29 ; Jawapan?💍

10.3K 272 20
                                    

"DARI dulu sampai sekarang, Encik Eiz Zaqril ni memang degil nak pergi klinik kan?" soal Hana menyindir seraya memecah kesunyian antara mereka.

Zaqril tergelak kecil. Faham dengan kata-kata Hana.

"Hana.. Jawapan I bila nak dapat?" soal Zaqril selamba. Saja menduga wanita di sebelahnya.

"I'm yours Zaqril. And you're mine." jawab Hana. Pemanduannya masih difokuskan. Tidak langsung diapalingkan wajah memandang Zaqril disebelahnya. Malu sebenarnya. Hehe.

"Ha?" Zaqril blurr... Tidak mengerti dengan apa yang disampaikan wanita itu.

Sesaat dia memandang wajah Hana yang masih fokus memandu. Otaknya masih mentafsir kata-kata Hana. Haih..  Slow betul Zaqril ni.. -,-

"Kejap! You setuju?" soal Zaqril memohon kepastian. Baru sedar dengan kata-kata Hana.

"I won't say twice. Cukup sekali ini dan awak sudah tahu." jawab Hana.

Zaqril terpempan. Bagai terkunci suaranya. Dia pandang Hana yang masih fokus memandu. Terasa seolah seluruh bunga mekar menjalar di hatinya. Dia bahagia! Dia gembira! Dah macam ada rama-rama dalam hatinya.

Hana sekadar mengukir senyum. Sesekali dia memandang sekilas ke arah Zaqril yang dari tadi merenungnya dengan senyuman. Angau betul bakal suaminya ini.

"Sabtu ni saya cuti. Datanglah rumah ayah bonda. Kita bincang." ujar Hana.

Zaqril sekadar terangguk-angguk. Serupa kerang busuk tersengih sahaja dari tadi. Angau betul dah ni. Hebat betul penangan si Hana ni kat dia. Ni lah kalau dah terlanjur cinta. Dunia pun lupa.

"Dah lah tu. Hilang macho tengok orang macam nak terkeluar biji mata." seloroh Hana. Dia tergelak kecil.

Zaqril sudah tersengih. Sedar keterlanjurannya merenung Hana tanpa henti dari tadi. Pantas pandangnya kini dialihkan menghadap jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

"Malam ni keluar dengan I?" soal Zaqril.

"Boleh. Tapi Qy...."

"Bawa Qyra sekali." belum sempat Hana menghabiskan ayatnya Zaqril terlebih dahulu memotong.

Hanya anggukan menjadi jawapan. Zaqril sudah tersenyum senang. Akhirnya! Wanita ini menjadi hak mutlaknya semula selepas ini.

❤❤❤

"QYRA.. sini jap.." panggil Zaqril. Laju sahaja anak kecil itu menurut.

"Uncle nak tanya.. Qyra nak papa baru tak?" soal Zaqril seraya memangku anak kecil itu.

"Nak. Tapi Qyra tak nak paksa mama. Kesian mama nanti stress." jawab si kecil itu dengan petah.

"Kalau uncle jadi papa Qyra, Qyra nak?" soal Zaqril lagi. Sekali lagi anak kecil itu mengangguk laju.

Hana sekadar memerhati Zaqril yang asyik menyoal puteri tunggalnya itu. Buat masa ni tunggallah. Lepas kahwin mungkin dan tak tunggal.. eh?

"Uncle nak mama?" soal si kecil Qyra serata memegang pipi kanan Zaqril.

"Nak. Nak sangat." jawab Zaqril. Senyuman ikhlas diukir dibibirnya. Matanya memandang Hana.

"Then, uncle tunggu apa?" soal Qyra lagi. Kepala disengetkan bersoal jawab dengan cara manja.

"Tunggu hari." jawab Zaqril.

"Hari?" sekecil itu sudah mengerutkan dahi. Tidak memahami apa yang cuba disampaikan. Yelah kan kecik lagi mana budak suci ni faham halahhh.

Dugaan Hati♡Onde histórias criam vida. Descubra agora