-misssweettalker-

7 1 0
                                    

Satu kelas itu bingit apabila mendengar suara Amran yang sumbang itu sambil memetik guitar yang dibawanya dari bilik muzik.

"...Baby baby jangan jangan tinggalkan aku, baby baby jangan jangan merajuk sangat sampaiku tunggu sampaiku tunggu kamu. Sumpah sakit baby iloveyou..." aku menutup telinga kemudian aku berdiri sambil bercekak pinggang.

Amboi amboi dia fikir aku diam. Dia fikir aku suka ke? Ey jebon punya mamat!

"Hoi amran! Kau fikir aku suka ke dengar suara sumbang kau tu? Dah kau pergi pulangkan guitar itu dekat bilik muzik. Sekarang!!!!! Sebelum cikgu bolat tu marah"degus aku geram. Padam merah wajah aku dibuatnya, geram!

"Tapi..tapi saya just nak awak tahu yang saya suka dekat awak.."sayu saja nadanya. Aku membuat muka meluat.

"Kau buat drama apa ni Amran? Pukul 7 belum lagi, kau jangan buat drama tak berbayar boleh tak dekat sini. KAN AKU DAH PERNAH BAGITAHU KAU YANG AKU TAK SUKA KAU!!!!!"kedua belah tangan aku genggam menahan amarah. Satu kelas melihat drama tak berbayar daripada Amran.

"Tapi...tapi.."ayatnya dipontong oleh aku. Saja buat gagap fikir aku simpati sangat ke?

"Apa tapi tapi? Dah aku taknak dengar apa apa keluar daripada mulut kau. Yang aku tahu kau pergi hantar guitar tu dekat bilik muzik sekarang, nanti cikgu bolat tu marahlah. Ya allah, kenapalah kau hadirkan orang macamni dalam hidup aku.."ujar aku dengan nada yang serak kemudian aku duduk semula setelah Amran berlalu pergi ke bilik muzik.

Nampak saja mata mata kawan sekelas aku masih tumpu kepada aku....

"Apa apa pandang pandang? Tak puas lagi ke tengok drama tak berbayar tadi?"soal aku geram. Semua orang balik ke tempat masing masing dan buat kerja mereka. Anis disebelah dijeling oleh aku. Happylah tu, kawan dia kena bahan nanti. Sakai!

Eyy mamat jebon kau tunggulah nanti.

...................

Pintu rumah diketuk bertalu talu oleh Harraz. Puan Mariam yang baru sahaja usai mendirikan solat isyak di biliknya terus turun ke bawah untuk membuka pintu.

"Ya allah! Harraz apa nak jadi dengan kamu ni? Nasib walid kamu dah tidur"ujar Puan Mariam terkejut dengan penampilan anak terunanya itu.

Baju kemeja putih yang dipakai terdapat bau arak yang sangat kuat. Kemudian rambutnya serabai seperti baru saja bangun tidur.

"Shuu. Ummi jangan bagitahu walid ye nanti walid tarik kad credit Harraz semua, ok?"balasnya separuh bisik lalu mencium pipi kanan umminya.

Puan Mariam menggelengkan kepalanya, tidak sangka anaknya berani membuat sedemikian. Walhal keturunannya tidak pernah ada perangai buruk sebegitu.

Ummi harap kamu berubah selepas berkahwin dengan pilihan ummi nanti.

MiSs, SwEeT TaLkErWhere stories live. Discover now