"Ha? Apa benda kau cakap ni? Jadi betullah Si Polo tu yang belasah aku sampai aku jadi macam ni?"

Kali ini Taehyung pulak yang pelik.

"Kau meraban apa ni? Hilang ingatan ke apa? And siapa pulak si polo? Takkan kau tak ingat apa dah jadi?"

Jungkook menggeleng. Melihatkan itu, Taehyung mengeluh.

"Haih..takpelah. Mungkin otak kau bergegar time kena pukul tu. So meh sini aku ceritakan pada kau apa yang sebenarnya terjadi." kata Taehyung.

Taehyung dan Jungkook pandang atas.

Maka berkepul kepul awan putih muncul menflashback semula kejadian yang sebenar.

Flashback a few hour ago..


"Yah! Jungkook awak nak pergi mana tu. Meh sini tolong angkat barang. Jangan cuba nak lari eh!"

Areum menjerit kecil apabila melihat Jungkook sudah berjalan laju masuk ke rumah.

"Taknak! Kau angkat lah sendiri."

"Fine. Kalau macam tu awak tak kesahlah kan kalau saya bawa Si Polo datang sini. Biar dia masuk meminang awak."  ugut Areum.

Langkah Jungkook terus terhenti. Dengan terpaksa dia menoleh lalu mendekati gadis itu. Beg beg shopping dia ambil dengan kasar.

Areum sudah tersenyum menang.

"Ha..jangan lupa bawa semua barang ke dapur terus ya. Awak letak atas meja nanti saya susun. Saya masuk dulu, nak gi tandas." Pesan Areum sebelum dia berlalu pergi.

"Hish..inilah perempuan. Menyusahkan betul. Shopping pandai, bab angkat tiba tiba tak reti pula. Aku jugak yang jadi mangsa. Mentang mentang aku ni sado." terkumat kamit mulut Jungkook membebel.

Pak!

Langkah Jungkook terhenti apabila mendengar bunyi itu. Bunyi ranting pokok patah seperti dipijak seseorang.

Jungkook letak kembali beg beg tadi ke dalam bonet kereta. Dia berjalan keluar dari kawasan rumah untuk mengesan arah bunyi tadi.

Mata Jungkook terbeliak apabila ada seorang lelaki yang mencurigakan sedang berjalan perlahan di sebalik tembok bahagian luar rumah mereka.

Tiba tiba lelaki itu mencangkung.

Tanah dikorek lalu dia menanam sesuatu. Kemudian dia timbus kembali lalu menutupnya dengan daun daun kering.

"Woi!! Kau buat apa tu?!" Jerkah Jungkook dengan kuat.

Terkejut dengan jeritan Jungkook, lelaki itu pantas melarikan diri. Jungkook tidak biarkan. Dia terus mengejar dari belakang.

Skrit labuh yang dipakai sudah terkoyak akibat terkena  ranting tajam semasa berlari. Jungkook lajukan lariannya lalu dia melompat ke atas tubuh lelaki itu.

Mereka dua bergelut.

Jungkook tumbuk kuat muka penceroboh itu yang tidak kelihatan kerana topeng yang dipakai.

"Kau siapa ha?! Apa kau buat kat sini?!" Jungkook mencengkam kuat kolar bajunya.

Namun, lelaki itu sempat bertindak pantas  dengan menendang kuat perut Jungkook.

"Argh!" Jungkook terbaring sakit. Dia cuba bangkit.

Pak!!

Namun jungkook terus rebah bila kepalanya dipukul dengan objek keras.

Jungkook terbaring tidak berdaya. Dapat dia rasakan bahagian dahinya sudah basah dengan darah.

Pandangannya mula berbalam. Lelaki itu mengangkat tinggi kayu ditangan untuk memukulnya sekali lagi.

Bang!

Bang!

Tepat pada waktunya, Himi melepaskan tembakan dari jauh.

Namun si pencereoboh berjaya mengelak dan melarikan diri ke dalam hutan tebal.

"Jungkook ahh!!!" Areum dan Taehyung berlari laju mendapatkan lelaki itu yang sudah terbaring lemah.

"A..areumm.." pandangan Jungkook mula berbalam.

Sempat dia melihat Areum yang kerisauan. Wajah gadis itu basah dengan air mata sebelum semuanya gelap.

___

"Jadi itulah ceritanya.." kata Taehyung.

Jungkook mengganguk faham. Baru dia ingat kejadian itu.

"Hem alang alang kau dah bangun ni. Jomlah turun bawah. Diaorang berdua dah siapkan dinner." ajak Taehyung.

"Okay. Hyung turun lah dulu. Aku nak gi tandas. Nanti aku menyusul." kata Jungkook.

Tanpa banyak soal Taehyung berlalu keluar. Sebaik sahaja Taehyung keluar, Jungkook terus melangkah ke tingkap.

Dia merenung lama tempat di mana lelaki itu menanam sesuatu.

"Siapa kau? Dan apa benda yang kau tanam tadi? " soal Jungkook sendirian..

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now