18

717 10 0
                                    

Wajah Datin Mahanom kelihatan sugul. Begitulah wanita berusia lewat 50an itu.Semenjak bersara, Datin Mahanom lebih banyak menghabiskan masa memenuhi jemputan badan-badan amal yang dinaunginya. Tapi hari itu dia sengaja mengikut Dato ke kelab golf kerana ada temu janji dengan Datin Aminah, juga kawan sekolah lamanya yang baru sahaja menjadi datin. Mereka bertemu di salah satu majlis keraian. Mereka ke kelab itu bersama dengan Abd Qayyim.

"I am so worried dengan anak I yang sorang lagi ni.. siQayyim tu.." dia menoleh ke arah kawasan buggy berlepas, mana lah tahu tiba-tiba perbualannya dapat didengar.

"Alah lelaki is fine.. umur 50 pun okay lagi boleh ada bayi Datin." Kedengaran Datin Aminah menenangkan Datin Mahanom. "Yang tadi tu, Qayyim ke Datin?"

Datin Mahanom mengangguk sambil tersenyum tawar.

"Yang dah nikah masa you kat overseas tu namanya Qayyum..dia tu ikut cakap I. Yang ini..hmm..hh.." dia melepaskan keluhan. "U rasa dia ada masalah apa ya.. dah nak naik 30an pun tak nampak gaya nak bernikah.."

Dia mengeluarkan handset nya dan menunjukkan gambar Abd Qayyum dan Abd Qayyim.

"Hmm.. segak anak-anak datin.. hampir nak sama wajah mereka macam kembar.."

"I am proud of them.. tapi..entahlah Qayyim ni..dia tak mahu sambung belajar dalam bidang yang membanggakan I. I mean.. maybe orang cakap dah tak relevan. Tapi bila you dengar lelaki ni karier nya peguam atau jurutera.. bukankah lebih semangat sikit berbanding jika kita cakap kita kerja sebagai pelukis jalanan?"

Datin Aminah kelu seketika. Dia tidak pernah berfikir sedemikian. Mungkin kerana dia sendiri tidak ada anak. Dan, dia tidak mahu menyinggung perasaan Datin Mahanom.

"Datin.. datin kena terima yang itu bukan passion dia...we are all different...dan tentang gadis tu, dia belum jumpa lagi yang sesuai lah tu?"cadang Datin Aminah.

Datin Mahanom mendengus perlahan. "Passion? Entahlah.. I just tak dapat nak suruh dia ikut apa yang I cakap.. masa SPM pun dia struggle nak buat all the pure science subjects.. tak macam Abdul Qayyum.. dia anak yang taat..dan akan buat apa sahaja seperti yang I impikan untuk dia.."

Datin Aminah terdiam.

"Tapi dia pass kan SPM nya?"

"Pass lah tapi SPM add maths dan semua subjek science, dia gagal dapat A.. I was so mad..tapi Dato cakap hantar dia belajar di Kolej Seni Lukis.. dan dia dengan happy nya daftar..walaupun tempat tu jauh dan masa tu dia kena naik LRT.."

Datin Aminah mengangguk-ngangguk. Selendang yang tekeluar jambulnya dibetulkan. Air buah-buahan yang dipesannya dihirup.

Beberapa minit berlalu. Datin Aminah agak serba salah untuk berterus terang dengan apa yang disangkanya. Maklumlah walaupun kawan lama, itu dulu. Sekarang mereka sudah jauh berusia. Mana nak sama dengan situasi semasa mereka sama-sama tinggal di asrama semasa bersekolah di Kolej Wanita Bistari. Dalam kepala Datin Aminah terbayangkan perkara yang agak sukar mahu dibincangkan.Walaupun dunia semakin terbuka, perkara sedemikian masih tidak mampu dibincangkan kerana ia berkait rapat dengan hal agama dan peradaban. Jadi secanggih mana pun smartphone nya, untuk membincangkan kemungkinan mengapa anak rakannya itu masih membujang tidaklah mudah bagi Datin Aminah.

"You rasa Qayyim normal ke. Datin?" tiba-tiba Datin Mahanom meluahkan persoalan yang menyentap Datin Aminah.

"Ermm.. normal..mengapa tidak?" dia bertanya kembali. Lebih selamat begitu, fikirnya. "Kenapa tak introduce dengan anak someone among your business friends?"

Kenalan bisnesnya.. Datin Mahanom scan wajah kenalan dalam benaknya. Tak ada seorang pun yang dia betul-betul percaya. Most of them are my fake friends, fikirnya sendiri. Depan lain, belakang lain.. dia menggerutu sendirian.

Sejenak itu Datin Mahanom teringat perbualannya dengan ibu Camelia, Puan Norul Ain. Dia pernah bertanyakan Norul Ain untuk carikan gadis yang sesuai untuk Qayyim pula.

"Cuba lah you tanyakan Rose..atau Lily? Kalau Camelia ada kembar mahu saja I nikah kan dia dengan Abdul Qayyim.."

