Himim memegang perutnya dengan kemas untuk berdiri.

"Arghhh!!!" dia menjerit kuat lalu memejamkan mata saat terasa dirinya tiba tiba terapung diudara.

Pantas matanya dibuka. Wajah Taehyung yang sudah tersengih sengih dipandang geram. Dia peluk leher lelaki itu agar tidak jatuh.

"Tadi kata taknak dukung. Patah tangan lah apa lah. Ni apa?" Himi menjeling Taehyung dengan tajam.

"Aik. Merajuk? Hahahhahah aku bergurau je lah sayang. Aku sanggup buat apa saja tau untuk sayang aku seorang ni." Taehyung geselkan hidungnya pada hidung gadis itu dengan manja.

Wajah Himi yang masih masam mencuit hatinya. Dia hanya bergurau. Tapi tak sangka Himi ambil hati pula.

"Dah. Jom kita ke dapur. Dah lapar lah." Taehyung betulkan kedudukan tangannya agar dapat mendukung gadis itu dengan kemas lalu mereka mula bergerak ke ruang dapur.


_________________________________________

"Taehyung?"

Himi menolak perlahan pintu bilik tetamu. Dia terus menuju ke bilik Taehyung selepas mereka selesai makan malam.

"Masuk jelah." laung lelaki itu dari dalam.

Setelah mendapat kebenaran Himi melangkah masuk. Dia lihat Taehyung sedang keringkan rambut dengan tuala kecil. Mungkin lelaki itu baru selesai mandi.

Perlahan Himi labuhkan duduk di birai katil. Tujuannya ke sini kerana Taehyung sendiri yang minta. Katanya ada perkara penting perlu mereka bincangkan.

"Ada apa kau suruh aku ke sini?"

"Sekejap" Taehyung bergerak menuju ke meja solek. Lalu  document di atas meja itu dia ambil dan serahkan pada Himi.

"Apa benda ni?" soal Himi. Dia baca document itu dengan teliti.

Ianya sebuah document kahwin dengan namanya dan Taehyung tertera sebagai pasangan.

"Macam yang kau tengok, itu document kahwin kita. Aku nak kau tandatangan and then kita dah sah jadi suami isteri. Pasal pendaftaran kahwin apa semua tu, aku akan uruskan kemudian." kata Taehyung.

Taehyung labuhkan duduk bersebelahan gadis itu yang tidak memberikan apa apa reaksi.

Tangan Himi dia gengam erat.

"Sayang, aku buat semua ni untuk kita. Untuk baby. Aku nak kau terikat dengan aku dengan cara yang betul. Aku cintakan kau Himi. Tolonglah kembali pada aku. Kalau kau masih marah pada aku dengan apa yang aku dah buat, aku betul betul minta maaf. Tolonglah terima aku. Aku tak mampu kehilangan kau lagi."

"Lagipun, aku taknak ada sesiapa sakitkan kau. Aku taknak kes Yoongi berulang lagi. Aku akan jaga kau. Aku janji. Terimalah lamaran aku, demi anak kita?" Tangan Taehyung naik mengusap perlahan perut gadis itu.

Himi masih dilema. Dia menghembuskan nafas berat. Tanpa banyak soal dia terus turunkan tandatangan. Lagipun apa yang Taehyung katakan semuanya benar. Semuanya demi keselamatan anak mereka.

"Nah." setelah selesai document tu diserah kembali pada Taehyung.

Lelaki itu sudah tersenyum bahagia. Tanpa amaran, tubuh Himi dia peluk erat. Dia gembira dan bersyukur dengan penerimaan Himi.

"Aku cintakan kau Himi " bisik Taehyung menggoda.

Himi jadi rimas. Lelaki itu habis habis buat hatinya cair.

"Mengadalah.." kata Himi perlahan. Lalu dia tersenyum kecil.

Perlahan Himi sandarkan badannya ke dada Taehyung. Mereka berpelukan sambil memandang pemandangan malam dari jendela bilik.

"Himi ah.."

"Hm?"

"Kalau aku ajak kau balik ke Seoul, kau nak?" soal Taehyung.

"Kenapa tiba tiba?" wajah Taehyung di tatap. Meminta jawapan.

"Aku risaukan keselamatan kau. Lagipun dekat Seoul lebih senang. Kalau aku ada apa apa hal, Areum boleh tengokkan kau. Tak de lah aku tinggalkan kau sorang."  jelas Taehyung.

"Hmmm dah kalau kau cakap macam tu, aku ikut je. Lagipun kau kan suami aku sekarang. Mana boleh melawan." kata Himi lalu dia ketawa kecil.

Himi tidak kesah ke mana pun Taehyung ingin membawanya. Semua akan dia turutkan asalkan mereka bersama.

"Nakal eh." hidung mancung Himi, dia cuit manja.

Taehyung eratkan pelukan pada tubuh Himi sambil mengusap lembut perut itu merasa gerakan anaknya yang sangat aktif.

"Areum dengan Jungkook sihat?" soal Himi tiba tiba.

Sejujurnya dia rindu dengan Areum, kawan baiknya. Entah apa khabar pasangan itu. Dia lost contact dengan Areum setelah berpindah ke sini.

"Mereka sihat je. Dah kawin dah pun. Kalau kau nak tahu, Areum pun dah preggy macam kau. Tapi kandungan dia masih di peringkat awal lah, dalam sebulan macam tu. Nanti dekat Seoul, rumah kita berjiran dengan mereka. Jadi tak de lah kau bosan kalau aku sibuk. Boleh la kau pergi rumah Areum. Membawang ke apa." kata Taehyung.

Himi mencubit geram lengan lelaki itu. Ada pula membawang. Taehyung ketawa galak.

"Aku akan bahagiakan kau sayang. Aku janji." bisik Taehyung dalam hati sambil merenung wajah Himi dari sisi.

Satu satunya perempuan yang dia cinta sepenuh hati.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant