Bab 4

5.4K 269 27
                                    

Perkampungan kecil di Lebanon

"Tuan, semua bekalan ni akan di hantar ke kampung-kampung ni ke?"soal Aiman.

"Ya...Kita ikut je mana-mana truck bekalan ni pergi."

"Macam mana kalau diorang dapat jejak bekalan ni? Kesian dengan penduduk kampung yang diserang nanti."ucap Iskandar.

"Saya tak rasa pengganas tu berani untuk serang truck yang di iring oleh tentera UN. So, kita just ikut ke mana truck ni nak pergi. Lagipun kita kan dah ronda kawasan ni hampir sebulan." terang Jefry kepada mereka.

"Tuan, kenapa peacekeeping tidak dibenarkan menggunakan senjata? Bukankah lebih elok kalau tentera pbb diberikan senjata? Lagipun kita iring truck bekalan makanan."soal Aiman ingin tahu.

"Kalau kita berikan senjata, itu maksudnya bukan peacekeeping. Perlu ingat, kita disini sebagai pemerhati.  Lagipun Lebanon bukannya macam dulu yang teruk perang sana sini."jawab Jefry.

"Walaupun tiada perang buat masa ni tapi bahayalah tuan. Dahlah truck kita bawa ni ada logo UN sebesar alam. It's more like target kepada pengganas."

"Dah UN bagi kita truck ni. Guna je la...Tanya soalan sokmo."balas Raihan bersahaja.

Truck yang dipandu oleh mereka menuju ke destinasi kampung yang terakhir untuk bekalan.

Tiba-tiba muncul dua buah truck asing dari kaki bukit.

"Tuan! Ada dua truck asing sedang ikut kita!"beritahu Aiman panik.

"Teruskan pandu! Elak dari bertembung dengan mereka!"arah Jefry.

Truck yang dipandu oleh musuh tadi mengikut betul-betul dibelakang truck mereka.

"Shit! Pandu laju sikit!"arah Jefry panik.

Mereka semua mula mengeluarkan peralatan mereka sekiranya mereka diserang namun mereka tidak dilengkapi apa-apa peralatan senjata api untuk melindungi diri.

Sebuah lagi truck muncul. Salah seorang musuh di truck tersebut mengacukan senjata RPG kearah truck mereka.

"RPG!"jerit Jefry panik.

Jefry memusingkan stereng truck yang dikawal oleh Aiman untuk mengelak dari RPG namun gagal.

"Jump!!"jerit Jefry. Mereka semua terjun dari truck tersebut walaupun truck dipandu dengan laju.

Truck mereka kini meletup akibat tembakan RPG tersebut.

"Allahuakabar! Allah..." Aiman menangis sambil memangku mayat Raihan yang terbakar terkena tembakan RPG tadi.

Jefry tergamam melihat mayat anggotanya yang telah tidak bernyawa. Mayat orang awam yang ada di truck bekalan hadapan mereka tadi bergelimpangan di hadapannya. Sungguh dia buntu dan tidak mampu berfikir dengan betul. Ini pertama kali dia merasa takut ketika dalam misi.

"Tuan!"jerit Aiman kepada Jefry apabila salah seorang musuh mengacukan senjata kearahnya.

Jefry yang terdiam tadi terus bergerak sepantas kilat dengan merampas pistol dan menembak pengganas tersebut sebelum berlari kearah Iskandar.

"Aiman! Request back up! Cepat!"

"Tolong!"jerit Iskandar kepada Jefry.

Iskandar dihimpit dengan guni bekalan yang di bawa oleh lori bekalan depan mereka tadi. Agak sukar baginya untuk bergerak lebih-lebih lagi dalam keadaan kakinya cedera parah. 

Satu per satu guni yang berat dialihkan oleh Jefry agar dapat menarik Iskandar keluar dari situ. Jefry cuba membantu Iskandar berdiri setelah selesai namun  malangnya tembakkan dilepaskan betul-betul mengenai dadanya.

"Tuan!"jerit Iskandar panik. 

Dalam masa yang sama back up datang untuk membantu mereka bertarung dengan pengganas tersebut. 

Jefry sedaya upaya melawan pengganas itu menggunakan pistol yang dia rampas tadi walaupun  telah terkena tembakan pada dada sehinggakan dia sukar untuk bernafas.

"Grenade!"jerit salah seorang aggota khas dari kumpulan back up apabila menyedari pengganas itu membaling grenade sebelum melarikan diri. Mereka juga membaling gas pemedih mata untuk menyukarkan penglihatan pengganas.

Bunyi letupan yang kuat membuatkan semua anggota disitu berlari mendapatkan rakan mereka yang terkena letupan.

"Tuan!!!"panggil Iskandar sambil terbatuk-batuk disebabkan gas pemedih mata.

Dia mencari Jefry walaupun dalam keadaan kakinya yang tercedera. Kali terakhir dia ingat adalah Jefry menolaknya jauh kerana grenade di baling kearah mereka berdua.

Iskandar teruskan merangkak sehinggalah dia terjumpa rantai dan uniform milik Jefry yang berlumuran darah.

Kemudian di tepi uniform itu terdapat mayat separuh badan yang telah hangus terbakar.

"Allahuakbar! Allahuakbar! La ilaha illallah!! Kenapa tuan tolak saya? Kenapa!!!" dia tidak dapat menerima kenyataan yang pegawainya tu telah pergi.

~~~
Weyh...Jefry!!!😭😔

I Love You Abang PASKAL 2✔Where stories live. Discover now