BAB 3

3.7K 40 0
                                    

"Keputusan aku muktamad!"

"Kau dah gila ke? Kenapa tiba-tiba aje?" soal Farah dengan nada terkejut.

Adalia langsung tak menjawab. Hidungnya kembang kempis seolah-olah teruja dengan ideanya sendiri.

"Saja. Macam yang kau cakap dulu. Aku perlu move on, kan? Kau juga yang suruh aku cari aktiviti supaya aku boleh lupakan tentang Ashraf."

"Tapi, ni bahayalah."

"Bahaya apanya. Aku bukan nak pergi berperang."

Farah mencebik. Eh, ringan sahaja nak sekeh kepala si teman.

"Fine. Aku ikut."

"What? No way. Aku nak pergi sendiri. Lagipun, kau sendiri yang cakap kau sekarang tengah sibuk tahap gaban, kan? So, tak payah. Aku boleh jaga diri sendiri. I don't need a babysitter."

"Parent kau bagi ke?" tanya Farah dengan nada provokasi.

"Mestilah. Aku awal-awal lagi dah dapatkan persetujuan mak dan ayah aku."

"Ya ke mereka benarkan? Ke kau yang paksa mereka supaya benarkan kau pergi?"

Adalia pandang wajah Farah dengan riak tak puas hati. Eh, minah ni. Saja nak bakar hatinya ke apa?

"Tak kisahlah kau nak cakap apa pun. Yang penting, minggu depan aku nak fly. Tiket flight apa semua dah book. Visa pun dah lulus. Apa lagi nak tunggu?"

"Kerja kau macam mana? Bos kau bagi ke kau sambung cuti lagi? Bukankah kau dah ambil cuti lama?"

"Aku ambil unpaid leave."

Farah kehilangan kata-kata. Langsung tak menyangka senekad ini temannya itu. Mahu membawa diri bagi mengubati luka di hati.

"But, why Kashmir?"

Tiba-tiba bibir Adalia mengukir senyuman tanpa sedar.

"Entah. Saja. Aku tertarik dengan pemandangannya yang cantik."

"Tapi, banyak tempat lain, kan? Kenapa Kashmir? India? Kau tahu tak tu negara kotor? Banyak orang jahat? Kau tak takut ke jalan sorang-sorang?"

"Lepas aku tengok cerita Bajrangi Bhaijaan hari tu, aku terus jatuh cinta dengan scenery dalam cerita tu. Kebanyakan tempat dalam cerita tu buat dekat Kashmir, tahu?"

Farah terdiam buat kali kedua. Sungguhlah dia langsung tak boleh nak mencerna apa yang sedang berlaku sekarang. Macam tak logik pun ya juga. Takkanlah hanya melihat satu filem Hindustan dah boleh buat temannya itu bertekad mahu mengunjungi tempat tersebut?

"Kenapa tak pergi Korea? Kau kan banyak jugak layan cerita Korea?" tanya Farah tiba-tiba.

"Korea tu dah selalu sangat orang pergi. Aku nak cari kelainan."

Farah mati kata lagi.

"Nanti aku hantar gambar banyak-banyak dekat kau eh." Adalia berkata lagi dengan penuh teruja.

ADALIA memandang sekeliling, mencari-cari kelibat pemandu yang telah dia tempah sejak awal-awal lagi. Pemandu yang akan membawanya terus ke houseboat tempat dia bakal menginap nanti.

"Miss Adalia!"

Adalia menoleh lagi apabila terasa seperti namanya dipanggil. Kelihatan seorang lelaki berkulit gelap, berketinggian sederhana sedang melambai tangan ke arahnya sambil menunjuk ke arah kertas bersaiz A4 yang tertulis namanya.

Kaki laju melangkah menghampiri lelaki itu.

"Mr. Ali?" soal Adalia ketika dia sudah pun berdiri di hadapan lelaki itu.

CINTA PANDANG PERTAMAWhere stories live. Discover now