Himi tergelak kecil.

"Yela yela. Nak makan la ni."

"Weh kau kenal tak Yoorin yang bekerja kat syarikat suami kita berdua tu?" soal Areum tiba tiba.

Mood membawang on.

"Hmm kenal. Siapa je tak notice minah sexy tu. First time aku jumpa dia, ingatkan dia mat saleh. Baju yang dia pakai perghh...boleh buat orang turn on." balas Himi sambil mengunyah.

"Aku sakit hati tau sebenarnya. Semalam waktu aku kemas rumah. Telefon Jungkook tiba tiba bunyi, ada orang call. Aku pun jawap jelah sebab Jungkook tengah mandi time tu. Tapi kau tau tak, aku terkejut gila sebab itu suara perempuan!" Areum hentak meja dengan kasar. Panas hatinya mengingat semula perkara itu.

"Pastu apa jadi?"

"Aku tengok lah balik sapa yang call. Rupanya si Yoorin tu. Dia siap beroppa sial dengan laki aku. Pergh aku sakit hati gila weh!"

"Seriuslah?!" Himi terkejut beruk.

Takkanlah Jungkook curang? Haih tak mungkin. Tak mungkin.

"Serius duh. Aku geram gila. Kau tau tak dia cakap macam ni 'Oppa, Yoorin tak faham lah dengan document yang oppa minta Yoorin siapkan haritu'." Areum mengajuk semula gaya cakap Yoorin.

"Gedik gila." kutuk Himi.

"Ha kan! Ish meremang roma aku dengar suara dia. Lemah gemalai habis. Gedik nak mampus. Eeee itu kalau aku dapat, memang siap aku kerjakan. Aku tenyeh tenyeh muka dia biar cacat." Areum merengus marah.

"Jungkook tak cakap apa apa ke?"

"Jungkook cakap itu cuma hal kerja. Mula tu aku tak percaya. Kami hampir gaduh tapi dia tunjuk lah chat dia dengan minah tu. Jungkook tak layan pun. Baguslah kan. Jungkook pun rimas juga dengan minah tu senanya."

"Ouhh..tapi kan Areum, kau perasan tak?" soal Himi tiba tiba.

"Apa benda?" dahi Areum berkerut.

"Kau perasan tak, sejak kau mengandung ni, kau garang bukan main. Aku pun takut. Kita ni macam dah tertukar sifat je. Dulu aku yang garang, kau lemah lembut. Tapi sejak preggy ni, aku pula yang jadi lemah lembut. Pelik betul."

"Lahh pasal itu je? Ingatkan apa lah tadi. Sebenarnya Jungkook pun ada tegur juga pasal ni. Tapi biar jela asalkan aku bahagia. Tak gitu?"

Areum dan Himi serentak ketawa. Seronok mereka meluangkan masa berdua. Tidak pernah mereka membayangkan mereka boleh hidup normal seperti orang lain. Jika mereka kekal bekerja di bawah Brisden, mungkin mereka tidak merasa semua ini.

_________________________________________

"Taehyung..chagi rasa nak makan bulgogi lah. Dekat kedai ahjumma Shin. Boleh tolong belikan?" Himi mengerdipkan mata untuk memujuk suaminya.

Taehyung tersenyum nipis. Perlahan dia mengangguk. Himi sudah tersenyum riang.

"Dengan syarat. Lepas je oppa keluar, chagi kena terus kunci pagar. Boleh?" kata Taehyung.

Himi mencebik bibir.

"Ni mesti Areum yang mengadu kan?"  teka Himi.

"Entah. Yang pasti, chagi kena terus kunci pagar tau. Lagipun dah malam sayang. Oppa nak ajak chagi ikut sekali pun mesti chagi tak larat. Jadi oppa pergi sorang ya?" kata Taehyung dengan lembut.

Jam di dinding dia kerling sekilas. Angka menunjukkan angka 10 malam. Taehyung segera mencapai kunci.

"Oppa pergi dulu tau.  Jangan lupa kunci pagar." pesan Taehyung sebelum bergegas keluar.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now