Hajah Nauzah bersuara. Sekali itu memecah kesunyian antara mereka sekeluarga."Aku nak tanya. Kenapa kamu dengan dia ni...."

"Nenda.." Zaqril memintas sebelum habis kata-kata nendanya.

"Ini hidup Zaq nenda. Zaq ada hak tentukan isteri Zaq. Kenapa nenda nak sibuk-sibuk? Kalau nenda nak harta nenda balik. Ambillah! Zaq tak peduli. Zaq sanggup mengemis dari ikut cakap nenda lagi!" jerkah Zaqril. Dia mahu tegakkan haknya. Dia mahu pertahankan masjidnya!

Hana sekadar menunduk. Tidak berani mencelah.

"Aku tak habis cakap lagi kau dah potong. Nak kena piat telinga ke?" soal Hajah Nauzah. Zaqril di hadapannya dijeling.

Tersentak Zaqril bila ditegur begitu.

"Aku nak tanya aje. Kenapa kamu bercerai dengan dia dulu kalau kamu dah sedar kamu cintakan dia dulu?" soal Hajah Nauzah.

"Sebab... Zaq ingat nenda takkan terima Hana. Dulukan Zaq takut nenda. Sekarang Zaq dah berani sikit nak pertahankan cinta hati Zaq ni." jawab Zaqril sambil menunduk. Takut-takut dia memandang nendanya.

"Tu dulu. Sekarang siapa pun pilihan kamu nenda terima. Janji bahagia. Syukurlah kamu tak setuju nak kahwin dengan si Ifra tu dulu. Teruk rupanya perangai." ujar Hajah Nauzah lalu menyisip sikit teh susu yang dihidang anaknya.

"Lagi satu aku ni nak menanya. Dah kenapa ambil anak angkat? Tak nak ada anak laki bini? Ke kamu tu Zaqril tak nak sentuh isteri kamu?" soal Hajah Nauzah pedas.

Tersentak Zaqril. Laju dia menggeleng. Hana yang di sebelahnya dipandang.

"Bukan begitu nenda. Qyra tu anak angkat Hana dengan arwah bekas laki dia dulu. Nenda jangan salah faham. Zaq ikhlas terima kebaikan dan kekurangan isteri sendiri." jawab Zaqril jujur. Bahu isterinya dipeluk.

"Baguslah. Bila nak tambah cucu nenda ni?" soal Hajah Nauzah lagi.

"Lagi lapan bulan kut." jawab Zaqril perlahan.

"Lah? Dah mengandung rupanya. Eloklah esok kita keluar ya Hana. Nenda nak shopping baju baby. Barang baby semua. Biar nenda yang belanja." ujar Hajah Nauzah memandang Hana.

Hana angguk. Senyuman diukir dibibirnya.

"Awal lagi nenda nak beli." sampuk Zaqril.

"Ha ah mak, tak ke awal lagi nak beli. Lama lagi si Hana tu nak bersalin." sokong Puan Sri Mikayla.

"Ape kamu semua ingat umur aku ni sampai dia bersalin ke? Mahunya esok aku dah tak ada? Kempunan je aku nak belikan barang baby untuk anak cucu aku. Suka hati akulah nak beli bila. Kamu ni,  kecoh aje." bebel Hajah Nauzah.

Hana tergelak kecil bila melihat wajah ibu mertua dan suaminya. Sama je anak beranak. Haha.

"Zaq ikut boleh nenda?" soal Zaqril.

"Boleh. Angkat barang. Jangan ngelat ye. Dah offer kan." jawab Hajah Nauzah.

Zaqril tayang riak tak puas hati. Memang kena bulilah dia esok.

🐳

"Sayang... Bila nak balik ni?" Zaqril letakkan kepalanya di bahu kiri Hana. Mengadu pada sang isteri.

Hana tergelak kecil. Pipi kiri suaminya diusap lembut dengan tangan kirinya.

"Kejap lagilah. Tunggu nenda. Tak puas lagi tu nenda beli baju baby." pujuk Hana lembut.

"Hmmm penat sayang." Zaqril mengadu. Sekali tengok dah persis budak-budak merayu pada ibunya.

"Amboi jangan buat drama sini. Dah jom balik." celah Hajah Nauzah. Melihat karenah Zaqril dari jauh, menarik dia untuk mendekati pasangan suami isteri itu. Sempat dia dengar Zaqril mengadu penat.

"Boleh balik dah nenda?" soal Zaqril teruja.

"Dah aku tengok engkau dua macam ulat bulu. Baik balik sebelum terbabas. Nanti nenda beli lagi bila nenda nak." jawab Hajah Nauzah lalu mengatur langkah meninggalkan pasangan tersebut terpinga-pinga.

"Jom sayang." Zaqril menggamit tangan isterinya mengikuti langkah Hajah Nauzah.

"Abang, tak happy ke tengok nenda macam tu?" soal Hana dalam nada berbisik.

Tangan Zaqril naik melingkar dipinggang Hana. Senyuman diukir. Seraya itu baru dia menjawab. "Happy sayang. Malah bersyukur. Allah mudahkan urusan kita. Alhamdulillah. "

Hana senyum. Alhamdulillah Allah lindungi rumah tangga mereka kali ini. Semoga kekal kebahagiaan ini.

•﹏•

Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)


Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now