BAB 56

20.5K 638 44
                                    

Farouq merenung jauh kepekatan malam yang semakin tua. Tiada bintang dan bulan menjadi penyeri langit gelap malam ini. Pun begitu itu tidak memadamkan rasa gembira di hatinya.

Permintaan Datuk Arman supaya dia mengahwini Natasya bukanlah satu perkara yang berat. Orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah peribahasa yang sesuai untuk dia sekarang. Tak perlu dia memasang strategi untuk mendekati Datuk Arman dengan lebih rapat lagi, lelaki tua itu sendiri sudah menjemput dia ke dalam mahligai mereka. Beruntungnya dia.

Farouq akui dia memang sangat gembira dan menerima dengan hati yang terbuka akan permintaan itu, tetapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Semudah itu Natasya menerima dirinya? Bukan itu satu keputusan yang mustahil? Sungguh mengejutkan baginya bila Natasya sendiri tidak menolak keputusan orang tuanya itu.

Walhal sebelum ni, wanita itu beria-ria menolak ajakannya untuk berkahwin. Apa yang membuatkan Natasya tiba-tiba bersetuju dengan begitu mudah sekali? Itu yang membelenggu fikiran Farouq sekarang. Dia yakin pasti ada sesuatu yang disorokkan.

Dia kenal siapa Natasya. Lidah bercabang dua. Manis wajahnya sekadar menutup benci di dalam hati. Natasya berubah? Sudah tentu itu agak sukar dipercayai. Mana mungkin wanita itu berubah?

Farouq menghela nafas berat. Jika ini adalah helah Natasya sahaja, dia akan mengikut rentak wanita itu. Biar dia nampak bodoh di mata wanita itu, itulah yang akan menjadi benteng untuknya. Berpura-pura naif. Namun hakikat sebenar dia yang akan mengawal rentak wanita itu.

Farouq tersenyum sinis. Bukan dia bodoh untuk percayakan sesiapa pun. Tapi, berlakon bodoh tak salah kan? Bertambah lebar senyuman Farouq.

"Natasya Datuk Arman. One day you will be realise, I'm the best man to be your husband."





*****





"Kan daddy dah cakap senang saja nak umpan si Farouq tu. Nasib baik anak daddy ni cantik, cair lah dia. Apa yang daddy katakan semua dia setuju. Tak banyak ragam pun."

Natasya tersenyum bangga. Kecantikan dia memang tidak dapat disangkal lagi. Orang buta saja tak nampak kecantikannya. Malah kecantikan dia lah yang membutakan hati lelaki-lelaki diluar sana. Ada yang sanggup membuang isteri sendiri demi mendapatkan dia. Tetapi dia hanya memilih yang berharta dan dan ada rupa saja.

"Farouq tu lebih bagus dari Tengku Hayden. Lelaki tak sedar diri. Anak daddy dia sia-siakan semata-mata untuk perempuan yang tak tahu dari mana datang asal-usulnya tu. Tiba-tiba saja nikah dengan perempuan tu. Bodoh. Nasib baik anak daddy ni dah ada lelaki lain. Anak Tengku Malik tu ingat dia seorang saja yang ada segala-galanya dalam dunia ni? Heh, kalau dah bodoh macam tu lah. Tak tahu nak menilai mana kaca mana permata." Panjang lebar Datuk Arman mengeluarkan segala hujahnya dalam bentuk makian itu.

Senyuman Natasya mula pudar. Bila nama itu meniti di bibir Datuk Arman hatinya mula terasa sayu. Mana mungkin dia sudah melupakan lelaki itu?

"Tasya memang buat keputusan yang paling bijak. Daddy bangga dengan Tasya." Ujarnya lagi. Bibir tak henti-henti tersenyum.

"Kalau tak kerana daddy Tasya tak akan buat keputusan macam ni. You're the best, daddy." Balas Natasya cuba mengambil hati Datuk Arman.

Datuk Arman tertawa seronok. Bangga.

"Sejak bila Tasya kenal Farouq?"

"Sejak.. urmm sejak..."

"Sejak dengan Hayden?"

Natasya terpaksa angguk.

"Baguslah Tasya pilih Farouq. Dia lebih cintakan Tasya dari lelaki tak guna tu. Sekarang Tasya jaga Farouq baik-baik ya? Dia lubuk kesenangan Tasya sekarang. Jangan sia-siakan dia." Nasihat jahat Datuk Arman meniti lancar di bibirnya.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now