"Tak Dee. Aku sayang Hana. Demi Allah aku sayang isteri aku. Kau pun tau betapa aku berusaha untuk dapatkan hati Hana balik. Takkan aku tergamak nak duakan dia? Aku terlalu cintakan dia Dee. Sampaikan dia kahwin dulu pun, aku terlalu kecewa. Cukuplah aku hilang Ainul dalam tempoh pertunangan kami. Cukuplah aku hilang Hana lepas kami bercerai. Sekarang aku dah dapat dia balik. Tak begitu mudah aku mahu jatuh cinta pada perempuan lain lagi. Cinta aku untuk Hana je Dee." luah Zaqril. Dia tulus menyatakan cintanya pada Hana. Memang itu yang benar dalam hatinya.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka. Seorang doktor keluar. Cepat-cepat Zaqril bangun dan meluru ke arah doktor itu.

"Suami Puan Nurhana Aqyra?"

"Saya doktor." sahut Zaqril.

"Kami minta maaf. Kandungan Puan Nurhana tak dapat diselamatkan."

Zaqril beristighfar panjang. Mencari kekuatan menerima berita yang disampaikan.

"Isteri saya?" tanya Zaqril. Dalam hati berdoa agar isterinya tidak apa-apa.

"Keadaan Puan Nurhana Agak kritikal. Dia sedang dirawat di ICU. Kami akan terus pantau perkembangan Puan Nurhana."

"Allah!" sekali lagi Zaqril terduduk sebaik sahaja doktor itu berlalu pergi. Tangisannya bertambah laju. Adakah dia akan menghadapi kehilangan sekali lagi?

❤❤❤

"SAYANG. "

Hana memandang Zaqril yang mendekatinya. Senyuman manis diukir buat sang suami. Dia pusingkan tubuhnya menghadap Zaqril yang sudah melabuhkan punggung disisi katil hospitalnya.

"Sayang, maafkan abang sayang." sudah berkali-kali kata maaf itu diucapkan Zaqril. Sudah seminggu Hana sedar. Dan seminggu itu jugalah Zaqril menjunjung rasa bersalahnya.

Walhal, lelaki itu sebenarnya tidak bersalah. Hana juga redha. Bukan rezeki mereka suami isteri. Wajah Zaqril diusap lembut oleh Hana. Tangan kanan Hana naik menyeka airmata sang suami yang sedari tadi tunduk menekur lantai..

"Abang. Seharusnya abang redha. Menerima segala ketentuan Allah. Mungkin ini ujian." pujuk Hana.

"Kalau tak sebab Ifra ada hati dengan abang mesti tak jadi semua ni. Semua puncanya abang. Abang salah sayang. Maafkan abang." ucap Zaqril lagi. Sudah seminggu dia kerap menyalahkan dirinya.

"Abang, Allah turunkan ujian kerana dia tahu kita mampu. Seharusnya abang redha. Seharusnya abang kuat untuk saya. Bagaimana harus seorang isteri kuat jika suaminya sendiri lemah sebegini? Bagaimana harus seorang isteri kuat tatkala melihat kekuatannya meruntun hiba sebegini? Abang, saya mengharapkan abang lebih kuat dari saya. Sebab seharusnya saya yang lebih merasa kehilangan. Lebih terkilan dari abang. Abang rasa abang sorang je ke yang hilang anak kita?" soal Hana lembut. Sejujurnya dia juga terkilan dengan dugaan ini. Tapi dia tahu, ini ujian. Jadi disabarkan hati menerima ketentuan Allah.

Zaqril bagai terpana. Kata-kata Hana menyentak hati lelakinya. Benar kata isterinya seharusnya dia kuat untuk wanita itu. Seharusnya dia membantu isterinya redha dalam dugaan ini. Ini tidak, dia pula yang meratap pergi pemergiaan anak sulung mereka.

"Maaf sayang. Abang alpa. Abang minta maaf kalau sepanjang dugaan ini. Sayang terasa dengan abang." ucap Zaqril. Dia benar sedar dia salah.

"Esok sayang dah boleh discharge. Abang jaga sayang sepanjang pantang ya?" soal Zaqril manja.

Hana angguk. Tidak mahu membantah. Atau lebih tepat. Tidak mahu menghancurkan kegembiraan yang bertandang di hati lelaki itu. Dalam hati dia bersyukur Zaqril sedar keterlanjurannya yang mengikut perasaan.

Bukan rezeki mereka. Jadi dia redha. Jika ada rezeki lagi akan dijaga betul-betul. Tak apalah. Mungkin boleh diusahakan mereka berdua suami isteri selepas ini. Eh?

🐳

"ABANG Eiz!" terkejut Ifra melihat Zaqril yang berdiri di hadapan pintu pagar rumah sewanya.

"Aku tak ada masa nak layan drama kau! Ikut aku!" marah Zaqril. Hatinya bengang mengingatkan tindakan kurang waras gadis itu.

"Kita nak pegi mana?" soal Ifra gedik.

"Masuk jelah!" heret Zaqril. Lengan gadis itu dicengkam kasar. Seraya itu tubuh gadis itu ditolak kasar memasuki keretanya.

Ifra yang terpinga-pinga hanya diam. Gerun melihat pandangan berapi Zaqril disebelahnya. Tidak berani dia bersuara.

Setibanya mereka di rumah agam Tan Sri Naufal. Ifra menyoal. "Kita buat apa sini? Abang nak Ifra jadi isteri abang dah ke? Lajunya! Kenapa tak cakap tadi? Boleh Ifra pakai lawa-lawa. " ujar Ifra dengan lentok badannya.

Meremang bulu roma Zaqril melihat adik sepupunya itu.

"Diam! Sekarang keluar dari kereta aku!" gertak Zaqril. Riak tegang ditayang sepenuhnya.

Masuk sahaja dalam rumah agam Tan Sri Naufal. Ifra pelik. Mengapa ada orang tuanya sekali di situ? Bila masa mereka datang dari Singapura?

"Mummy, Daddy? Bila both of you balik Malaysia?" soal Ifra.

Baru sahaja dia mahu meluru ke arah orang tuanya, lengannya mendapat cengkaman hebat. Ditarik tanganya sebelum ditolak hingga jatuh terduduk di tengah-tengah ruang tamu itu. Semua yang melihat cukup terkejut dengan tindakan Zaqril.

"Ab.. Abang..." Hana mahu menegur namun kembali diam apabila Puan Sir Mikayla menghalang dia daripada terus bersuara.

"Kau! Perempuan sial!" maki Zaqril tidak berlapik. Amarahnya membuak-buak. Sudah tidak tertahan dek sakit hati yang menggunung. Tindakan gadis itu cukup mencabar kelelakiannya.



•﹏•

Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now