BAB 12

1.5K 23 0
                                    

"Maaf, buat awak tertunggu lama."

Sapaan Akhbar menyentak Adalia daripada lamunannya. Adalia cepat-cepat menggelengkan kepala.

"Tak apa. So, lepas ni kita nak ke mana? Balik?"

"Awak nak balik?"

Adalia gigit bibir. Sebetulnya dia masih belum puas lagi berjalan-jalan di situ. Rasanya masih banyak tempat lagi yang dia belum lawati.

Tapi, rasa segan pula nak minta berlama-lama di situ. Dia tak tahu mungkin Akhbar sudah punya rancangan lain pada petang ini.

"Kalau awak nak jalan lagi, kita jalan. Ada banyak lagi tempat menarik yang kita belum lawati."

Akhbar akhirnya memberikan kata-kata yang mampu membuatkan Adalia melompat gembira. Wah, Akhbar ni memang betul-betul memahami betul.

"Betul ke? Awak tak kisah? Saya takut awak ada kerja nak buat aje."

Adalia bertanya inginkan kepastian.

Akhbar senyum sebelum mengangguk.

Bibir Adalia terus-menerus mengukir senyuman. Seronok kerana masih dapat berada di situ dengan lebih lama dan seronok juga kerana dia masih punya masa untuk berada di sisi Akhbar.

"Apa tu?" Adalia bertanya sambil menunjuk ke suatu arah.

Akhbar menoleh.

"Oh, itu tempat ambil gambar dengan pakaian tradisi perkahwinan Kashmir."

"Really? Wah, maksudnya kita boleh ambil gambar sambil mengenakan pakaian-pakaian tu? Mahal tak?" tanya Adalia agak teruja ketika dia memerhatikan beberapa pasangan sedang diambil gambarnya oleh jurugambar.

"Rasanya tak mahal. Nak cuba?"

"Saya nak tengok-tengok aje. Pakaian tu nampak cantik sangat."

Akhbar senyum sebelum berjalan menghampiri tempat tersebut. Adalia teragak-agak buat seketika sebelum dia turut mengekori Akhbar.

Dia melihat Akhbar sedang berbual dengan salah seorang jurugambar tersebut. Adalia mengambil kesempatan tersebut untuk membelek pakaian yang tergantung di almari sementara yang dibina oleh jurugambar-jurugambar itu.

Kainnya cantik dan berwarna terang. Memiliki unsur-unsur budaya India sedikit pada coraknya.

"Nak cuba tak? Gambarnya nanti boleh buat kenangan."

Akhbar tiba-tiba sudah pun berdiri di sebelahnya. Adalia yang sedang menyentuh salah satu pakaian tersebut, menoleh sekilas memandang Akhbar.

"I don't have a groom."

Adalia berkata separuh bergurau. Pandangan matanya jatuh pula pada pasangan lelaki dan perempuan yang sedang bergaya dengan prop yang disediakan.

"I can be yours..."

Adalia tergamam tiba-tiba. Betul ke Akhbar yang cakap begitu? Adakah Akhbar hanya sekadar bergurau atau lelaki itu sebenarnya sedang cuba menyampaikan sesuatu secara tersirat?

"Setuju tak?" Sekali lagi Akhbar bertanya.

OMG! Adakah Akhbar sedang melamarnya?

"Adalia? Nak pakai tak?"

Akhbar menunjuk ke salah satu pakaian yang tergantung di situ.

Rasa macam nak tampar pipi sendiri. Helo, Adalia! Sila sedar diri. Akhbar tu sikit punya kacak kalah hero Hindustan, takkanlah dia nak jatuh hati kepada kau yang rupa pun tak berapa nak ada?

Lelaki macam Akhbar ni hanya berbuat baik dengan kau sahaja sebab he's gentleman. Faham tak? Sila jangan perasan okey!

"Adalia?"

"Hah?" Adalia pandang wajah Akhbar.

"Saya tanya, nak cuba tak?"

