapi mama tak pandai mainlah sayang. Jom kita cari pak ngah, nanti suruh pak ngah ajar Hud main layang-layang okey."

Hud mengangguk. Tangan kecil Hud dipimpin Nayla Amani sambil kepalanya terjenggul-jenggul mencari kelibat abangnya Fateh yang hilang entah ke mana.

Hari ini ada pesta wau di kawasan pantai berdekatan kampungnya. Jadi ramailah orang. Sehingga abangnya sendiri hilang.

"Biar papa ajar Hud main layang-layang ya." Datang seorang lelaki menundukkan badannya agar sama tinggi dengan Hud sambil menggosok-gosok rambut lurus Hud.

Nayla Amani lantas terkejut. Ammar Luthfiaz bisik hatinya. Ammar Luthfiaz memandang ke arah Nayla Amani yang sedang memandangnya dengan muka yang sangat jelik. 

"Papa?" Tanya anak kecil itu kepada Nayla Amani.

"Papa Hud?" Ulang Hud lagi.

"Ya sayang. Papa Hud la ni. Jom kita ke sana, kita main layang-layang nak?" Ajak Ammar Luthfiaz sekali lagi.

"Mama?" Hud seakan meminta kebenaran dari Nayla Amani untuk mengikuti Ammar Luthfiaz.

"Sebelum Hud ni melalak tak tentu pasal, baik kau bagi jelah. Kang tak pasal-pasal orang tuduh kau culik budak pulak." Sinis sahaja ayat yang baru dilontarkan oleh Ammar Luthfiaz tu.

Nak tak nak dia terpaksa juga bersetuju untuk mengikuti Ammar Luthfiaz ke kawasan lapang sedikit bagi memberi laluan kepada anak 'terunanya' untuk melepaskan gian bermain layang-layang.

Nayla Amani bertenggek di atas kerusi batu sambil memerhatikan Ammar Luthfiaz melayan kerenah Hud.

"Bertuah Hud dapat papa segera. Mama Hud dah jatuh cinta ke tu?" Usik Fateh yang tiba-tiba sahaja datang dan melabuhkan punggung di sebelah Nayla Amani.

Nayla Amani menjeling tajam abangnya. "Muluttt. Memang tak ada insurans kan?"

Fateh gelak besar mendengarkan bebelan dari adik bongsunya itu.

"Bukan apa dik. Bang ngah tengok si Ammar tu elok je layan Hud tu. Dah macam anak sendiri. Tak kekok sikit pun."

"Huh!" Nayla Amani merengus. "Malas lah cakap dengan bang ngah. Bak kunci kereta. Adik tunggu kat kereta jelah. Bang ngah je la tengokkan Hud dengan Ammar tu."

"Aik, tadi cakap nak datang sini, belum apa-apa dah nak balik? Bukan ke adik yang tadi beria-ia ajak abang datang?" Dalam Fateh membebel, tetap juga kunci kereta dihulur kepada Nayla Amani.

"Adik tak ada mood." Terus Nayla Amani berlalu dari situ.

Fateh sekali lagi ketawa melihat gelagat adik bongsunya yang entah apa-apa. Tiba-tiba tak ada mood disebabkan kehadiran seorang Ammar Luthfiaz.

************************************

Done BAB 4. Macam biasa malas nak merepek merapu panjang-panjang.

Cuddle Love Where stories live. Discover now