BAB 7

2K 37 0
                                    

ADALIA meraup muka beberapa kali. Sungguh rasa macam nak tarik rambut sendiri. Argh!

Apa nak buat ni? Adalia tertanya sendiri sebelum merebahkan tubuh di atas katil, seolah-olah sudah berputus asa lagaknya. Dia kemudian merenung kosong ke arah siling.

Patutkah dia membatalkan sahaja temu janji makan malamnya dengan Akhbar?

Adalia menjeling jam di tangan. Dia hanya ada masa sejam lebih sahaja sebelum Akhbar sampai. Apa nak buat ni?

Adalia meraup muka lagi sebelum bangun dan duduk di atas katil. Mata merenung katil dan juga lantai yang bertaburan dengan semua pakaiannya.

Macam tak percaya sahaja dia langsung tak bawa walau sehelai pun pakaian yang sesuai untuk dipakai malam ini. Gila betul! Macam mana dia boleh terlupa akan perkara asas itu? Huaaa!

Adalia kembali berbaring lagi. Rasa putus asa kembali menyapa hatinya. Nampak gayanya, punahlah harapannya mahu menikmati makan malam bersama Akhbar.

Sobs. Sobs. Sobs.


AKHBAR merenung kertas di hadapannya beberapa kali. Tangan yang memegang highlighter berwarna hijau sesekali menggariskan beberapa ayat penting pada artikel yang dibacanya. Mungkin boleh digunakan untuk menambah pada penulisannya nanti.

Namun, tidak lama. Dia seperti tidak mampu nak menumpukan perhatian pada bacaannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Sejak akhir-akhir ini susah betul nak fokus pada sesuatu benda.

Akhbar akhirnya mengaku kalah sebelum dia meletakkan jurnal dan highlighter di atas meja. Dia kemudian mencapai telefon bimbit yang terletak di sebelah komputer riba. Dicapainya telefon tersebut, lalu skrinnya disentuh. Ikon WhatsApp disentuh pula sebelum nama Adalia dicari.

Akhbar merenung skrin buat seketika. Kemudian, dia turut menjeling jam di tangan. Masih ada lebih kurang sejam lebih sebelum makan malam mereka. Rasanya dia seperti tidak boleh menunggu sebegitu lama.

Dia sendiri tidak tahu, entah kenapa dia seperti tidak sabar-sabar mahu bersua muka dengan gadis itu. Ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan dirinya tertarik.

Patutkah dia mencadangkan supaya mereka berjumpa lebih awal?


ADALIA menoleh ke sisi, memandang telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej WhatsApp yang masuk. Dia kemudian menyentuh skrin telefonnya.

Adalia,

Boleh kita awalkan perjumpaan kita?

Like half and hour from now?

Bulat mata Adalia ketika membaca mesej kiriman Akhbar. What? Dia tak jumpa pun baju yang sesuai lagi, tapi Akhbar dah ajak jumpa awal?

Bala. Ini memang bala besar.

Why?

Do you have something to do after this?

Akhbar terdiam buat seketika apabila membaca mesej daripada gadis itu sebelum jari-jemarinya menaip laju.

Yes.

Sebetulnya dia tak ada perkara nak buat pun selepas ini. Tapi, jika alasan ini yang mampu mempercepatkan perjumpaan mereka, tak salah pun nak berbohong, kan?

Adalia menggigit bibir. Apa nak buat ni? Kalau dia tolak permintaan lelaki itu, mungkin tak akan ada lagi peluang begini.

Adalia pejam mata. Ya ampun. Apa yang tak kena dengan kau ni Adalia? Kenapa kau begitu beria-ia nak sangat keluar dengan lelaki bernama Akhbar ni?

Entahlah. Dia sendiri tak tahu.

Dia bukanlah jenis perempuan yang mudah-mudah menerima pelawaan daripada mana-mana lelaki. Malah, dengan Ashraf dulu pun dia ambil masa hampir enam bulan juga nak keluar dengan lelaki itu.

Tapi, dengan Akhbar...

Adakah betul dia sudah terkena ubat guna-guna?

Tapi, setahunya kalau orang kena guna-guna ni dia tak sedar apa-apa. Tak boleh nak fikir apa-apa pun. Kalau ikutkan keadaan dirinya, rasanya dia masih sedar diri. Masih boleh berfikir dengan waras. Siap tertanya-tanya lagi kepada diri apa yang tak kena.

Lamunan terhenti apabila satu lagi mesej masuk.

Adalia?

Adalia merenung skrin tersebut dalam-dalam. Ah, pakai ajelah apa yang ada. Nak jadi apa pun, jadilah.

CINTA PANDANG PERTAMAWhere stories live. Discover now