25

680 12 0
                                    


Sudah seminggu Datin Mahanom ditahan di hospital. Walaupun dia ditempatkan di kelas satu, dia masih rasa tidak gembira dan mahu balik ke rumah.

"Mama, kalau kat rumah kita tak dapat nak monitor kesihatan mama.." Abdul Qayyum memujuk.

"Mama dah tak ada hati lagi untuk hidup, Qayyum.." perlahan sahaja suara Datin Mahanom berbisik.

"Mama.. sampai hati mama cakap macam tu.." balas Abdul Qayyum. Tangan ibunya digenggam. Dia amat takut jika dia telah melukakan hati ibunya. "Mama marahkan Qayyum ke?"

Datin Mahanom memandang wajah Abdul Qayyum penuh kasih sayang. Pipi Qayyum ditepuknya perlahan.

"Bukan Qayyum.. Qayyum tak pernah sakitkan hati mama..Qayyum la kasih sayang mama.." kata Datin Mahanom. "Qayyum dah buat semua yang mama impikan.. mama redha dengan Qayyum..impian mama untuk dapat anak yang berjaya, berkeluarga dan menikahi gadis yang mama pilih..walaupun..ya..mama tahu Qayyum tidak sepenuh hati..tapi Qayyum, mama lebih tahu apa yang terbaik untuk Qayyum."

"Mama, mama okay ke tak ni?" tanya Abdul Qayyum. Resah melihat kelakuan Datin Mahanom yang lain macam sahaja. Tidak seperti selalunya.

"Papa kamu.." dia berbisik.

"Kenapa dengan papa, mama?"

"Jika kamu bolehbercakap dengannya, kamu pujuklah dia untuk kembali seperti dulu.."

"Papa buat hal?"

Datin Mahanom hanya mengangguk.

"Qayyum.. mama mungkin hidup tak lama.. hanya kamu dan Qayyim sahaja yang mama ada di muka bumi ini.."

"Mama..jangan cakap macam ni.."

"Mama mahu Qayyim bernikah sebelum mama menutup mata.."

Qayyum tidak ada jawapan untuk itu.

"Kenapa dia semakin menjauh lepas kamu bernikah?" tanya Datin Mahanom seperti bercakap dengan dirinya sendiri. Bila ada majlis yang dibuat oleh Abdul Qayyum, Abdul Qayyim tidak pernah mahu turut serta. Kali terakhir dia bersama hanya ketika majlis pernikahan Abdul Qayyum.

"Mungkin dia rasa sedih sebab dia belum bertemu wanita yang sesuai untuk menjadi isterinya, mama.." balas Abdul Qayyum.

"Mama tahu dia pernah putus cinta.. tetapi, ramai orang putus cinta..tetapi hidup mesti diteruskan..."

"Qayyim tak pernah cerita dengan Qayyum tentang kekasihnya.."

"That bitch.." tiba-tiba Datin Mahanom menyumpah.

"Mama?"

"Mama tak tahu siapadia.. tapi entah apalah yang dibuatnya sampai anak mama yang sorang lagi tujadi tak tentu hala.."

"Qayyim bukan tak tentu hala mama.. dia kan artis.. pelukis.. orang macam ni memang style dia macam tu.." Abdul Qayyum menggelengkan kepalanya. "Bukan sebab dia ggagal bercinta, yang dia jadi macam tu mama.."

"Ye, mama tahu.. tapi mesti sebab perempuan tu dia jadi lagi teruk.. Dulu mama mahu dia jadi arkitek.. dia pulang jadi pelukis jalanan.. dan bercampur dengan entah siapa-siapa.."

"Dia bukan gagal, mama.. dia hanya ada pilihan jalan hidup sendiri."

"Tapi, tengoklah sekarang.. umur sudah 30an..tak ada siapa nak hormat.. kerja tak tentu hala..perempuan pun lari.."

"Mama..sudah lah dengan Qayyim tu.. dia tetap anak mama.. dan abang Qayyum.. dia tetap seorang yang caring dengan kita..Hanya..dia..lebih tegar dengan impian hidupnya mama.."

"Huh... still..semua orang tngok dia sebagai seorang yang gagal..!"

"Mama tak tahu kah yang lukisan Qayyim akan dipamerkan di Art Gallery terbesar nanti penghujung tahun ini?"

"Hah?" Datin Mahanom terkejut. "Tak ada siapa bagi tahu mama?"

"Qayyim tak mahu dipilih kerana pangkat papa atau kerana mama.."

"Dan kamu rahsiakan dari mama?"

"He is the only brother that I have mama.." balas Qayyum.

Andai Ku Tahu ( ELIPSIS CINTA)Where stories live. Discover now