BAB 25

34.8K 924 77
                                    

Dalia memegang beberapa beg plastik berisi buah strawberry dengan tangan kirinya. Tubuhnya disandar pada kereta. Penat, dari tadi dia berdiri disitu menunggu Tengku Hayden. Entah kemana lelaki itu pergi, katanya mahu membeli buah tangan untuk Tengku Tiara. Dalia menolak untuk ikut bersama kerana tak selesa dengan keadaannya sekarang.

Ralit Dalia memandang gelagat pengunjung yang mula membanjiri kawasan itu. Bermacam karenah manusia. Ada yang sedang memarahi anak kecil mereka, ada yang jalan laju meninggalkan pasangan mereka di belakang, dan tak kurang juga ada yang sepertinya. Menjadi penunggu setia di kereta.

Kea Farm, tempat yang popular dengan pelbagai hasil tanaman dijual disitu. Buah-buahan, sayur-sayuran dan juga pokok bunga turut dijual juga. Dalia mencebik. Tengku Hayden dah serupa pakcik-pakcik yang baru lepas pencen je datang ke pasar seperti ini. Tak masuk akal langsung orang yang berlagak dan moden seperti lelaki itu datang ke tempat ini. Apa bendalah yang dia cari.

Selama mereka disini langsung tak kemana-mana, hanya terperap di dalam bilik. Bergaduh mulut itu sudah pasti. Tengku Hayden menuduhnya sengaja merosakkan rancangan percutiannya. Dalia mencebik bibir bila teringat akan tuduhan itu. Tak habis-habis lelaki itu menuduhnya yang bukan-bukan. Honeymoon konon. Dalia rasa nak muntah hijau sekarang juga bila teringat juga akan kata-kata Tengku Hayden semalam. Our first honeymoon katanya. Puihhh!

Janji Tengku Hayden untuk pulang ke rumah Tengku Malik petang kelmarin juga hanya dusta belaka. Alasannya malas nak memandu. Jadinya petang ini lah mereka bertolak pulang. Tengku Hayden memang sengaja melengah-lengahkan masa.

Sudahlah sejak bahunya terseliuh kelmarin, Tengku Hayden lah yang menguruskan dirinya. Baik baju yang luar atau dalam semuanya lelaki itu pakaikan untuknya. Dalia rasa nak bungkus mukanya dalam plastik hitam sampai bila-bila je. Bila dia menghalang lelaki itu menggunakan kuasanya sebagai suami. Tengku Hayden memang bijak mengambil kesempatan terhadapnya.

'Asyik lawan suami, nak masuk neraka ke hah ?' Itu lah ayat yang selalu diguna pakai Tengku Hayden sekarang. Sejak dah jadi suami ni pandai pula teringat syurga neraka. Masa menggedik dengan Natasya tak ada pula ya teringat semua tu ? Huh! Dalia mengutuk semahunya dalam hati.

Tapi dia sudah tidak berapa berani lagi melawan kata-kata lelaki itu. Dalia takut setelah kejadian malam itu. Tengku Hayden nampak betul-betul serius akan kata-katanya. Bila dia melawan atau meninggikan suara, Tengku Hayden terus memarahinya. Dengan wajah ketat dan renungan tajamnya Dalia jadi kejung, langsung tak ada keberanian dalam dirinya untuk melawan atau menjawab lagi.

"Kenapa dia nak aku belajar terima dia hah ? Bukan ke sebelum ni dia selalu cakap dia bencikan aku sangat-sangat ? Ya Allah.. apa aku nak buat ni.. aku buntu." Perlahan Dalia menuturkan kata-katanya. Mendung wajahnya memikirkan perihal itu.

"Aku baru tinggal sekejap kau dah jadi gila ke? Cakap sorang-sorang pulak dah."

Teguran dari pemilik suara yang sudah semestinya dia kenal menyentakkan Dalia. Segera dia berpura-pura membetulkan awning tudungnya.

"Bak sini barang tu."

Dalia menghulur beg plastik yang di pegangnya tadi kepada Tengku Hayden. Sempat matanya mencuri pandang apa yang dibeli lelaki itu. Hampa. Plastik hitam. Langsung tak nampak apa barang yang dibelinya. Tapi penuh kiri dan kanan tangannya menjinjit beg plastik. Entah apa yang dibelinya, malas Dalia hendak bertanya.

"Masuk." Arah Tengku Hayden sepatah. Bonet kereta ditutup setelah selesai memasukkan semua barang yang dibelinya.

Dalia cepat-cepat masuk. Sudah lenguh kakinya berdiri dari tadi. Botol air mineral dicapai lalu dikepit di antara kedua belah pehanya, terkial-kial dia membuka penutup botol itu. Terbuka saja penutup botol itu, rakus Dalia menelan air mineral itu sehingga habis sebotol. Mulutnya yang basah dilap dengan belakang tapak tangan.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now