"Uh, okey. Why not? Lagipun, bukan selalu kan dapat pakai macam ni."

Akhbar senyum lagi. Kali ini lebih manis senyumannya sehingga memaksa Adalia memalingkan muka ke arah lain apabila jantungnya terasa seperti nak luruh ke bawah.

Setelah memilih pakaian yang sesuai dan sepadan, bermulalah sesi mengambil gambar. Fuh, kalau ikutkan hati, rasanya dia sudah pengsan bangun balik beberapa kali.

Mana tidaknya, si tukang jurugambar punyalah suruh posing sakan. Posing pula dah memang macam pasangan pengantin baru buat outdoor shot. Mujurlah Akhbar pun tahu batasan. Kalau tidak, memang dia pengsan tak bangun-bangun terus.

"So, puas hati tak?"

Adalia mengangguk ketika dia membelek satu demi satu gambar yang telah siap dicetak. Tak sangka, cantik juga kualitinya. Ada lebih kurang empat keping gambar pelbagai posisi dan prop.

"Awak nak gambar yang mana?" tanya Adalia sambil menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada Akhbar.

"Awak pilihlah dulu."

"Eh, tak apalah. Awak yang bayar. Saya rasa awak patut pilih dulu." Adalia menjawab lagi.

Dia sebetulnya mahu membayar sendiri harga gambar-gambar tersebut, namun Akhbar tetap berkeras mahu membayarkannya. Kata Akhbar, perempuan tak seharusnya keluar duit jika keluar dengan lelaki.

"We should treat a woman like a princess."

Wah, memang berbunga-bunga sahaja hati tatkala ayat tersebut melekat di gegendang telinganya. Kalaulah semua lelaki punya prinsip begitu, alangkah bahagianya semua wanita, kan?

"Okey, kalau itu yang awak nak. So I will choose... this one and... this one."

Akhbar menarik dua keping gambar. Satu gambar mereka berdua dan satu lagi gambar dirinya seorang diri.

Adalia gigit bibir apabila melihat Akhbar memilih sekeping gambarnya seorang. Gambarnya sedang menjunjung periuk tembikar di atas kepala.

Dalam hatinya tertanya-tanya, kenapa Akhbar memilih gambar tersebut. Adakah Akhbar nak guna gambar itu untuk jumpa bomoh dan guna-gunakannya?

Isy! Sudahlah Adalia. Jangan nak fikir negatif sangat, boleh tak?

"Okay then. Saya akan simpan dua gambar ni."

Adalia menjawab sambil menyimpan baki dua keping gambar mereka di dalam beg tangannya. Walau apa pun, hatinya tetap tertanya-tanya kenapa Akhbar berbuat demikian.

Aci tak kalau dia tanya sahaja?

"Akhbar, err kenapa awak pilih gambar saya?" tanya Adalia teragak-agak dan dalam masa yang sama berdebar-debar menantikan jawapan lelaki itu.

"Saja. Nak buat kenangan."

Ringkas sahaja jawapan lelaki itu. Rasa tak puas hati pula mendengarkan alasan Akhbar.

Gambar lain pun boleh juga nak dibuat kenangan, kan? Tapi, kenapa gambar itu? Sudahlah daripada empat keping, hanya sekeping itu sahaja gambar dia posing seorang.

Namun, Adalia hanya simpan rasa tidak puas itu dalam hati. Nak tanya banyak-banyak, bimbang pula Akhbar bosan dan meluat. Lagipun, itu hak Akhbar kan. Sebab dia yang keluar duit untuk bayar harga semua gambar-gambar tu.

"Are you tired? Nak balik?"

Adalia mengangguk. Diasempat menjeling jam di tangan. Pejam celik, pejam celik, tak sangka hampir dua jam juga masa yangdihabiskan di situ. Rasanya kaki pun dah tak boleh nak diangkat lagi. Mata punhanya nampak tilam dan bantal.        

CINTA PANDANG PERTAMAWhere stories live. Discover now