Dia takut. Sungguh takut dengan apa akan terjadi.

Taehyung mula panik bila keadaan semakin genting. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu untuk selamatkan gadis itu. Dan tiba tiba, matanya menangkap kelibat pistol yang terdampar diujung kaki.

"Aku tak ada cara lain.." pistol itu dicapai.




___




Bang!

Suasana hening.

Jungkook membuka matanya perlahan. Dia memandang Areum yang sudah terdiam.

Matanya jatuh pada pada lelaki yang telah rebah di belakang Himi dengan kepala yang sudah berkecai.

"Taehyung.." panggil Himi perlahan.

Dia bangun menuju ke arah Taehyung yang memegang pistol sambil mengigil.

Mata lelaki itu berkaca.

Pistol di tangan Taehyung terus dirampas lalu almari di hujung bilik dituju.

Beberapa helai baju dan senjata disumbat ke dalam sebuah beg galas.

"Himi, kau okay tak? " soal Areum kerisauan.

"Aku okay! Jangan risau. Cepat Areum. Ambik semua benda penting. Kita kena tinggalkan tempat ni sekarang. " arah Himi.

Areum pantas bertindak.

Dia mencapai semua fail-fail penting dan beberapa barang lain lalu di masukkan ke beg.

"Plan B , Areum." bisik Himi perlahan.

Areum mengganguk faham.

"Jungkook! Cepat! Kita kena pergi sekarang. " Areum mendekati Jungkook lalu tangan lelaki itu ditarik mengikutnya.

Mereka berlalu keluar.

"Kau okay? " soalan Taehyung dibiarkan.

Himi tidak menjawap. Dia pantas menyarungkan jaket kulit pada tubuhnya. Sakit di bahu tidak dipeduli.

Wajah taehyung dipandang sekilas kemudian geg galas tadi dipakaikan pada lelaki itu.

"Tak ada masa nak main soal jawab sekarang. Cepat! Kita tak boleh bertangguh lagi. Sebelum nyawa kau melayang ,kita kena keluar dari sini. " Himi menarik tangan Taehyung.

Mereka tergesa- gesa keluar dari hotel tersebut.

"Jungkook macam mana? " soal Taehyung apabila mereka telah sampai di belakang bangunan hotel.

"Areum ada untuk jaga dia. Kau jangan risau." balas Himi.

Dia menarik kuat kain hitam yang menutup motorsikal berkuasa tinggi yang telah disediakn khas.

Brisden menyediakan kelengkapan yang sempurna untuk membantu misi mereka.

Lebih - lebih lagi misi ini melibatkan orang yang penting dan akan memberi impak yang besar kepada mereka sekiranya gagal.

Taehyung melopong melihat motorsikal hitam itu.

Sangat swag dan berkarisma.

Wajah Himi yang dingin dipandang , gadis itu sedang sibuk memakai helmet. Dalam diam dia mula mengagumi Himi.

Taehyung mengeluh perlahan. Wajah Himi dipandang untuk mengatakan sesuatu.

"Kau kenapa?" Himi hairan bila lelaki itu tiba tiba mengeluh.

"Aku..aku tak reti bawak motor. " kata kata Taehyung menghentikan pergerakan Himi.

"Kau jangan jadi bangang time time macam ni boleh tak? Ada aku suruh kau bawak ke? Dahlah diam! Nah helmet, pakai cepat!" Helmet dicampak kasar pada Taehyung.

Himi mula menghidupkan enjin motosikal tersebut.

Melihatkan Taehyung yang seperti termenung menyebabkan darahnya mengelegak panas.

'Lelaki ni memang lembab!' desis hati Himin dengan geram.

Pak!!

Tanpa salam kepala Taehyung diketuk kuat.

"Ouch! Apa kau ni! Sakit lah! " Taehyung hampir menjerit.

Berdesing kepalanya dengan pukulan itu.

Walaupun  sudah memakai helmet. Kesakitan itu masih dapat dirasa.

"Kau tunggu apa lagi?! Naik lah lembab!! " Himi mula memaki.

Taehyung mencebik. Dengan senyap dia naik ke atas motor.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now