25 ; 🌹

9.8K 283 27
                                    

"EIZ? Tak kerja?" soal papa menegurku.

Aku sekadar menjawab dengan gelengan. Tak ada mood aku nak kerja. Berita yang aku terima dua hari lepas cukup meragut hati aku.

Sedang leka aku menikmati makan malam dengan papa dan mama. Mama bersuara memecahkan kesunyian antara kami.

"Mama dengar Hana dah bertunang dengan Afeef. Cepat betul dia gantikan kamu Eiz. Kamu tu? Bila nak move on?" soal mama. Pedas. Perit betul kenyataan yang aku dengar.

"Hana dah tunang?" soalku.

Mama mengangguk. Aku tersenyum kelatTerasa kepedihan di jiwa.

"Mama Afeef cakap, lagi dua minggu nikah. Nanti kita pergi ya?" soal mama.

Aku sekadar membalas dengan senyuman. Entah mampu tidak aku melihat wajah ceria Hana kelak.

"Eiz!" panggilan papa menyentak lamunanku.

"Sampai bila Eiz nak macam ni? Syarikat tu jangan tinggal lama sangat Eiz. Rugi kita nanti." ujar papa.

"Ya pa, esok Eiz masuk. Eiz nak rehat hari ni. Eiz penat." balasku acuh tak acuh.

❤❤❤

"AFEEF... " seru Hana.

"Ya sayang?"

"Cantik tak baju ni?  Saya nak buat baju ni untuk baju nikah kita." ujar Hana sambil menunjukkan sebuah dress labuh yang simple berwarna peach.

"Cantik sayang. Tapi kita tengok lagi ya? Maybe ada yang lagi cantik for you?" pujuk Afeef.

"Sejak bila awak memilih baju ni? Dulu awak ikut je kalau simple." ujar Hana hairan.

"I want the best for our wedding!" balas Afeef ceria. Hidung Hana dicuit lembut.

Puas mereka masuk butik pengantin. Tapi tiada satu pun yang Afeef setuju. Hairan Hana dengan perangai bakal suaminya ini.  Memilih betul ni. Penat kakinya, dek kerana memilih baju pengantin sedari tadi.

"Sayang... How about this?" soal Afeef sambil menunjukkan dress yang menjadi pilihannya.

Aku tersenyum. Cantik! Pandai Afeef pilih.

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
Dugaan Hati♡Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon