Dan sebaik itu ,

Hani muncul dipintu kelas ,

Diikuti Syahmi dibelakangnya .

Hani mengambil tempat kosong disebelah tempat duduk Syahmi dan sebaik itu satu kelas mula memandang Hani terkejut .

'Tu lah betina yang berani tampaq muka Hazrel,'

'Jakgi mesti gaduh teruk depa ni'

'Kelaih kita ni boleh buat kelas gusti hari hari rasanya kalau tiga ekoq ni bersatu'

'Budak ni confirm pindah teruih esok'

–itulah antara suara bisikan pelajar lain .

Hani dengar akan semua itu ,

Tetapi sedikit pun hatinya tidak terusik .

Pucuk dicita , ulam mendatang . Hazrel sudahpun berdiri dihadapan mejanya .

Bersama tangan di dalam kocek dan rambut separa panjang itu , sedang tersenyum sinis memandangnya.

" Sarah Hani...." Hazrel membaca nama yang tertera di lencana baju gadis itu kemudian memandang pula pada Syahmi ,adiknya .

Pelajar lain sudah excited . Sudah bersedia untuk menyaksikan aksi-aksi yang akan terjadi .

" Kau kenal tak aku siapa ?" tanya dia , mengalih pandang pada Hani .

Hatinya sedang membara saat ini .

Hani sekadar tersenyum sini lalu mengeluarkan buku untuk pelajaran seterusnya . Tidak mengendahkan apa yang ditanya oleh Hazrel sebentar tadi .

Melihatkan itu , Hazrel makin panas . Dia segera merentap buku yang berada dipegangan gadis itu .

"Apa masalah kau ni ?" tanya Hani , terganggu .

Hazrel melakar senyum kecil kerana berjaya memancing perhatian .

" Kau pekak ke ?" tanya Hazrel pula . Sengaja menyimbah minyak pada api yang membara .

Syahmi sudah memberi signal pada Hani agar tidak menimbulkan apa-apa masalah namun ....

" Okaylah ... Hazrel .. Sekarang ni , aku datang sekolah bukan nak hadap muka kau tau . Jadi kau , boleh tak jangan memekak depan mata aku .. Jangan acah yang kau ni taiko kawasan .. sebab aku tak dibayar untuk sembah kau . Okay ? So , bak balik buku aku sebelum kaki aku sampai dekat halkum kau ," lancang sekali butir yang keluar dari mulut gadis ini .

Adam menahan Hazrel yang seakan ingin menampar wajah Hani ,

" Jangan Haz . Takkan kau nak pukul perempuan kot ," tegah Adam , risau .

Hani merampas kembali buku yang berada dipegangan Hazrel kemudian kembali membaca buku tersebut ,

Membiarkan Hazrel terpana disitu .

"Jom Haz .. Dah dah ," Adam menarik Hazrel mengikutinya keluar dari kelas itu .

Gila .

Budak baru ni memang gila .

Sampai saja di hujung balkoni , kolar baju Adam dicekak kasar .

"Kau kenapa halang aku ?" Hazrel sudah menyinga . Amarahnya semakin naik tatkala Adam menghalang dia dari terus menyepak perempuan mulut lancang itu tadi .

" Dia perempuan kot Haz . Takkan kau nak angkat tangan ?" Kata Adam mengikut logik lelakinya .

Kolar baju Adam dilepas . "So kau nak backup perempuan tu ?" tanya Hazrel .

Adam kemudian melakar senyum kecil . " Bukan Haz . Aku taknak maruah kau jatuh sebab angkat tangan pada perempuan . Lagipun aku dah malas nak cari gaduh dengan semua orang . Lagi-lagi Syahmi tu kan adik kau ," terang Adam .

"Adik ?"

Sengihan sinis terbit dari bibir Hazrel .

" Aku tak pernah ada adik dari keturunan jijik macam dia dan kalau kau .... nak backup si jantan dengan betina tak guna tadi tu , kau dengan diorang ... sama-sama boleh pergi mampus!" Ucap Hazrel kemudian terus menapak pergi . Ada kawan pun tak guna .

Adam menarik nafas berat .

"Hazrel ... Hazrel ... Kenapalah hati kau keras sangat .."



::::::::::::::::::::::::::


Hutan kecil itu diselusuri dengan amarah yang masih berbaki .

Sungguh dia kecewa dengan sikap Adam yang menyebelahi Syahmi .

Sebaik menapak mendekati sungai kecil itu , punggungnya dilabuhkan di tanah. Inilah tempat dia dan Adam selalu lepak buat projek petang-petang .

Tempat agak tertutup dan jauh dari perumahan kampung mereka . Ada juga pondok kecil yang sudah sedikit usang mereka bina ketika sekolah rendah dahulu . Masih boleh dibuat tempat berteduh .

Sebatang rokok dinyalakan , lalu dia menghirup penuh nikmat .

Nikmat yang tidak patut diteladani oleh sekalian manusia .

Sedang dia asyik dalam dunianya sendiri , matanya tertangkap satu benda hitam dibawah tangga pondok mereka .

Bukan hantu .

Tengah petang ni manade hantu dik oi rilek je .

Hazrel mendekati tangga tersebut lalu mencapai benda hitam seakan beg itu .

Ya , memang beg .

Rokok ditahan dengan kedua bibir lalu dia pantas membuka zip beg yang terasa agak berat itu .

Dan sebaik itu ,

Kelihatan beribu ribu ringgit Malaysia menjadi isi kandungan beg itu .

Hazrel terkejut .

Siapa pulak yang tinggal duit banyak macam ni dekat sini ?

Sedang dia sibuk mengira jumlah duit itu , satu gelang hitam kecil turut berada didalam beg itu .

Mungkin milik pemilik duit ini , sangkalnya .

Tetapi ...

Bukankah ini dikira rezeki ?

Matanya meliar melihat sekeliling memastikan tiada siapa yang melihat .

Gelang kecil itu disarung pada pergelangan tangannya , kemudian bibirnya terus mengukir senyum gembira .

" Sekarang... duit ni aku yang punya ,"

Tanpa sedar ada mata yang memerhati perlakuannya itu ,

turut tersenyum kerana jeratnya sudah mengena .

SELINDUNG✔Where stories live. Discover now