BAB 2

7.3K 318 16
                                    

DI SEKOLAH

Shaf meletakkan keretanya di garaj yang telah disediakan iaitu di garaj yang bersebelahan dengan kereta milik  kakak-kakaknya.

Garaj kereta pelajar okay! Tapi boleh je kalau dia nak parking dekat garaj pemilik sekolah ni pun sebab ni kan sekolah dia jugak. Tak gitu? Tapi tu tempat daddy dia.

Kemudian, Shaf keluar dari kereta dan menuju ke pejabat sekolah. Harini kan hari pertama dia masuk sekolah ni. Jadi dia kenalah lapor diri dulu sebelum masuk ke kelas.

Takkan nak masuk kelas macamtu je. Walaupun tu sekolah daddy dia. Tak ada adab langsung!

Semasa Shaf keluar dari kereta, semua orang memandang ke arahnya dengan pandangan yang... Entah! Dia pun tak tahu nak describe macam mana pandangan diorang tu. Macam-macam pandangan ada. Dia pun tak tahu kenapa. Mungkin diorang pelik kut sebab dia parking kereta dia kat situ atau mungkin sebab dia pakai uniform pengawas yang diorang tak pernah nampak sebelum ni kot. Yelah, kat situ kan orang-orang tertentu je boleh parking. Even tu tempat parking pelajar, tapi parking pelajar tu khas untuk waris pemilik DHS sahaja! Dan disitu hanya ada enam tempat parking. Dua parking telah dimasuki kereta kakak-kakaknya dan satu lagi keretanya manakala tiga tempat parking lagi kosong.

Pasal uniform pula, memang dia sorang je yang pakai uniform pengawas macam tu sebab dia penolong ketua pengawas menengah rendah. Memang sah-sahlah uniform dia tak sama dengan yang lain termasuk penolong ketua pengawas menengah atas. Actually, baju diorang hampir sama je. Bezanya, hanya pada line yang berada di necktie, tudung bagi perempuan dan blazer yang para pengawas pakai.

Setelah sampai di pejabat, Shaf  mengetuk pintu bilik PK Hem. Jelas terpampang kat situ,

PENOLONG KANAN HEM
PUAN ASIAH AMLYN

Kenapa PK Hem, bukan pengetua?
Pengetua kan dekat rumah lagi. lupa ke?

Kedengaran suara menyuruhnya masuk dari dalam.

"Masuk"

Shaf menolak pintu dan masuk ke dalam.

PK Hem mendongakkan kepala lalu tersenyum setelah melihat figura yang berada di depan nya itu. Shaf tersenyum sumbing ke arahnya.

"Datang pun ingat ke tak datang tadi..."

Tegur PK Hem tersebut sambil tersenyum manis

"Mana boleh tak datang, mestilah kena datang... harini kan Myra kena lapor diri... lagipun dah janji harini nak datang..."jawab Shaf sambil tersenyum nipis

Kenapa mesra semacam je?

Couriuscity kill the cat

Something fishy here

"Tahu... Daddy kamu dah bagi tahu tadi....."

"Daddy dah sampai ke?"

Shaf tanya soalan 'cerdik' padahal dia tahu yang Daddy dia masih berada di rumah.

"Tak...dia call tadi..."

"Ooohh"

"Ni, Mak Long nak tanya... kamu dah ready ke?"

" Soalan Mak Long dengan soalan mummy sama je... tak Ada beza! Tahulah mummy tu adik Mak Long tapi tak payahlah nak copy paste ayat... By the way, I'm always ready, Mak Long..."

Mak Long Shaf rupanya, patutlah mesra semacam. Tidak lama kemudian, ada seseorang yang mengetuk pintu dari luar. setelah mendapat keizinan untuk masuk, orang itu pun melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Lydya, saya kenalkan anak murid baru awak, Tengku Amira Northem... And I bet you know her very well."

Kata PK hem tenang kepada guru kelas Shaf, Tengku Lydya Farha Antelope

"Skemanya Mama ni... tak payah nak kenalkan sangat lah. Dya dah terlebih kenal dengan budak pendek ni sorang ni."

"Hello! Orang tinggi okay. Kak Dya tu yang terlebih susu Pedia Sure"

Balas Shaf dengan gaya diva

Tidak lama kemudian, terletus tawa di dalam bilik itu. nasib baik bilik ni kalis bunyi.

"Mana saja je nak buat lawak pagi pagi ni... nak hilangkan stress sebelum masuk ke kelas..."

"Yelah,mama..."

So, korang dah tahu lah kan siapa si Lydya sebenarnya kan?

"Dah... jom Myra, akak bawak pergi ke kelas..."

"Jom"

"Myra pergi dulu lah, Mak Long...opps sorry Puan As..."

Puan As menggeleng kepala melihat perangai Shaf.

Sebenarnya dalam keluarga besar Shaf, dia dikenali dengan anak mummy sebab dia terlalu manja dengan mummy dia dan suka berkepit dengan mummy. Hanya orang yang tertentu sahaja yang tahu tentang sisi gelap Shaf.

💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠

DI KELAS

Setelah sampai ke kelas, Tengku  Dya memberi salam dan secara automatik pasar menjadi kelas belajar. Manakan tidak, kelas yang bising  menjadi sunyi sebaik sahaja suara Tengku Dya kedengaran. Maklumlah, Tengku Dya ni terkenal dengan sifat tegas dan garangnya tapi dia baik okay! Tak ada istilah naik kaki tangan terhadap anak murid dalam prinsip hidup seorang  Tengku Lydya. Cuma rotan yang menjadi penemannya ketika bersama anak murid.

Murid dalam kelas itu berdiri dan menjawab salam. Tengku Dya masuk ke dalam kelas dan diikuti oleh Shaf

"Duduk"

arah Tengku Dya lantang

Kedengaran bunyi kerusi di tarik dan semua pelajar duduk di tempat masing-masing.

"Ok kelas, hari ini kita ada pelajar baru..."

"Baiklah,kamu boleh perkenalkan diri kamu kepada semua..."

Arah Tengku Dya dalam nada formal. Dengan lafaz bismillah Shaf memperkenalkan dirinya.

Apa??? Segala jenis perbuatan harus dimulakan dengan basmallah okay!

"Nama saya, Amira bt. Manaf... korang boleh panggil saya Shaf"

Okey, jangan tanya kenapa Shaf tak perkenalkan diri dia dengan nama sebenar dia. Identiti seorang Tengku Amyra amat penting untuk dirahsiakan pada waktu ini.

"Ok... Shaf, kamu boleh duduk sebelah Risya... Risya, sila angkat tangan kamu..."

Kemudian Risya mengangkat tangan dengan muka ceria. Tak angkat tangan pun Shaf kenal. kalau nak tahu, Risya atau nama panjangnya Tengku Batrisya Tyara Fennec tu kawan Shaf masa sekolah rendah. pewaris bongsu NEC Holding dan salah seorang pemilik bersama T&S Collections. Tak lupa juga, dia seorang mafia.

"Kamu boleh duduk sebelah Risya, Shaf..."

"Ok kelas, saya keluar dulu..."

Shaf kemudiannya melangkah ke arah Risya yang tersenyum ke arah nya.

Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas kerusi  bersebelahan dengan Risya.

Well. actually, dalam kelas ni kebanyakannya kawan Shaf semasa Shaf tingkatan satu dulu dan seperti yang disangka mereka semua tak ingat Shaf. Selain itu, terdapat juga beberapa orang  'mata-mata' Shaf.









































Abaikan typo

DIAMOND HIGH SCHOOL [C]Where stories live. Discover now