"Astagfirullah. Sayang, bukan macam tu. Abang tak tuduh sayang. Cuma abang cakap. Tak mustahil tau. Benda macam ni boleh jadi tau. Lagi-lagi abang tengok sayang dengan simptom-simptom pelik sayang ni. Tau sayang tau. Mana tau patutnya sayang mengandung kembar? Hari tu gugur sorang je? Mana tau kan sayang. Betul tak sayang sayang sayang." ujar Zaqril, diselitkan nada bergurau dalam bicaranya.

Hana pandang Zaqril. Mendengar penjelasan sang suami hatinya was-was. Sekiranya benar-benar dia mengandung? Tapi bagaimana? Bukankah dia keguguran ?

"Sayang?" teguran Zaqril menyentak lamunannya. Terpinga-pinga dia.

Hana pandang Zaqril.

"Kita check esok sayang, boleh?" soal Zaqril lembut.

Hana diam. Lama baru dia mengangguk. Akur dengan cadangan sang suami.

Zaqril senyum menang. Hehe. Dia tahu hati isterinya lembut. Senang sahaja dia pujuk. Sekejap sahaja api amarah isterinya sudah redah. Bab pujuk memang dia nombor satu. Tapi bab menyakat dan cari pasal pun dia juga raja. Haha.

🐳

"NAK ke mana Hana, Zaqril?" soal Datin Hazratul apabila melihat Hana dan Zaqril yang memakai pakaian kemas.

"Nak ke..." baru Hana mahu menjawab Zaqril memintas.

"Nak keluar kejap bonda. Nak buat checkup." jawab Zaqril. Dalam otaknya sudah ligat mencipta penipuan dan alasan.

"Checkup apa Zaq?" soal Dato Zulfadli hairan dengan anak menantunya.

"Ni Hana cakap kemarin tiba-tiba rasa sakit pula kat ari-ari." jawab Zaqril.

Hana pandang Zaqril hairan. Melihat isyarat mata suaminya itu, pantas dia mengangguk tanda mengiyakan kata-kata lelaki itu.

"Eh? Hana tak apa-apa sayang?" soal Datin Hazratul cemas.

Hana menggeleng.

"Kami gerak dulu bonda, ayah."pinta Zaqril.

Datin Hazratul dan Dato Zulfadli sekadar mengangguk. Laju sahaja Zaqril menarik tangan Hana keluar dari rumah agam itu.

Masuk sahaja kereta. Wajah Zaqril dipandang Hana. Berkerut dahinya.

"Kenapa tipu bonda?" soal Hana tidak puas hati.

"Kalau ada baru kita bagitau dorang ya." jawab Zaqril lalu menurunkan brake kereta.

Hana akur tidak menolak. Malas mempersoalkan tindakan suaminya itu.

🐳

"HANA.." panggilan Auni menyentak pasangan suami isteri itu.

"Doktor.. Macam mana?" soal Zaqril tidak sabar.

"Sabar Eiz. Kau ni gelojoh. Aku check isteri kau dulu ya. Jom Hana?" ajak Auni.

Zaqril sekadar menanti isterinya dibawa keluar oleh Auni. Leka dia bermain telefon pintarnya. Deringan telefon isterinya menarik perhatiannya.

Bonda calling....

"Oh bonda." telefon isterinya di capai.

"Assalammualaikum. Ya bonda ada apa?" soal Zaqril sebaik sahaja panggilan tersebut dijawabnya.

"Hana macam mana?" soal Datin Hazratul dihujung talian. Dapat ditangkap nada cemas wanita separuh abad itu.

"Tengah check lagi bonda. Nanti Eiz call bonda balik ya. Lepas ni kami balik terus juga." jawab Zaqril. Dia sudah tersenyum-senyum melihat isterinya yang baru sahaja keluar dari bilik khas bersama Auni.

"Okay. Elok-elok. Assalamualikum" sempat Datin Hazratul berpesan. Zaqril sekadar menjawab salam di dalam hati.

"Bonda ya?" soal Hana sambil melabuhkan punggung di sisi suaminya.

Zaqril mengangguk sebelum bersuara. "Macam mana doktor?"

"Kau ni formal sangat Zaqril. Tolonglah! Menyampah aku! Ni aku ada news untuk kau." ujar Auni. Wajah Hana dipandang.

Hana pandang suaminya. Lengan lelaki itu diusap lembut. Senyuman menghiasi bibirnya. Dia menggeleng perlahan. Kepala ditundukkan. Niat mencari kekuatan untuk mengkhabarkan berita gembira ini buat sang suami.

Zaqril yang seolah faham dengan gelengan sang isteri memeluk isterinya. Sedikit sebanyak dia kesal membawa isterinya membuat pemeriksaan hari ni. Padahal dia sangat yakin isterinya mengandung. Rupanya tidak. Pasti wanita ini bertambah sedih.

"Belum rezeki ya sayang." ujar Zaqril. Dahi isterinya dikucup lembut.

"Apa yang belum rezeki Zaq? Isteri kau dah mengandung 13 minggu tu! Tu bukan rezeki ke?" bengang Auni bila lelaki itu kata zuriat yang bakal lahir itu bukan rezeki. Sejujurnya dia terkejut bila mendapati sahabat baiknya itu mengandung. Yalah baru keguguran. Mengandung balik? Pendek pulak tu jangka masanya. Jadi kesimpulannya, dia beranggapan sahabatnya itu mengandung kembar. Dan yang gugur hari itu hanya satu janinnya sahaja.

Zaqril tersentak mendengar kata-kata Auni. Wajah gadis itu dipandang. Memohon penjelasan.

"Hana, aku bukan suruh kau menangis. Cuba explain kat suami kau yang slow sangat nak pick up apa orang cakap ni." seloroh Auni.

Hana pandang Zaqril sebelum bersuara. "I'm pregnant. Macam abang cakap. Macam abang jangka."

Zaqril terkedu. Tubir matanya terasa panas. Di situ juga dia melakukan sujud syukur. Allah ambil zuriat sulung mereka. Tetapi menghadiahkan satu lagi zuriat yang tidak terjangka.

Tubuh Hana didakap erat. Tidak berhenti dia mengucap syukur dalam hati.

"Thanks sayang. Allah.... Alhamdulillah. Ni betul-betul hot news sayang. Alhamdulillah." ujar Zaqril. Dia terasa syahdu.

Hana yang memandang tindakan suaminya turut mengalirkan air mata. Tidak terjangka dek fikirannya itu tindakan spontan lelaki itu. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih atas hadiahMu ini. Semoga menjadi penyeri masjid kami ya Allah.

•﹏•

Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)


Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡حيث تعيش القصص. اكتشف الآن