40 ; Bahagia Bukan Kita♡

Comenzar desde el principio
                                    

"Sorang je mama? Papa mana?" soal Hana apabila menyedari rumah agam itu sunyi seperti tiada penghuni.

"Taklah. Berdua kat rumah. Orang gaji dengan tukang kebun mama cuti." ujar Datin Azwa sambil menuang teh.

"Berdua?" Hana hairan.

"Ha Ah. Nizam ada kat atas." ujar Datin Azwa.

"Ni.. Nizam?" soal Hana gagap. Jantungnya berdetak laju. Wajahnya bertukar pucat. Tangannya menggigil kecil.

"Mama panggil dia. Nizam! Zam turun meh! Ada Hana ni!" panggil Datin Azwa.

Tersentak Hana apabila lelaki itu sudah menuruni anak tangga sambil tersenyum.

"Hai Hana." ucap Nizam. Sempat dia menyentuh bahu wanita itu ketika lalu ditepinya.

"Mama, dekat fridge ada cheese cake. Boleh tolong hidangkan?" pinta Nizam. Matanya sedari tadi menikam wajah Hana.

Datin Azwa mengangguk dan mengatur langkah ke ruang dapur.

Hilang sahaja bayangan mamanya, Nizam mendekati Hana pantas. Pisau belati yang tersedia di tangannya dimainkan di pipi mulus Hana.

Tersentak Hana. Baru sahaja dia ingin menjerit, Nizam memberi amaran.

"Kau jerit. Mampus kau!"

Hana diam.

Nizam bertindak agresif. Dikelar sedikit pipi Hana sehingga berdarah. Terjerit kecil Hana dengan tindakan itu.

Datin Azwa yang baru sahaja mahu menapak ke ruang tamu semula membatalkan niatnya apabila melihat anak lelakinya bertindak mengasari Hana. Pantas dia berlari anak ke dapur semula mencapai telefon pintar yang ditinggalkan sebentar tadi. Selesai dia menghubungi seseorang dia berlari semula ke ruang tamu mendapatkan anak dan bekas menantunya.

"Nizam!" menjerit Datin Azwa dengan tindakan anaknya yang menindih dan sedang berusaha menikam Hana.

Nizam mengabaikan teriakan mamanya. Dia bertindak ingin menikam wanita di bawahnya ini.

"Aku dah cakap perempuan! Kalau bukan aku, takkan ada siapa dapat kau!" tengkingnya seraya menekan kuat pisau yang ditahan Hana.

Setitik-titik darah mula jatuh dari genggaman tangan Hana. Tangannya sudah bergetar untuk melawan kekuatan Nizam. Sakit tanganya terkena sisi tajam pisau tersebut. Hana tidak menyangka Nizam akan bertindak begini.

Zaqril yang menerjah masuk ke dalam rumah tersebut menyentak Hana. Serta merta pisau yang ditahan sedari tadi berjaya menikam ke perut Hana. Terbuntang matanya menerima tikaman itu.

"Argh!" jerit Hana. Tersekat nafasnya. Kesakitan yang dia rasa saat ini hanya Allah yang tahu.

Melihat kejadian itu Zaqril ditampar amarah yang membuak. Dilayangkan satu penumbuk keras ke arah Nizam. Terdorong ke belakang lelaki itu. Zaqril bertindak agresif. Leher Nizam dicekik kuat sehingga lelaki itu terkapai-kapai menolak cengkamannya.

"Zaqril! Jangan jadi pembunuh!" jerit Haziq yang baru tiba. Dia mengekori Zaqril dari belakang apabila lelaki itu meninggalkan bilik mesyuarat tanpa berkata apa-apa dan kelihatan cemas.

Zaqril melepaskan cengkamannya. Banyak kali dia mengucap dan beristighfar dalam hati dengan tindakannya. Tubuh isterinya yang dibanjiri darah itu dihampiri. Dibiarkan Datin Azwa yang bertindak menahan Nizam.

"Sayang..." Zaqril memegang pipi isterinya yang basah dek airmata.

Hana sekadar membalas dengan senyuman nipis. Matanya layu. Mungkin menghadap sakaratulmaut.

"Zaq. Kita bawa ke hospital sebelum terlambat." ujar Haziq.

Zaqril mengangguk laju. Tubuh isterinya dicempung. Terus dibawa keluar dan memasuki kereta abang iparnya. Laju sahaja kereta itu meluncur membelah jalan raya. Sebaik sahaja kereta mereka bergerak barulah polis tiba.

"Tahan sayang... Stay with me please..." rayu Zaqril.

"Abang tak sanggup hilang sayang... Please stay... Hana tahan sayang..." teresak Zaqril melihat keadan isterinya.

"Abang, kun.. Fa... Ya.. Kun... Ji...ka...itu...ke..hen..dak..tu..han..a..bang.. re..dha..lah." ujar Hana tersekat-sekat.

"Cepat Ziq! Aku tak nak hilang isteri aku Ziq! Cepat!" Zaqril mendesak Haziq melajukan pemanduan. Jantungnya tidak keruan bila isterinya mengucapkan kata-kata sedemikian.

Bukan perpisahan seperti ini yang Zaqril harapkan di antaranya dan Hana. Zaqril belum puas mengecapi bahagia hidup berumah tangga bersama Hana. Pada saat kebahagiaan mereka kecapi, hari ini segalanya musnah. Nyawa isterinya berada dihujung tanduk.

'Selamatkan isteriku ya Allah...' rintih Zaqril dalam hati. Hatinya hiba. Jiwanya meraung. Bagai ditusuk belati hatinya melihat Hana menderita dihadapannya. Cinta hatinya menderita... Argh! Sakitnyaaaa!!

•﹏•

Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)


Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Donde viven las historias. Descúbrelo ahora