13

771 18 0
                                    

Orang pertama yang dihantar berita gembira itu ialah ibu dan ibu mertuanya.

Cepat saja tangannya mengetik nama ibunya dan tidak sampai seminit wajah dan suara ibunya terpapar di skrin telefon mudah alihnya.

"Mama...guess what?" tanya nya bersemangat. Nada suaranya bersalut dengan teruja.

"Ada baby ke ni..." tanya ibunya Puan Norul Ain terus. Bukan sukar hendak menduga Camelia. Dia seorang yang terlampau lurus tidak mampu berselindung.

"Alaaaa... mama dah tauuu.." jeritnya manja.

"Kan Lia dah bagi tau nak pergi klinik hari tu lagi?"

"Alamak.." dia menampar pipinya sendiri. "Memang Lia dah lupa Lia ada bagi tahu.."

"Tahniah baby..mama so happy for you..." pujuk ibunya. "Free nanti datang rumah ibu.. dan don't work too hard..kena jaga sebab awal-awal lagi, kan.."

Setelah Puan Norul Ain berkongsi cerita beberapa petua lama yang diketahui, Camelia menghubungi pula ibu mertuanya yang juga amat teruja dengan berita itu.

"Oh my.. nanti mama nak up kan insta mama tentang yourstory.." katanya gembira. "Tak sabar mama nak timang baby... nanti bagi tahu mama jika perlukan apa-apa..."

"Tak apa mama, lambat lagi.."

"Qayyum dah tahu kan?" tanya Datin Mahanom.

"Belum."

"Ehhh macam mana tak bagi tahu hubby youuu..." dia mengusik."Tu kan your partner in crime?"

"Ala mama..dia kan tengah kerja..nanti ganggu pula.."

"Haishh...mana ada..mesti Qayyum happy dapat baby..."

Ada sedetik dua hening seketika itu. Kedua-dua mereka faham sendiri tentang Abdul Qayyum. Impian mereka berdua sudah tercapai. Seorang mendapat suami impiannya. Seorang lagi mendapat menantu yang dipilihnya. Tetapi mungkin ada impian Abdul Qayyum belum terlaksana.

"Qayyum treat Lia okay tak ?" tanya Datin Mahanom tiba-tiba.

"Eh Qayyum okay mama... dia tak pernah buat masalah besar kat Lia.."

"I mean...you berdua dah nak dapat baby..so..okay lah kan?" tanya Datin Mahanom, separuh beralas. Risau juga dia hari tu, manalah tahu kalau-kalau pasangan itu bernikah tetapi tidur asing-asing.

"Okay mama..Qayyum baik-baik saja.. Lia sahaja yang kuat merajuk..cepat tersinggung..." katanya.

"Hmm kena biasa kan lah tu.. Qayyum memang macam tu.. dia tak sensitive sangat dengan orang... dia buat kerja dia saja.. kat rumah dia asyik main computer dan jika tak ke mana-mana dia membaca buku."

"Hmm betullah tu ma.. dah dekat setahun..Lia dah faham sikapnya...okay ma..Lia offline dulu.. Lia nak masak ni..."

"Okay..masak tu baik-baik.. tak perlu kerja berat-berat.."Datin Mahanom bersyukur dapat menantu kesayangan yang rajin memasak dan dia yakin dia telah buat pilihan yang tepat untuk anak kesayangannya. Dia hanya perlu cari seorang gadis untuk menjaga anak lelakinya yang seorang lagi. Tetapi sampai sekarang dia tak dapat menemui seorang yang sesuai kerana Abdul Qayyim lebih seronok melayan lukisannya daripada melayan dia bercakap tentang perempuan. Adakah dia masih tidak sembuh daripada luka lama percintaan yang putus dulu...atau dia memang tidak berminat dengan wanita??? Risau bersarang di hatinya, mana tahu... zaman sekarang ni banyak penyakit pelik-pelik di kalangan anak muda. Dia berdoa dalam hatinya agar dijauhkan anak-anaknya daripada ada masalah kecelaruan dalam memilih jantina pasangan mereka.

Apa-apa pun yang penting Abdul Qayyum sudah menemui wanita yang hebat. Pandai mengambil hatinya. Cantik, ada ilmu agama, sopan, pandai memasakdan penyayang. Dan yang penting, anak kawan karibnya.



Bunyi handphone kedengaran di mejanya. Dia memandang ke arah skrin dan membiarkan telefon itu berbunyi sehingga habis. Dia terus sahaja meneruskan aktivitinya di computer. Wajiblah dia menelefon nak chatting, sedangkan aku tengah sibuk nak siapkan kerja, fikir Qayyum.

Pintu biliknya di cabin itu diketuk.

"Bos..ada masalah sikit.." suara Ah Tai bergetar sedikit.

Ah Tai ialah salah seorang clerk-of-works di tapak pembinaan Abdul Qayyum.

"Kenapa?"

"Wagiman dan geng dah cabut..."

Abdul Qayyum terpaku seketika.

"Habislah kerja aku tersangkut?" Sudahlah kerja-kerja di tapak itu kelewatan seminggu, kini ada lagi masalah bertimpa.

"Kita cuba pujuk dia oranglah nanti.."

"Pujuk buat apa.. cari saja team baru. Tapi tak kan Lamin tak boleh kow tim dengan Wagiman?"

"Lamin dah nak resign bos.. dia cakap nak bagi 24 hour notis..."

Macam nak jatuh jantung Abdul Qayyum mendengar kata-kata AhTai.

Lamin pekerja penting di tapak pembinaan itu. Dia cekap melaksanakan kerja dan pandai berinteraksi dengan geng-geng subkontraktor. Kadangkala dia dengar Lamin bercakap Bahasa kantonese dengan kontraktor dan kadang kala dia berbahasa loghat acheh dengan pekerja di tapak pembinaan itu.

"Peliknya.. kenapa tiba-tiba saja? Bukan ke dia baru naik pangkat?" tanya Abdul Qayyum sakit hati. Penat-penat dia membuat cadangan kepada bos besar untuk naikkan gred Lamin sebagai Site Supervisor, sekarang dia nak berhenti kerja dalam 24 jam dan team subkontraktor pula tiba-tiba cabut tanpa alasan..Pasti ada sesuatu yang fishy berlaku dan tidak dapat dikesannya sejak awal.

Serabut rasa kepalanya. Dan telefonnya berdering lagi. Nama yang sama terpapar di skrin. Camelia.. hmm.. dia membiarkanpanggilan itu tidak berjawab. Dia masukkan handphone ke dalam poketnya dan beredar ke luar kabin. Tugas penting harus diselesaikan sekarang. Menara itu mesti siap dalam waktu yang ditetapkan.

Andai Ku Tahu ( ELIPSIS CINTA)Where stories live. Discover now