34 ; Antagonis Lagi?!

Start from the beginning
                                    

"Jom." ajak Zaqril kepada Hana dalam nada berbisik.

Pantas suami isteri itu mengatur langkah ke bilik tidur mereka. Makin lama nanti makin berbahang dibuat Haziq. Hana tahu abang sulungnya itu memang tidak akan berhenti membuat pipinya merah kerana malu.

🐳

"SAYANG" panggil Zaqril.

Hana membalas pandangan suaminya dengan senyuman. Kejap lagi membebellah tu. Sebab dia buat kerja rumah. Siap masak dinner lagi untuk mereka suami isteri.

"Kenapa masak ni sayang. Kan abang dah banyak kali cakap, kita makan luar je malam ni. Penat sayang nanti. Sayang tu mengandung. Kalau apa-apa jadi, nak jawab apa kat bonda nanti? Mahu kena bebel abang nanti sayang." bebel Zaqril. Geram dia dengan isterinya yang degil itu. Orang nak bagi dia rehat. Dia sibuk buat semua benda. Hish!

"Abang.... Isteri orang lain tu pun mengandung juga. Okay je." jawab Hana selamba. Baginya, Zaqril terlalu over protective.

"Itu isteri orang. Bukan isteri abang. Lepas ni, jangan buat apa-apa ya sayang? Kalau sayang degil, abang hantar sayang balik rumah mama. Biar sayang kena bebel mama kalau sayang buat semua kerja ni." tambah Zaqril. Sengaja diugut sang isteri.

"Yelah. Jom makan?" ajak Hana.

"Abang mandi dulu sayang. Isyak pun belum sayang. Sayang tunggu abang ya." pesan Zaqril . Setelah mendapat anggukan Hana baru dia melangkah ke tingkat atas.

Hana mengatur langkah ke ruang tamu. Terhenti langkahnya apabila mendapati telefon bimbitnya yang berada di atas meja dapur berdering.

"Siapa pula kacau aku malam buta ni." keluh Hana. Malas dia mengangkat panggilan dari orang luar. Baginya sebaik sahaja suaminya balik dia akan fokus pada lelaki itu.

Unknown calling...

"Hello?" Hana menyapa terlebih dahulu.

"Dengar sini perempuan. Kalau bukan aku jadi suami kau! Takkan ada lelaki lain yang jadi! Aku mampu buat apa sahaja! Kalau suami kau sebelum ni pun boleh mampus oleh aku. Takkan suami kau sekarang tak bolehkan? Siap sedia lawat kubur lagi perempuan!" ugut seseorang dihujung talian kemudian mematikan panggilan tersebut.

Terkedu Hana. Ugutan gerangan tersebut bagai menyentak hatinya. Jantungnya berdegup pantas. Tangannya naik memegang dada. Terasa sesak seketika.

"Apa maksud dia... Afeef..." Hana berbisik sendiri. Adakah lelaki itu meninggal kerana kemalangan yang dirancang?

"Sayang..." panggil Zaqril. Dia dengar isterinya menggumam nama Afeef. Tapi diabaikannya. Biarlah dia tunggu sehingga isterinya itu buka mulut bercerita sendiri.

"Abang.. Jom makan?" pelawa Hana. Sehabis baik dia memaniskan wajah. Risau jika Zaqril dapat menghidu debar dan resah dihatinya.

"Jom... Lapar dah ni." ujar Zaqril. Langkah Hana dituruti.


❤❤❤

"SAYANG call siapa tadi?" soal Zaqril sambil menghabiskan nasi di pinggannya.

Hampir tersedak Hana mendengar soalan suaminya. Cepat-cepat dikawal riak terkejutnya.

"Bukan Hana call abang. Tapi orang tu call. Entah Hana tak kenal." jujur Hana.

Zaqril tahu isterinya menyembunyilan sesuatu. Sepanjang tempoh perkahwinan mereka isterinya itu ada tiga gelaran. Hana, apabila isterinya itu ada masalah. Saya, apabila isterinya itu beriak biasa. Dan sayang, apabila mood manjanya datang menerja.

Zaqril mengangguk sebelum bersuara. "Tak payahlah layan lagi. Mungkin scammer."

Hana senyum nipis. Mendengar kata-kata suaminya. Dia masih belum berani membuka topik ugutan yang dia terima tadi.

Tingggg...

Bunyi loceng rumah agam itu menyentak selera Zaqril. Dia mendengus perlahan. Kacau!

"Biar Hana pergi tengok." rela Hana. Menahan Zaqril dari bangkit.

Zaqril akur. Hanya membenarkan.

Pantas Hana mengatur langkah ke pintu utama rumah mereka. Tidak mahu bagi tetamu menunggu lama.

Terkejut dia apabila hanya sebuah kotak berwarna merah diletakkan di hadapan pintunya. Kotak itu diangkat sebelum dibawa masuk. Di bawa sahaja kotak itu ke ruang dapur.

"Siapa sayang?" soal Zaqril. Memandangkan Hana yang menapak masuk ke ruang dapur dengan sebuah kotak.

"Tak ada siapa abang. Cuma kotak ni." jawab Hana sambil menunjukkan kotak tersebut.

"Cuba buka." arah Zaqril sambil menyuapkan lagi makanan ke mulutnya.

Hana akur. Menurut sahaja perintah suaminya. Terkejut dia apabila melihat isi kotak tersebut. Hampir luruh hatinya. Serta-merta jatuh air matanya.

"Kenapa sayang?" terkejut Zaqril melihat sang isteri yang sudah mengalirkan air mata.

"Ab... Abang..." terketar-ketar Hana menunjukkan isi kotak tersebut kepada Zaqril.

"Allahuakhbar..." Zaqril juga terkejut. Mati seleranya melihat gambar-gambar yang di letakkan dalam kotak itu.

Pantas tubuh Hana dipeluk Zaqril. Menenangkan wanita itu. Terasa gigilan kecil dari Hana. Zaqril masih memandang gambar-gambar yang dikirimkan ke rumah mereka. Dia perlu siasat! Tidak akan dia beri muka pada tukang ugut tak guna ini! Berani sungguh cuba meretakkan rumah tangga Eiz Zaqril Eiq Naufal. Bengang hatinya!

•﹏•
Done! Later update lagi eheks(>_<)
Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now