BANG !

Rayz sangat peka orangnya sebab itulah apabila dia menyertai kumpulan ini, dia terus dijadikan sebagai ketua kumpulan bersama yang lain.

Dia mahir dalam perlawanan dan cepat belajar perkara yang baharu jadi senang untuk melawan dan mengetahui pergerakan musuh.

Karl juga sedang berseronok dengan pistolnya yang baharu.

BANG ! BANG ! BANG !

"Seronoknya pakai pistol baru !"

BANG ! BANG !

"Karl Kareef ! Kau bazir peluru bodoh ! Mahal tau tak nak beli ?!" Marah Hayden. Tak larat dia untuk membeli peluru pistol. Yang kawannya ini senang sahaja menghabiskan peluru.

"Kena diorang kan ! Bukannya tak kena pun !"

"Fokus ! Jangan gaduh. Nak gaduh, gaduh kat rumah nanti !" Sampuk Zayn.

Terus mereka sambung berlawan. Masing-masing mengeluarkan kekuatan mereka.

Sekarang tinggal lagi lima orang anak buah Nick yang sedang sibuk melindungi si ketua.

Mereka bertujuh tersenyum dengan senyuman yang agak menyeramkan.

"Aku nak yang gemok tu" minta Raid.

"Aku ambik kepala korang ambik yang lain"kata Haydar. Mereka semua setuju.

"Serang ! " Jerit Nick. Anak buahnya terus berlari menyerang ke arah Haydar dan yang lain.

Haydar sempat mengelak kesemua anak buah Nick dengan senang dan ini adalah perlawanan antara dia dan Nick sahaja.

"Kalau kau berani, fight with me without any weapons " cabar Haydar.

Nick mengangguk dan meletakkan pistol. Jawapan daripada Nick membuatkan senyuman di bibir Haydar semakin jelas.

Dia akan lunyaikan orang dihadapannya ini. Terus Haydar mula menyerang Nick tanpa menunggu Nick bersedia sepenuhnya.

Tangan kanan Nick naik untuk menahan Haydar tetapi Haydar lebih kuat berbandingnya.  Walaupun tangan Nick sakit akibat terkena tembakan dia harus berlawan juga dengan Haydar. Ini adalah maruah. Jika dia kalah, jatuhlah maruah keluarga Guero.

"Hiargh ! " Nick menyerang Haydar lagi. Namun tetap sama Haydar cekap membuat tindakan.

Kaki Nick naik ke arah perut Haydar. Haydar tersenyum sinis. Inilah saat yang ditunggu-tunggu.

"Argh !"

Nick menjerit akibat kakinya dipusing oleh Haydar. Dia rebah badannya terasa sakit akibat sepakan dari Haydar tadi. Badannya dipijak membuatkan dia tidak dapat bangun.

Haydar menarik rambut Nick. Kepala ni Nick terdongak keatas. Dia menunduk sedikit untuk bercakap kepada Nick.

"Kau.. silap Nick. Kau ingat kau hebat ? Ha ? Sekarang ni siapa yang menang siapa yang tersungkur?"

"Kesian kau kan... Maybe Jasson akan meratapi permergian kau tak lama lagi.."

Pedang panjang yang dibawa sekali oleh mereka diberikan kepada Haydar. Pedang itu sangat istimewa kerana telah ramai ketua mafia yang dikerat kepalanya menggunakan pedang ini. Pedang ini sepertinya sangat merindui bau dan rasa darah.

Nick menelan air liur. Takut dia melihat bahagian tajam pedang tersebut. 

"Say good bye to the world, Nick"

Pedang itu laju sahaja melalui kepala Nick. Kepala Nick sudah bergolek di atas jalan. Darah yang terpancut keluar membuatkan baju mereka semua terkena dengan percikan darah tersebut.

Haydar mengambil kepala Nick yang sudah terpisah dengan badannya. Digolek kepala itu ke arah Kyle. Kepala itu benar-benar berhenti di hadapan kaki Kyle.

"Aku nak kau hantar dekat bapak dia. Korang semua boleh tukar baju. Semua mayat ni tinggal je tak penting pun. Hilangkan segala darah dekat tangan korang tu. Ada yang dekat muka, jadi aku nak korang bersihkan. Satu lagi,bau rokok aku tak nak ada sesiapa pun dalam rumah perasan yang korang ni merokok." kata Haydar

Kesemua mengangguk, mereka masuk ke dalam kereta masing-masing. Kyle setia membawa kepala Nick. Kepala itu diletakkan ke dalam plastik dan dibaling masuk ke dalam bonet belakang kereta.

Kereta mereka bergerak meninggalkan kawasan itu.

******

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now