"Abang macam mana?" muncul Aishah dengan nafas tercungap. Mungkin baru lepas berlari.

"Masih kat dalam."

"Ayah bonda, papa mama belum sampai?" soal Aishah.

Hana menggeleng.

"Lama dah abang kat dalam?" bagai hendak tercabut jantungnya saat menerima panggilan panik kakak iparnya yang memberitahu abangnya terlibat dengan kemalangan.

"Dah hampir tiga jam."

Aishah labuhkan duduk di kerusi tersedia. Mereka sama-sama diserang kebisuan.

"Akak, Aishah nak akak kuat. Jangan patah semangat. Allah mendengar lebih daripada yang kita pinta." Aishah cuba memberikan semangat sekali gus memecah kebisuan.

"Kalau dia tinggalkan kita macam mana Cah?" soal Hana dengan sendu. Air mata sudah membasahi pipi mulusnya.

"Akak, tak baik macam ni. Akak kena kuat. InsyaAllah, abang akan okay." Aishah terus memberi semangat.

Sedang Hana berperang dengan perasaan sendiri, pintu kecemasan ditarik dari dalam.

"Boleh saya bercakap dengan ahli keluarga Raid Afeef?"

Hana bangun.

"Saya isteri dia. Suami saya macam mana?"

"Dari CT scan yang pihak kami lakukan, suami puan mengalami kecederaan teruk di kepalanya hingga mengakibatkan pendarahan. Pendarahan itu membuatkan suami puan mengalami gangguan pada sesetengah fungsi otak. Buat masa ini, pesakit belum sedar. Kami akan membuat pemantauan rapi dalam tempoh 48 jam. Pembedahan akan dilakukan sekiranya saiz darah beku atau pendarahan lebih daripada tiga sentimeter. Kesan lain juga akan diambil kira." panjang lebar penjelasan doktor membuatkan Hana telan liur berkali-kali .

"Suami saya akan selamatkan?"

"Banyak berdoa puan. Saya minta diri dulu."

Hana sudah terduduk mendengar penjelasan doktor itu. Hanya doa pada yang Maha Esa dikirim. Agar keadaan suaminya akan baik-baik sahaja.

Saat dia melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan suaminya, berat sungguh langkah yang di bawa ketika merapati sekujur tubuh suaminya.

Air matanya jatuh tatkala menatap seraut wajah Afeef yang kaku dengan wayar yang berselirat di tubuh. Dia tak mampu lagi untuk kuat. Tak mampu lagi dia membendung kedukaan.

"Abang, abang tak nak bangun untuk lapkan air mata sayang ni? Sampai hati abang buat sayang menangis. Abang, bangunlah. Sayang tak sanggup dilanda duka berterusan begini." disembamkan wajahnya di lengan Afeef. Kudratnya benar-benar terhakis pergi.

"Hhmmm..." suara yang menampar telinga membuatkan Hana mengangkat kepala.

"Abang?" terkejut melihat suaminya membuka mata.

"Jangan nangis sayang...." suara Afeef perlahan. Cukup perlahan. Matanya separa terbuka dan nampak lemah.

Hana kesat air mata sendiri.

"Abang.. Abang kena kuat. Abang tak boleh tinggalkan sayang. Abang kena lawan... Abang kena sihat..." bisik Hana perlahan. Tangan suaminya digenggam erat.

"Abang sayang Hana...."

"Hana pun sayang abang.. Sangat.. Abang dah dapat hati Hana abang.. Abang... Hati Hana hak abang... Abang kena terus kuat untuk di sisi Hana.. Abang janji kan? " ujar Hana dalam sendu.

"Jaga....diri.... sayang... Abang... sayang.... Hana..." nafas Afeef sudah tersekat-sekat.

"Abang akan sembuh. Abang kena sembuh." air mata Hana sudah tumpah. Bagai terasa lagi kehilangan kasih sayang seorang suami. Tika ini, rasa sakit yang sama seolah berulang kembali.

Dada Afeef berombak. Hana sudah menekam punat merah di hujung katil. Tiba-tiba bunyi mesin ventilator kuat memecah sunyi. Sekejap sahaja bilik itu dipenuhi beberapa orang jururawat dan doktor. Hana sudah berundur ke belakang memberi ruang untuk para doktor.

Zaqril yang baru tiba berdiri di sebelah Hana, wajahnya jelas cuak.

Setelah beberapa minit menanti...

"Maaf puan, kami sudah sedaya upaya menyelamatkan suami puan tapi Allah lebih menyayangi." doktor itu memandang Hana sebelum meminta diri.

Dengan langkah yang terhuyung-hayang, suaminya yang tidak lagi bernyawa di dekati. Bibirnya di labuhkan pada pipi kanan suaminya. Hilang sudah tempatnya berkongsi cerita.

Cinta yang dianggap cinta terakhir telah pergi menghadap Ilahi. Melunaskan janji bahawa mati itu pasti.

Mata Zaqril jatuh pada Hana yang nampak sangat terkesan dengan pemergian Afeef. Hatinya bagai disentuh halus melihat air mata wanita itu. Hana yang selama ini berlagak kuat di hadapannya, telah merapuh kembali tatkala diuji semula dengan kehilangan orang yang dia sayang.

Dan saat ini, Zaqril menarik Hana ke dalam pelukannya. Sungguh, gadis itu tidak menolak. Terasa basah bajunya dek kerana tangisan Hana.

Hana sedar dia dipeluk oleh Zaqril. Dia tidak menolak. Kerana hatinya benar-benar menginginkan sokongan. Dia lemah. Lemah untuk menerima kedukaan yang ditakdirkan oleh Allah yang Maha Esa.

'Ya Allah satukan kembali dua jiwa ini' doa Puan Sri Mikayla yang menjadi pemerhati di pintu wad tanpa mereka sedari.



Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now