"Amboi kemain you sayang Camelia...alhamdulillah lah Datin.. I pun sayang kan Abdul Qayyum seperti my anak..." kata-katanya tersekat di situ. Disebalik kebanggaannya bermenantukan Abdul Qayyum, sebagai seorang ibu, dia dapat merasai gelora dan keresahan anak perempuan bongsunya itu.

"Huh tapi si Rose.. tak tahu lah dah berbulan dia tak dapat dtg..kan masa wedding si Lia pun dia tak dapat datang. Suami dia tu memang teruk. Dulu masa Rose kerja pramugari dia suruh nya berhenti. Dulu Rose bagi aku seribu sebulan.. sekarang habuk pun tak.."

"Haihh...tapi mungkin rezeki kat tempat lain?"

"Mana nye lah dengan masalah suami dia tu buat skandal.."

"Oh ye ke.."

"Hmm.. dah dua kali.. once dgn staff.. sebelum ni dengan student.. ntah tak tahu lah nak cakap.."

"Tahan pula si Rose ye?" tanya Datin Mahanom kepada Puan Norul Ain.

"Hmm tu lah dia tak bekerja.. kalau bekerja mahu dia nak tunggu?" jawab Puan Norul Ain bersungguh-sungguh. "Nak kerja semula,badan pun dah dua kali ganda banding dengan masa dia kerja pramugari.."



"Datin?"

Datin Mahanom tersentak dari lamunannya. Baru dia tersedar dia sedang melamun. Datin Aminah tertawa kecil. Kembali semula mindanya ke ruang coffee house golf club itu.

"I teringat je hari tu jumpa Norul Ain, you ingat dia tak?"

"Hmm satu kelas dengan Datin, kan?..."

"Yeahh.. my BFF masa zaman sekolah.." dia tersenyum.

"Anak dia lah yang nikah dengan Qayyum tu.." lebar senyuman Datin Mahanom bila bercakap tentang Camelia dan Qayyum.

"Ohh I see.. " balas Datin Aminah mesra. "Rapat lagi you dengan dia ya?"

"Dia lah kawan baik I ..banyak lah pahit manis masa satu dorm dengan dia.." dia ketawa kecil.

"Those were the days kan.. I kenal dia pun sebab dia pernah menang Juara Nyanyian kan?"

"Seronok zaman sekolah tu..hmm.. kadang2 bosan juga dengan kerenah dato..bila tengok perempuan, boleh tahan jugak ulat bulunya naik kepala..heh.. tapi sebab I ni dah jadi lady of leisure.. terpaksa la.. ikut kan rentak dia.. to me, lantak dia lah nak pergi golf ke apa.. asal jgn ada pesaing I sudah..ada juga kebaikan tak kerja ni, orang perempuan ni kalau ada karier,memang boleh cari jalan hidup sendiri..tapi di situ cabaran untuk bersabar... dan kita ada prioriti.. iaitu keluarga kita...always number one..ada silver lining di situ.." panjang lebar Datin Mahanom berfalsafah menyatakan pendiriannya.

"Biasa lah ada gaduh2 kecil Datin.. tapi kalau memanjang saja menggatal.. elok lah di friendzone kan ye tak?" balas Datin Aminah.

"Macam kita ni Datin..nak friendzone kan apa lagi.. for me..jika Dato nak buka cawangan, I don't really care...but...I expect him to give me the stuff in my prenuptials dan yang dia dapat semasa I jadi isterinya.." ujar Datin Mahanom.

"Wah.. apa benda tu?"

"I akan claim Pump station dia kat Desa Berdekak, dan satu lagi sebelah Lebuh Raya Tanjung Kumbangan tu, I must have.. then bagi I pergi global round trip dan... seperti masa meminang I dulu, I want everthing serba satu.. free flow credit card..dan lepas tu I cakap, suka hati you lah Dato nak pilih yang macam Kim Kardshian atau pun Megan Markhle sekali pun.."

"Amboi kemain lagi Datin.. tapi betul jugak kan..jika lelaki ni dah nak buka cawangan, takde cara nak berhentikan pun.. sebab dah ada lesen empat orang, kan...dan memang dah mampu pulak dari segi kewangan.. hmm.. "

"Hmm my concern sekarang ni lebih kepada my two sons.. one dah settled in a way.. the other one.. masih hanging..."

"Mesti ada some indications tentang perempuan yang dia pernah kenali?"

"Entahlah..." dia mengeluh lagi. Menghirup lemonade bercampur apple cider. "But there was a painting of a woman.."Datin Mahanom mengeluarkan patah perkataannya dengan berhati-hati. "..sebagai seorang pelukis...he painted her..but..then he threw a red paint on it. So I pun tak pernah tahu muka gadis itu yang sebenar..."

Andai Ku Tahu ( ELIPSIS CINTA)Where stories live. Discover now