BAB 10

1.6K 22 0
                                    

SEPANJANG perjalanan menuju ke Pahalgam, Adalia dijamu dengan pemandangan yang sangat-sangat cantik. Sungguh, tiada kata yang mampu digunakan untuk mengambarkan suasana ketika itu.

Akhbar sengaja menurunkan cermin tingkap supaya mereka sama-sama dapat menghirup udara segar di pergunungan. Adalia mengeluarkan tangan ke luar tingkap untuk merasai angin dingin ketika itu.

"Wah! Kambing!"

Adalia menunjuk ke arah lereng-lereng gunung yang menghijau.

Kelihatan banyak kambing-kambing yang sedang meragut rumput di situ. Sebiji macam dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Malah, Adalia syak yang lokasi rumah Munni di kawasan pergunungan itu terletak di kawasan sini.

Akhbar ketawa ketika melihat Adalia begitu teruja melihat kambing-kambing tersebut sehingga kepala gadis itu hampir terkeluar dari tingkap.

"What? Awak tahu ke kambing tu apa?" tanya Adalia sambil menoleh ke arah Akhbar yang masih ketawa di sebelah.

"Of course I know."

Akhbar menjawab, masih lagi dengan sisa tawanya.

"Ya ke? Kambing tu apa?" soal Adalia seperti ingin menguji bahasa Melayu lelaki itu.

Mengikut cerita Akhbar dulu, dia belajar bahasa Melayu dengan neneknya. Hampir setiap hari neneknya akan bercakap bahasa Melayu dengannya selain bahasa Inggeris dan bahasa Kashmir.

"Yang awak tunjuk tadi tulah."

Ceh. Adalia buat muka sebelum kembali memandang ke luar tingkap. Dia sengaja membiarkan angin menampar wajahnya. Sangat tenang dan mendamaikan hati.

"Cantiknya ciptaan Allah."

Adalia tak putus-putus memuji keindahan alam ciptaan tuhan. Sesekali dia menghalakan lensa kamera dari telefon bimbitnya, sebelum gambar tersebut terakam dalam folder galerinya. Rasanya sudah beratus-ratus gambar yang berjaya diambil.

Akhbar pula seolah-olah memahami. Kadangkala lelaki itu seperti sengaja memperlahankan kenderaan supaya Adalia punya masa untuk merakamkan sesuatu gambar. Malah, lelaki itu dengan murah hati akan berhenti di mana-mana untuk membolehkan Adalia mengambil gambarnya sendiri.

"Akhbar, jom selfie." ajak Adalia spontan apabila dia telah pun selesai mengambil beberapa keping gambarnya di tepi sungai yang mempunyai batu-batu cantik.

Akhbar yang sedang duduk bersandar pada kereta sambil memerhatikan telatah Adalia, mula berdiri tegak apabila Adalia sudah pun mula melangkah menghampiri lelaki itu.

"Jom selfie."

Adalia menghalakan skrin telefon bimbitnya ke arah mereka berdua sebelum dia menekan simbol kamera beberapa kali. Dia kemudian melihat hasilnya.

Ya Allah. Ciptaan Allah yang ini pun indah juga. Adalia berkata dalam hati apabila dia melihat wajah Akhbar sedang mengukir senyuman di sebelahnya.

Tak sangka, dalam gambar pun Akhbar nampak kacak. Bukan macam dia. Habis semua bekas-bekas jerawat jelas kelihatan dalam gambar tersebut. Menyedihkan.

"Jom selfie."

Giliran Akhbar pula berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Wau, Iphone XR. Kaya gila si Akhbar ni. Takkan tukang baiki macam Akhbar mampu memiliki telefon semahal itu? Hati Adalia mula tertanya-tanya akan identiti lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya.

Siapa Akhbar sebenarnya? Kalau betul Akhbar kerja dengan Mr. Naaz sebagai tukang baiki, habis tu apa urusan Akhbar di universiti tadi? Takkan lelaki itu pergi baiki tandas pejabat di bangunan universiti tu pula?

"Smile..."

Kata-kata Akhbar menyentak Adalia daripada lamunannya.

Akhbar turut merakamkan beberapa keping gambar bersamanya. Bibir lelaki itu tersenyum tatkala memeriksa kembali gambar yang ditangkap olehnya tadi.

Setelah puas bergambar, mereka meneruskan lagi perjalanan. Fuh, boleh tahan juga jauhnya lokasi tempat makan tengah hari mereka pada hari itu. Namun, Adalia tak kisah walaupun perut sudah mula menyanyi riang.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Akhbar memperlahankan kenderaan sebelum masuk ke simpan kanan. Sempat mata Adalia membaca papan tanda yang tertulis di situ.

Beetab Valley. Hmm, nampak macam menarik. Tapi, dia tak nampak pun sebarang kedai makan di situ.

Adalia menunggu sehingga Akhbar memberhentikan kereta di tempat letak kereta yang disediakan. Telinganya sudah terdengar seperti bunyi air sungai yang mengalir.

"Jom. Kita dah sampai."

Akhbar berkata sebelum membuka pintu.

Adalia turut membuka pintu. Rasa tidak sabar pula mahu melihat kawasan sekeliling.

Wah, matanya sudah terpaku merenung air sungai yang mengalir jernih tidak jauh dari situ. Kaki mahu diatur melangkah menuju ke tempat tersebut, namun terhenti apabila Akhbar memanggilnya.

"Adalia. Jom."

Adalia berasa agak hampa. Baru sahaja dia mahu mengambil gambar di situ. Namun, kakinya melangkah juga menghampiri Akhbar yang setia menantinya.

Pandangan mata Adalia jatuh pada tangan lelaki itu yang sedang memegang sesuatu.

"Apa tu?" Mata Adalia masih tertumpu ke arah itu.

Akhbar tunduk untuk melihat apa yang dimaksudkan oleh gadis tersebut.

"Oh, our lunch." jawab Akhbar ringkas.

Lunch? Jadi, mereka akan makan berkelah di sini? Serius? Wah! Bestnya!

Adalia kembali teruja ketika dia berjalan beriringan dengan Akhbar. Ketika sampai di pintu masuk, kelihatan ramai orang berkumpul di situ. Suasana agak kecoh dan tegang.

"Awak tunggu sini kejap ya."

Akhbar berjalan menuju ke kuanter tiket. Adalia hanya kekal berdiri di situ, memerhatikan semua orang.

Apa kes semua kecoh-kecoh ni? Janganlah ada rusuhan pula.Getus hati Adalia agak bimbang. Tak sampai lima minit, Akhbar muncul.

"Jom masuk. Tapi, hati-hati ya. Jaga beg tangan awak." Sempat Akhbar berpesan.

Adalia spontan memeluk beg tangannya di dada sebelum mengekori Akhbar. Agak sukar mahu melepasi orang ramai, namun mujurlah Akhbar banyak membantu.

CINTA PANDANG PERTAMAWhere stories live. Discover now