MMM 13

7.2K 328 6
                                    

******

BANG ! BANG !

Bunyi tembakan dilepaskan membuatkan mereka bertujuh lebih berhati-hati.

Malam ini mereka perlu menjalankan kerja mereka di dunia gelap mereka. Nick Guero, anak kepada musuh ketat mereka Jasson Guero telah membuat kacau di tempat mereka.

Pistol jenis HS2000 ditarik picunya oleh Haydar sebelum dia melepaskan tembakan kearah anak buah Nick.

BANG ! BANG ! BANG !

Tiga tembakan dilepaskan dan ketiga- tiganya mengenai tiga orang anak buah Nick. Semakin lama semakin sikit bilangan anak buah Nick yang masih hidup.

"Shit!" Carut Nick. Dia terus mengambil sepucuk pistol yang telah dibawa olehnya. Picu ditarik dan tembakan dilepaskan.

BANG !

Tembakannya tersasar dah tidak mengenai Haydar. Haydar hanya tersenyum kecil. Sebelum giliran dia pula yang menarik picu pistol yang berada di tangannya.

BANG !

"Argh!" Jerit Nick kesakitan. Pistol yang ditangannya tadi dilepaskan. Tembakan Haydar tepat mengenai bahagian lengan Nick. Darah mula mengalir. 

Sementara Haydar sibuk bersama Nick. Yang lain turut memainkan peranan mereka.

Kaki Karl mula melayang ke seorang daripada anak buah Nick. Mulut lelaki itu mula mengeluarkan cecair merah pekat. Dibelakang lelaki itu juga ada Raid yang setia menunggu giliran untuk memberikan habuan kepada lelaki tersebut.

BUK !

Kaki Raid menyepak bahagian belakang badan lelaki itu. Mereka membayangkan lelaki itu seperti bola yang layak disepak dan diterajang.

Selepas Raid menyepak belakang lelaki itu Karl pula yang menyambung dengan memberikan satu tumbukan yang cukup kuat ke atas muka lelaki itu. Terus lelaki tadi jatuh tidak sedarkan diri.

******

Raisya sedang melihat ke arah jam. Sudah pukul dua belas. Sudah lama adiknya keluar bersama yang lain. Dia ke hulu dan ke hilir.

"Mana la adik ni "

Dia mulai risau. Raisya naik ke atas untuk ke bilik Kylie.

Pintu diketuk dahulu seperti biasa. Mujur sahaja gadis itu belum tidur. Kelihatan seperti gadis itu sedang menyiapkan kerjanya.

Kylie perasan dengan kehadiran Raisya terus dia berhenti daripada membuat kerjanya.

"Kenapa Raisya ? Diorang balik tak lagi ?"

Raisya duduk di atas katil sedang Kylie duduk di atas kerusi. Raisya menggeleng.

"Mana la diorang ni bawak adik saya."

"Hmm lelaki biasa la kalau lepak mesti lama. Awak pergi la tidur dah lewat ni." Kata Kylie.

Sedap sikit hati Raisya mendengar kata-kata Kylie.

"Kalau gitu saya masuk tidur la. Selamat malam. Assalamualaikum" kata Raisya sebelum dia keluar dari bilik Kylie. 

******

Rayz sedang seronok bermain dengan pistol yang ditangannya. Sudah lama tangan ini tidak memegang pistol.

Sedang seronok tangan melepaskan berdas das tembakan, seorang anak buah Nick datang menyerangnya dari arah belakang. Lelaki yang sedikit tegap itu terus memusingkan badan dan melepaskan tembakan.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now