Bab 34

42K 2.9K 401
                                    

DELISHA melangkah masuk ke dalam surau usai azan maghrib. Senyuman anak-anak di situ dibalasnya mesra. Lima minit begitu, Delisha ambil tempat di sisi Mak Khadijah tatkala imam mula mengangkat takbir.

   Usai solat maghrib, Delisha duduk di belakang. Malam ni ada kuliah sikit sambil-sambil tunggu masuknya waktu Isyak. Terangguk-angguk aje kepala Delisha mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz tersebut. Pasal kebaikan sedekah. Bermacam-macam rezeki Allah akan bagi kalau rajin bersedekah. Rezeki dalam bentuk harta, kesihatan dan ahli keluarga.

Mata Delisha melingas sebelum dia terpaku ke arah satu susuk tubuh yang sedang duduk membelakanginya. Dari bentuk tubuh tu, dia tahu siapa lelaki tu. Alden?! Dia tak balik lagi ke?! Aku ingat dah berambus lewat petang tadi lepas kasi hadiah dekat budak-budak. Eh, eh. Menyemak lagi kat sini.

   Mungkin terasa diperhati, selamba sahaja Alden toleh ke belakang memandang jemaah perempuan yang bertelekung. Takut dilihat Alden, Delisha tutup separuh wajah dengan kain telekung di tubuh. Cuma dua pasang matanya saja yang terkebil-kebil. Macam tengah pakai kain purdah.

Ya Hanana... Ya Hanana.

   Delisha perlahan-lahan mengengsot menghampiri Mak Khadijah yang khusyuk mencatit apa yang diperkatakan ustaz di depan. Lengan Mak Khadijah ditepuk perlahan.

   "Alden tak balik ke?" perlahan Delisha menyoal.

   "Dia cakap nak lena sini. Tak larat nak drive balik KL katanya." jawapan Mak Khadijah buat bibir Delisha automatik memuncung. Eei, drive sini larat pulak. Nak balik tak larat ya? Kalau tak mintak siku ni mesti mintak kaki kan?

   "Lama ke dia kat sini, mak cik?"

   "Taktau nak kata la, Delisha. Alden tak habaq pun berapa hari dia nak duduk sini." balas Mak Khadijah. Delisha hela nafas.

Bila Alden ada kat sini, sumpah dia rasa tak bebas. Rasa tak boleh ke hulu ke hilir ikut suka hati. Takut sangat Alden nampak dia. Tapi... apa Alden buat kat sini?! Ke dia tahu aku ada kat sini eh?

Perlahan, Delisha kerling Mak Khadijah. Jahat tak kalau dia tuduh Mak Khadijah yang dah bongkar rahsia?

*****

MACAM lipas kudung Delisha berlari keluar dari surau usai membaca doa selepas Isyak. Semuanya gara-gara tak mahu Alden nampak dia.

   "Kak Lisha!"

   Langkah Delisha mati. Melotot mata dia pandang dua orang budak lelaki berkopiah di hadapan. Laju dia pandang kiri kanan. Harap Alden tak ada dekat-dekat sini. Fuh!

   "Apa?" di sebalik kain yang menutup separuh wajahnya, Delisha menyoal. Bebola mata dah melingas.

   "Awat Kak Lisha lari keluaq laju sangat tadi?" kanak-kanak lelaki berbaju melayu ungu dan berkopiah putih menyoal.

   "Errr kakak nak pergi tandas lah. Itu pasal kakak keluar awal. Dah la, kakak dah tak tahan ni."

   "Eh Kak Lisha!"

   "Shhhhh! Jangan la panggil nama kakak kuat-kuat. Nanti kalau.... kalau... ehem ehem dengar macam mana?"

   "Ehem ehem? Siapa ehem ehem tu?" dua kanak-kanak lelaki tersebut saling berpandangan dengan riak pelik yang terpancar di wajah.

Delisha ketap bibir bawah. Alah, banyak tanya pulak budak-budak ni!

   "Eei, ada lah. Mana boleh bagitahu! Dah, kakak pergi dulu!"

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now