Encik Juruteknik

19.7K 135 9
                                    

Aku mengemas fail yang berselerak atas meja. Tinggal lagi 10 minit pukul 6.00 petang. Aku mencetak tugasan kerja yang terakhir. Kemudian berlalu ke printer room untuk mengambil cetakan aku tadi. Tapi yang pelik, tak keluar pulak yang di cetak tadi. Ah.. sudahhhh...mesti printer rosak lagi. Aku mengambil keputusan untuk menelefon technician printer besok pagi saja.

Keesokannya, aku menelefon ibu pejabat printer itu yg terletak di PJ. Telefonis mengatakan technician akan datang pada pukul 11.00 am. Hmmm...

Setelah waktu hampir menunjukkan pukul 11.30, barulah technician printer tu datang. Aku geram sebenarnya sebab banyak kerja yang terbengkalai semata mata menunggu technician tu datang. Sebaik saja dia berpusing, aku terpaku. Di depanku, berdiri seorang lelaki muda yang tampan. Berusia lebih kurang aku. Tertelan air liur aku di buatnya.

"Abang ni Uzir ke?" Tanyanya.

"Ye saya, kenapa?"

Dia merenungku dalam dan tersenyum. Tall, dark and handsome. Aku berdebar, entah kenapa.

"Saya technician printer. Mana printer abang yang rosak tu?"

"Ada kat dalam."

Aku tunjukkan printer yang rosak itu, dan kembali menyambung kerjaku....

"Abang, cuba print."

Aku terkejut.

"Eh, dah ok ke printer?"

"Dah, cuba lah print apa2."

Cepatnya siap.

"Laju nya buat kerja." Kataku memuji sedikit. Benda betul apa salahnya.
Dia tersenyum.

"Benda sikit je yang rosak tu."

Aku hanya senyum dan mengangguk. Dia memberikan aku invois servis dan aku stamp nama company, setelah itu, dia berlalu pergi. Aku melihat namanya di bahagian nama technician.

"Hezrisham."

Pada malamnya, aku online di messenger. Aku menunggu seseorang. Tak lama kemudian, dia pun muncul.

Techie. Hi sayang!

Aku tersenyum. Lalu membalas.

Bluebird19 Hi abang!

Yaaa.. Begitulah aku. Boleh dikatakan setiap malam aku akan online dan berchatting. Aku kenal dia di sebuah laman sembang. Dia memang pandai pasal komputer. Bekas hacker. Orang nya sangat misteri. Nama sebenarnya pun aku tak tahu. Walaupun begitu, aku selesa berkawan dengannya. Boleh dikatakan dia tahu semuanya tentang aku. Makanan favourite, tempat makan favourite, termasuk diriku yang gay. Dah masuk setahun jugak aku kenal dia. Tapi malangnya, kami belum pernah bersua muka walaupun sekali. Bukan tak mahu berjumpa. Tapi tiada keperluan buat kami. Aku ikhlas berkawan dengannya, sebab itu aku tak kisah bercerita semua pasal diri aku. Dia memanggil ku sayang, bukannya kami bercinta pun. Tapi katanya, panggilan sayang itu kedengaran mesra dan sesuai dengan aku. Sebenarnya, dia tak tahu bahawa aku mencintainya dalam diam. Biarlah, mungkin lebih baik begitu.

Di pendekkan cerita, selang sebulan, printer tu kaput lagi. Arghhhh...terbengkalai lagi kerja aku. Seperti biasa, aku akan call ibu pejabat printer itu sebelum mereka arahkan mana2 technician datang.
Pukul 11.00 pagi, budak technician tu pun datang.

Dia lagi...

Kali ini, dia terus menuju ke bilik printer. Aku menyambung kerjaku. Selang setengah jam kemudian...

"Abang Uzir... "

Aku memandangnya dan tersenyum. Seperti biasa, dia kelihatan kacak walaupun sekadar memakai t shirt uniform sahaja.

Cerita Pendek Gay dan seumpamanya. Where stories live. Discover now