22 ; Cerai lagi🌹

Start from the beginning
                                    

"Maaf Zaqril, tak ada guna kau simpan aku sebagai isteri sebab aku tak mampu nak lahirkan sebuah kebahagiaan. Ceraikan aku. Itu je." ujarku sambil cuba mencari anak matanya.

Dia pandang aku dengan mata yang merah akibat tangisannya. Lama kami berpandangan. Hinggalah dia memecahkan keheningan.

"Kalau itu yang kau nak. Baiklah, aku akan ceraikan kau." ujarnya mendatar. Dia bangun menjauhi aku.

"Tapi..." dia berhenti seketika, cuba mencari nafas dalam bicaranya.

"Tapi dengan dua syarat." ujarnya.

Aku memandangnya. "Takkan ada syarat kau yang akan aku terima Zaqril." bantahku.

"Tolong Hana. Hanya dua syarat." rayunya.

"Baiklah..." akhirnya aku akur.

"Syarat pertama, beri aku seminggu ni je untuk sayang kau sebagai isteri." ujarnya.

Aku angguk, tanda aku setuju. Kerana sejujurnya aku juga terlalu menginginkan belaian kasih sayang lelaki ini. Kerana hati aku sendiri tidak menafikan cinta padanya.

"Syarat yang kedua, izinkan aku jadi imam kau untuk kali terakhir." ujarnya lagi.

"Kenapa itu?" soalku.

"Sebab aku dah jauh tersasar Hana
Sekarang aku sedar, seminggu ini kau adalah nikmat tuhan yang tidak akan aku sia-sia." ujarnya.

Selama seminggu aku menjadi isterinya sebelum bercerai. Itulah kali pertama dan terakhir aku mendapat kasih sayangnya. Melihat senyumannya. Mendengar tawanya dan menjadi halal untuknya.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now