Bab 42

53.2K 2.4K 106
                                    

"YOU buat apa tu?" Delisha menempel di sebelah. Sekilas Alden pandang Delisha sebelum matanya kembali tertancap kepada Ipad di tangan. Hujung jari dah menyentuh-nyentuh skrin lebar itu.

   "Cari rumah baru," jawab Alden, sebaris. Dahi Delisha berlapis.

   "Rumah baru? Untuk siapa?"

   "Untuk kita lah, sayang."

   Delisha betulkan duduk agar lebih selesa. Terkelip-kelip mata memandang pelbagai jenis binaan rumah yang sedang dibelek Alden satu persatu. Banglo, apartment, penthouse.

   "Wait, you nak kita keluar dari rumah mummy dengan daddy ke? You memang takde plan nak stay sini?" soal Delisha. Tak sampai seminggu kahwin, Alden dah sibuk cari rumah baru. Alden angguk, menggumam.

   "I tak nak kita stay dengan family. Even I tahu there's no problem kalau kita stay dekat sini, tapi I tetap juga nak keluar. I rasa, macam tak manis kalau I stay dekat rumah mummy dengan daddy lepas I kahwin. After this, kita akan ada anak. Keluarga kita akan bertambah dari setahun ke setahun. Am I right?" hujung bibir Alden dah terherot senyuman. Delisha jeling tajam.

Ceh, bertambah keluarga dari setahun ke setahun. Ingat dia kilang proses ke?!

   "Tapi bukan ke you dah ada rumah you sendiri sebelum kita kahwin? I mean, apartment you?"

   "I dah jual. Apartment tu kecil, tak sesuai untuk kita. Let see..."

   Alden diam dulu sebelum Ipad yang berada di atas ribanya tadi diangkat.

   "How about this? Cantik kan?"

   Sebuah banglo sebesar alam terpampang pada skrin Ipad. Laju kepala Delisha tergeleng.

   "Besar sangat lah, Alden. Kita nak duduk dua orang aje pun. Tak nak lah I. Seram kalau I duduk sorang-sorang kalau you takde." tolak Delisha. Alden ni dah gila ke apa nak beli rumah seluas alam macam rumah Dato Vida tu.  Rumah yang pastinya harganya mencecah jutaan ringgit Malaysia. Juta Malaysia ya. Bukan juta rupiah.

   "Kita hire lah maid."

   "You nak hire sepuluh orang maid ke apa dalam rumah besar macam tu? No, I tak nak. Rumah tu lagi besar dari rumah papa dengan rumah daddy tahu tak? You tak payah nak lawan dia orang." balas Delisha lagi. Alden cebik bibir. Orang nak kasi dia duduk dalam rumah besar pun tak nak ke?

   "How about this?"

   Rumah banglo dua tingkat semi-D. Okey lah, tak besar sangat macam banglo yang Alden tunjuk tadi. Rumah pun berkembar. Ada lah jugak jiran nak ajak menyembang kalau tengah bosan nanti. Heh.

   "Nice one. Dekat mana rumah tu?"

   "Ampang."

   "Tak jauh dari rumah papa. Okey lah tu,"

   Entah apa yang Alden buat lepastu, Delisha tak nak ambil tahu. Alden nak beli rumah, biarkan. Takkan nak halang? Lagipun, betul lah apa yang Alden cakap tadi. Tak manis kalau duduk rumah parents lepas berkahwin. Walaupun mungkin parents tak kisah, tapi nak atau tak nak... kena keluar bina keluarga sendiri. Berdikari kata orang.

   "I dah text orang syarikat tu. Tunggu dia respon je," Alden letak Ipad atas meja kayu di tengah ruang kamar. Delisha angguk. Mata memandang fokus siaran drama asia yang terpampang pada skrin LED. Dalam bilik Alden memang dah ada televisyen, tak payah berebut nak tengok televisyen kat bawah. Tambah-tambah dengan Amanda dengan Puan Sri Bethany yang memang kaki K-drama. Jarang lah televisyen kat bawah tu terpadam. 

   "Esok Kak Ziana, secretary you dah mula kerja balik kan?" Delisha menyoal tiba-tiba.

   "Haah, ya. Hampir-hampir I terlupa. Nasib you ingatkan." Alden sengih. Dah lama Ziana tak masuk ofis, sampaikan dia dah lupa yang cuti berpantang Ziana dah habis. Esok wanita itu akan kembali memulakan tugasan. Maknanya...

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now