Bab 44

45.8K 2.3K 130
                                    

SENGAJA Delisha berlama-lama di bawah sambil menonton variety show dekat kaca tv. Jeling jam, dah menginjak ke dua belas tengah malam. Mata dah mengantuk tapi dia begitu malas nak naik atas menghadap muka Alden. Dia masih marah lagi ni. Mulut yang tiba-tiba terbuka luas itu cepat-cepat ditutup dengan tangan. Tidur kat bawah aje la malam ni.

   Delisha capai bantal emoji lalu diletak pada hujung sofa. Tubuh diselesakan kedudukan. Dia dah nekad, malam ni dia akan tidur bawah. Namun tak sampai seminit begitu, derap langkah kaki Alden kedengaran menuruni anak-anak tangga. Laju Delisha pejam mata erat. Pura-pura tidur.

   Alden jengul kepala memandang ke arah Delisha. Melihatkan isterinya itu sudah tidur, dia hela nafas. Televisyen yang masih terpasang itu lantas dimatikan. Alden merapati Delisha, bebola mata bergerak-gerak memandang wajah bersih itu. Jemari naik menolak helaian rambut Delisha yang jatuh ke dahi.

   "I minta maaf, sayang." tutur Alden penuh kesal. Serius dia tak ada niat nak lupakan Delisha masa dinner dengan Joviana tadi. Dia pun tak tahu kenapa otak dia ni biul sangat sampai boleh tak ingat isteri kat rumah. Agaknya dia makan tak bismillah kut tadi, heh.

Sebelah tangan bergerak ke bawah lutut Delisha dan sebelah tangan lagi di belakang tubuh Delisha, berura-ura mahu mencempung tubuh langsing itu. Baru nak angkat, Delisha tiba-tiba buka mata. Menjerit Alden di situ gara-gara terkejut. 

   "You!" Alden usap dada. Delisha jeling. Sumpah sekarang ni dia nak gelak bila tengok muka terkejut si Alden sekarang ni. Tapi bila difikirkan balik yang dia sekarang ni tengah dalam mood merajuk, Delisha tahan dalam hati.

   "I ingat you dah tidur," tutur Alden.

   "You nak buat apa kat I tadi?" soal Delisha, tayang muka ketat. 

   "I nak angkat you lah. Takkan I nak biarkan you tidur kat bawah?"

   "Memang I nak tidur kat bawah pun. Malam ni I tak nak tidur dengan you!" Delisha peluk tubuh. Muka dah betul-betul menunjukkan yang dia memang tengah serius. Alden telan liur memandang si Delisha.

   "Sayang, I..."

   "Stop talking. I tak nak dengar. I nak tidur, so goodnight." Delisha kembali berbaring pada sofa. Tubuh sengaja membelakangi Alden. Alden garu belakang kepala. Aduh, gawat ni. Bukan main lagi isterinya ni tunjuk protes tak nak tidur dengan dia kat bilik. Beberapa saat berlalu, Alden dah menempel belakang Delisha. Bahu isterinya itu dicuit-cuit.

   "Sayang, takkan I nak tidur sorang?" soal Alden, bernada lirih.

   "Tidur aje la sorang. Macam tak biasa," balas Delisha. Mata masih terpejam rapat. Tangan Alden dibahunya ditepis laju.

   "Sayang, kut ya pun nak merajuk dengan I... takkan la sampai you nak tidur bawah? Atas sofa pulak tu. Sakit badan you nanti, sayang. Kita tidur atas eh? Kalau you tak larat nak jalan, I dukung." bila tangan Alden dah memeluk pinggangnya, laju Delisha buka mata. Tubuh dipusing memandang ke arah Alden semula.

   "No, I say no! I nak tidur kat bawah jugak. Kalau badan I sakit pun, biar lah. Bukannya badan you yang sakit. Sama jugak hati I. You tak rasa sakitnya. So, please. Tinggalkan I sorang-sorang kat bawah dan you boleh naik atas dan tidur." turun naik nafas Delisha. Alden dah hilang kosa kata. Suara Delisha benar-benar menunjukkan yang isterinya itu betul-betul maksudkan apa yang dia kata.

   "Sayang, I minta maaf. I tak sengaja nak biarkan you sorang-sorang dinner. I minta maaf sebab I terlupa dekat you."

   "You tahu tak hati I sakit gila bila you cakap you lupa I kat rumah?" soal Delisha dengan mata yang mula panas. Tubir mata dah bertakung cecair jernih. Tak mahu Alden tengok dia menangis lagi, Delisha berlalu ke arah dapur meninggalkan Alden yang terdiam di ruang tamu.

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now