BAB 16

5K 212 10
                                    

Shaf dan Qira berasap kerana dituduh tanpa usul periksa...

"Tak semua yang kita nampak betul dan tak semua yang kita tak nampak salah..."- ujar Shaf sarkastik

"Kau nak nafikan apa lagi? Bukti dah cukup..."- balas Hada

"Setakat video... tu tak membuktikan apa pun..."

Kata Qira dingin. Mukanya yang bersahaja tadi berubah beku dan kosong...

Tu dia... dah keluar dah aura kegelapan Qira... Jangan ingat Qira ni lembut sikit daripada Shaf, dia baik... Jangan la sampai devil Qira keluar... tak akan ada orang yang mampu halang kecuali Shaf

"Apa sebenarnya hubungan korang dengan pengetua?"- celah Qil

Dia tak nak bersangka buruk tanpa usul periksa. Takut jadi fitnah tak pasal-pasal tambah dosa yang sudah sedia tidak terampun... Lagipun Shaf merupakan kawan dia masa sekolah rendah dulu walaupun diorang tak rapat

"Itu... kau akan tahu nanti... Sekarang aku nak selesaikan minah tak sedar diri ni..."- balas Shaf dengan wajah kosong

"Budak baru buat cara budak baru..."- sindir Hada

"Aku rasa aku yang patut cakap ayat tu dekat kau..."- sinis Shaf

"Hello! dah terang-terang kat sini, kau yang baru masuk kat sekolah ni..."- balas Hada

"Are you sure?" - tanya Qira

"Sekolah ni dibina untuk masa depan kitorang... Masa depat anak-anaknya.  Sekolah yang dibina 20 tahun lepas. Sekolah yang reka bentuknya direka sendiri oleh pengetua. Hadiah untuk anak-anaknya..."- kata-kata Shaf menyentapkan Hada

"Kenapa diam? Dah bungkam?"- sinis Qira

Dash yang berada di tempat duduknya mengangguk faham apa yang tersirat di sebalik kata-kata Shaf

Dia...

Amy...

Aqy...

Mereka berdua...

Amy dan Aqy...

Mereka anak pengetua...

Bisik hati Dash

"Korang berdua tak payah nak tukar topik la... korang tahu tak? Korang berdua dah memburukkan nama baik sekolah."- ujar Hada

"Habis tu kau tak memburukkan nama baik sekolah?"- Qira memulangkan paku buah keras

"Kau jangan ingat kitorang tak tahu apa kegiatan kau kat luar sekolah, Hada..."- kata Shaf

"Apa kaitan apa yang aku buat kat luar dengan perbuatan korang kat sekolah?"- soal Hada tak berpuas hati

Dia sudah mula rasa takut... Risau kegiatan 'sucinya' di luar sekolah terbongkar

"Kau. Dah. Burukkan. Nama. DHS.
Kau. Dah. Rosakkan. Reputasi. Baik. DHS. kau. dah. malukan. DHS. Itu kau tanya apa kaitan?!hah??!!"- kat Shaf satu persatu dan suaranya naik seoktaf

"Apa bukti kau nak cakap aku macam tu?"- tanya Hada gerun

"Bukan setakat bukti... kalau kau nak aku boleh bawa saksi sekali..."- kata Shaf dengan matanya tepat menikam anak mata Hada.

Hada yang tidak selesa dengan pandangan membunuh Shaf terus melarikan anak matanya ke arah lain

"Heh. Cakap kosong tak main lah..."- sinis Hada bersuara

Kau dah buat 'dia' berang

"Risya... pasang ni"

Arah Shaf kepada Risya. Dia menghulurkan satu sampul yang berwarna coklat kepada Risya yang diambil dari biliknya di pejabat daddy nya tadi

DIAMOND HIGH SCHOOL [C]Where stories live. Discover now