"Aku pun boleh ajar kau. Tak perlu jumpa dengan budak tu lagi." Sambung Engku Raid.

Mawar mengeluh seraya menepis perlahan tangan Engku Raid. Lama dia diam sebelum membuat keputusan untuk mengangguk. Wajah ditundukkan menekur lantai.

"Baiklah. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu. Ada kelas lain lepas ni."

Mawar mencapai kembali dua buah buku yang dipinjamnya dari perpustakaan tadi. Tadi sewaktu dia dan Luthfi sedang sibuk belajar, ada seorang mahasiswi memanggil dia supaya datang ke pejabat Engku Raid.

Apalah nasib dia selepas ini. Makin lama, makin muak dia dengan perangai Engku Raid yang baginya seperti tidak waras itu. Lelaki itu suka melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Contoh terdekat, lelaki itu membuat keputusan untuk mengajar di kolej dia sedangkan dia sendiri tahu, lelaki itu mempunyai syarikat sendiri. Malah, cawangan syarikat perhotelan lelaki itu serasanya ada di seluruh Malaysia.

Gila. Engku Raid memang gila.

"Nanti balik dengan aku." Engku Raid meraih pergelangan tangan Mawar sebelum sempat gadis itu melangkah keluar.

"Hmm..."

Engku Raid menghantar pemergian Mawar dengan ekor mata. Setelah Mawar pergi, ekspresi wajahnya berubah kosong dan datar. Dia membawa diri ke tempat duduknya tadi.





К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.









Kaki ditarik rapat ke tubuh. Wajah disembamkan ke lutut. Beberapa saat selepas itu, seluruh ruang bilik itu dipenuhi bunyi tangisan seorang gadis malang.

Dia meracau seorang diri. Ada kalanya barang yang berada berhampiran dengannya dicampak ke lantai. Bunyi hempasan kaca membuatkan dia diam tiba-tiba. Seakan mendapat kewarasan kembali.

Dia kesat air mata yang masih mengalir laju. Perlahan, dia cuba bangun daripada simpuhannya. Mengutip kaca yang berderai di atas lantai itu dengan wajah yang masih basah dengan air mata.

"Aulia, kau buat apa lagi ni?"

Suara dengusan berat itu membuatkan dia menunduk ke lantai. Bibir diketap, menahan diri daripada terus menghamburkan tangisan. Hanya bahu dia sahaja yang terhinjut-hinjut, menandakan dia masih menangis.

Serpihan kaca yang dipegangnya tadi, terjatuh semula ke lantai.

"Aish kau ni." Bahu dia dipegang.

"Pandang aku Aulia." Dagu dia dipegang lalu wajah dia didongakkan memandang tepat ke dalam sepasang mata hazel itu.

Dia memejamkan mata saat jemari itu menghampuskan air matanya, lembut. Beberapa saat kemudian, tubuh dia sudah dipeluk oleh figura tadi. Pelukan hangat itu membuatkan dia jadi pilu.

Mawar Milik Raid[C]✅Место, где живут истории. Откройте их для себя