Bab 5

44.3K 2.2K 105
                                    

ALDEN menguncikan mulut sehingga lah kereta mewah yang dipandunya memasuki kotak pakir yang tersedia di kawasan lapang Lauren's Hotel. Delisha berjalan beriringan Alden memasuki ruang dalam hotel terkemuka tersebut. Dia cukup kenal dengan hotel bertaraf lima bintang ini tetapi baru kali ni dia dapat jejakkan sepasang kakinya di sini. Dengar kata, CEO Lauren's Hotel segak orangnya. Eh!

   "Syed Faliq!" Delisha tersentak bila Alden di sebelah melaung, mengangkat tangan melambai seseorang. Terus pandangan Delisha tersasar memandang ke arah seorang lelaki bersut maroon yang sedang berjalan penuh gaya menghampiri Alden.

   "Tengku Alden Zhen. What are you doing here?" soal Faliq sambil berjabat tangan dengan Alden. Bibir merahnya sedari tadi tidak lokek dengan senyuman. 

   "Meeting, lunch."

   "Great. Lama tak dengar cerita you."

Alden gelak kecil.

   "I'm having a hard time lately. So how are you?"

   "Alhamdulillah, doing fine." mata Faliq terteleng ke arah Delisha yang sedari tadi berdiri di sebelah Alden. Pandangan mata penuh makna dilirikkan buat lelaki muda tersebut. Alden gelak lagi.

   "Don't misunderstood. This is Delisha Andara, my new secretary. Andara, this is Syed Faliq Amzar. The owner of Lauren's Hotel." Delisha menundukkan sedikit kepalanya saat diperkenalkan dengan lelaki kacak tersebut.

   "Nice to meet you, Syed Faliq."

   "Nice to meet you too, Delisha Andara."

Delisha senyum nipis. Patut lah dulu Naila meroyan separuh mati bila Syed Faliq Amzar ni nak kahwin beberapa tahun lepas. Handsome kut! Even anak dah empat orang, still maintain lagi. Pandai bini dia jaga. Boroi pun tak.

   "So, I've to go. See you later, Tengku Alden. Enjoy your meal here." tangan Faliq kembali dihulur, berjabat tangan dengan Alden. Alden menyambut mesra.

   "Sure, Syed Faliq. Lunch dekat mana hari ni?" busybody pula Alden menyoal.

   "Dekat rumah aje. My wife dah masak banyak katanya,"

  "Untung lah dah ada orang rumah." usikan Alden, membuatkan Faliq menepuk bahunya. Faliq rapatkan mulutnya ke telinga Alden, membisikkan sesuatu.

   "Delisha Andara is not bad what?"

Alden gelak lepas. Eh, biar betul tauke hotel ni. Sejak bila pandai kenen-kenenkan orang? Dengan gadis sebelahnya pulak tu. Hesy! 

   "Not this one..." tergeleng-geleng kepala Alden. Faliq sengih. Seronok mengusik anak muda itu. Delisha dah berkerut dahi. Entah apa lah yang dua manusia ini bisikkan tadi. Dah la depan aku. Pantang betul ada orang main bisik-bisik depan aku. Mengutuk aku ke? Seketika Faliq meminta diri meninggalkan Alden dan Delisha di situ.

   "Bisikkan apa?" Delisha menyoal, ingin tahu. Alden menggeleng. Senyuman yang tadinya melebar saat berhadapan dengan Faliq tadi terus hilang. Agaknya Alden ni memang tak reti senyum dengan perempuan bernama Delisha Andara kut? Delisha pincingkan mata melihat gelengan Alden. Menyampah!

   "Jom,"

*****

DELISHA sesekali berdehem apabila mata lelaki yang duduk bertentangan dengan Alden sering sahaja melirik ke arahnya. Dia bukannya nak perasan, tapi kalau tanya Alden sekali pun, pasti Alden akan mengiyakan kenyataan itu. Lelaki pertengahan 50-an yang berpangkat 'datuk' itu asyik menjeling Delisha atas bawah.

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now