9

785 16 0
                                    

Sejenak itu tangannya digenggam kuat oleh ibunya. "Bertenang Baby.. mama mahu you kuat..ini hanya permulaannya..be strong baby.."

Kelihatan kumpulan keluarga Abdul Qayyum memasuki ruang dimasjid itu.

Wajah lelaki tinggi lampai berambut ikat belakang itu memang mirip Abdul Qayyum. Walau pun tidak pernah bertemu Camelia pasti itulah Abdul Qayyim yang kerap dikecam Datin Mahanom. Langkahnya sopan sahaja bersaingdengan beberapa orang lagi yang menghampiri tempat mereka menunggu. Tok Kadhi menganggukkan kepala apabila Abdul Qayyim bercakap sesuatu kepadanya.

Kemudian kesemua mereka memandang ke arah Camelia. Dia berasa malu dipandang begitu.

"Maafkan saya..tapi.. Abdul Qayyum dan Mama serta Papa dalamperjalanan.."jelas Abdul Qayyim. Wajahnya dan suaranya saling tak tumpah wajah Abdul Qayyum.Gugur sejenak jantung Camelia memandang wajah redup Abdul Qayyim. Tapi Abdul Qayyim hanyalah seorang pelukis jalanan bukan terkenal seperti Latiff Mohidinyang lukisannya mencapai harga hampir jutaan ringgit. Dan mana nak sama dengan saudaranya Abdul Qayyum yang sudah Camelia letakkan di tempat paling istimewadi sudut hatinya. Keluarga Camelia melepaskan nafas lega mendengar penjelasan itu. Sekurang-kurangnya ada penjelasan daripada keluarga Abdul Qayyum.

Matahari yang semakin meninggi di kaki langit biru kelihatan bersinar ceria. Sinarannya terik menyimbah suasana waktu dhuha itu. Jalur cahaya suria juga kelihatan terpantul di permukaan dan mengintai di celah-celah pohon malar hijau di kiri kanan jalan yang mereka tempuhi.

"Pak Tam.. tolong berhentikan kereta dekat tepi jalan.."suara Abdul Qayyum akhirnya keluar setelah dia diam sahaja sepanjang persiapan kemasjid dibuat hari itu.

Kereta keluarga mereka jenis Toyota Alphard Hitam itu diberhentikan di tepi jalan menghadap sebuah pergunungan berbalam-balam.Pemandunya Pak Tam menunggu dengan sabar.

Kelihatan wajah Datin Mahanom berkerut-kerut menahan perasaan.

"Kenapa nak berhenti di sini Qayyum?" tanya Datin Mahanom gusar.

Abdul Qayyum tidak menjawab. Hatinya tidak sedikit pun bersemangat untuk bernikah.

Dia membuka pintu kereta dan turun. Datin Mahanom bertukar pandang dengan suaminya Dato Mahfuz.

"Pergi tanya dia," perintah Dato Mahfuz kepada Datin Mahanom.

"Hishhh..you bapanya, cuba nasihatkan dia.." jawab Datin Mahanom menggerutu.

"I dah agak dia macam ni..tapi you yang nak sangat dia dengan anak kawan you tu..." pintas Dato Mahfuz.

"Dah sampai hari nikah ni baru you nak cakap macam ni?"

"Jangan tunggu lama sangat..orang belah sana dah menunggu tu.." Dato Mahfuz memegang bahu isterinya menunjuk ke arah Abdul Qayyum.

"Ye lah.." Datin Mahanom memuncung lalu turun dari perut kereta.

Abdul Qayyum menoleh sejenak ke arah ibunya yang menghampirinya.Dia kemudian menoleh semula ke arah gunung yang menghijau.

"Mama...Qayyum tak rasa nak nikah dengan Camelia lah mama..." Abdul Qayyum berdiri memandang ke arah langit.

"Tolonglah mama Qayyum.. selama ni Qayyum tak pernah lagi hampakan mama..sampai hati Qayyum malukan mama hari ni.." Datin Mahanom menghampiri anak kesayangannya dan memegang bahu pemuda itu.

Abdul Qayyum tunduk. Masih tidak berganjak.

"Tak boleh ke kalau kita cari pengganti? Sesiapa yang sanggup mengambil tempat Qayyum sekarang?" tanya Abdul Qayyum.

"Mana ada macam tu Qayyum.. tu hanya dalam filem..nak tukar orang,majlis ni terpaksa dibatalkan..mana mama nak letak muka?"

Abdul Qayyum membeku. Ini sahajalah percubaan terakhirnya untuk membatalkan pernikahannya. Setelah berkali-kali dia memujuk ibunya dan kemudian berperang dengan perasaan sendiri untuk menerima takdir ini. Mungkin mereka akan malu besar, tetapi pada akhirnya, dia akan menyelamatkan diri daripada sebuah perkahwinan tanpa cinta dan dia tidak perlu menipu sesiapa.

Sekonyong-konyong itu juga kedengaran bunyi berdebup yang kuat di belakangnya. Qayyum menoleh ke belakang terkejut mendengar bunyi itu. Datin Mahanom jatuh terjelepok di belakangnya. Abdul Qayyum serba salah. Dia melutut memangku mamanya.

Dato Mahfuz yang sudah bersedia untuk turun dari kereta terus menerkam ke arah isterinya.

"Qayyum...you mom..high blood pressure nya mungkin..."

"Jom bawa ke hospital.." cadang Abdul Qayyum.

Mereka mengangkat Datin Mahanom ke dalam kereta. Wajah Datin Mahanom kelihatan sangat lesu, matanya terpejam.

"Jangan dia jadi sawan sudah.." kata Dato memandang wajah isterinya yang dipangkunya. Dia kelihatan penuh dengan kebimbangan. "Qayyum you know what is best for you.. but you kena buat a fast decision..."

Abdul Qayyum terkelu. Matanya tidak lepas memerhatikan wajah ibunya sarat dengan kekecewaan dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi.

"Pakcik bawa kita ke hospital. Batalkan saja majlis?" tanya Abdul Qayyum.

Dato memandang Abdul Qayyum.

"You sure? Jika itu yang kamu mahu kita terpaksa menghubungi pihak sana sekarang.." Pandangannya kemudian berpindah ke wajah Datin Mahanom yang mengerang seperti demam pula.

"Mama tak mahu pergi hospital.." tiba-tiba Datin Mahanom menjawab. "Mama mahu majlis ini diselesaikan..."

Abdul Qayyum memandang wajah ibunya yang sudah duduk, mengangguk perlahan. Pandangannya dilemparkan keluar tingkap. Hatinya rasa kosong sekosong langit yang tiada awan itu.

Kereta itu terus meluncur ke arah masjid.

Andai Ku Tahu ( ELIPSIS CINTA)Where stories live. Discover now