1

26 3 0
                                        


Seperti biasa kalau ada gap before next class, aku dan Maya akan lunch dekat kafe pentadbiran sebab makanan kat sini lebih sedap dari kafe-kafe lain yang ada kat kolej ni.

Sampai sahaja dimeja yang kosong terus aku letakkan beg dan keluarkan dompet. Senang aku nak beli makanan tak payah bawak buku-buku berat ni.

"Eh Maya kata nak beli makanan yang kau duduk terus ni kenapa?" Tegur aku. Ye la tadi dia yang beria lapar sekarang ni dia terus duduk sambil main phone.

"Hah? Ni Yusof suruh tunggu dia kejap. Dia nak lunch sekali. Kalau kau nak beli dulu pegi la"

"Hmm tak apalah tunggu dia je la" baru saja aku nak melabuhkan punggung aku dikerusi tiba-tiba je ada makhluk ni terkinja-kinja memanggil nama aku.

"Dewi Dewi Dewi Dewi Dewi Dewi Dewi Dewi" tangannya menghulurkan phonenya ke arah aku. Aku dengan muka confusenya memandang dia.

"Kau dah kenapa monyet?" Marah Maya. Ye la siapa yang tak yerkejut bila beruk aka Darwish ni tiba-tiba muncul tah dari mana dengan terjerit-jeritnya.

"Dewi... tolong aku" Darwish langsung tak hiraukan Maya. Telefon yang senyap sebentar tadi berbunyi kembali. Skrin phone disuakan kemukaku.

Hmm patutla "Bak sini" terus panggilan tu aku angkat.

"He-"

"Darwish where are you? Kenapa I call you tak angkat? Seriously you nak buat I macam ni? Sampai hati you... I ni betul-betul cinta care dekat you tapi macam ni you balas I... hey hello... Darwish you dengar tak apa I cakap ni? Hah? Hello?" Sapa si pemanggil. Cakap dah macam rap. Sepatah apa aku tak faham.

"Erm Hello"

"Hah you siapa? Asal you angkat phone Darwish? Dia kat mana? I nak cakap dengan dia" sembur si pemanggil lagi. Aku memberi pandangan 'nak-jawab-apa' kepada Darwish.

"Bantai je" gumam Darwish perlahan.

"Erm... dia pegi toilet" Darwish menepuk dahinya. Maaf. Itu sahaja yang mampu aku fikirkan sekarang.

"Toilet? Asal dia tak bawak phone dia? Asal phone dia kat you pulak... bla blablablablabla...." dan dia sambung membebel pulak....

"Erm assalammualaikum cik kak awak ni muslim kan? Salam tak ada terus sembur orang ni apahal? Tak ada adab ke? Call orang membebel panjang. I you I you. You ni siapa sebenarnya?" Sembur aku pulak.

"Erm I... I girlfriend Darwish" jawabnya tergagap. Tau takut...

"Girlfriend Darwish? Darwish cakap dia tak ada girlfriend"

"What? Dia cakap dia tak ada girlfriend? WTF?! Youre b*tch" Carutnya. Aku mengeluh. Aku ni kalau orang start mencarut ni yang aku pantang ni. Dahlah aku ni di-b*tchkannya.

"Ehem kalau betul you ni girlfriend dia and dia cakap kat I yang dia tak ada girlfriend, maksudnya dia dah PUTUS la tu dengan YOU. So move on je la ye... tak payah nak b*tchkan orang sangat. Before someone b*tch kan you better you learn adab dulu ok? bye..." belum sempat si girlfriend ni nak balas aku dah matikan panggilan telefon dan aku offkan sekali phone si Darwish ni. Puas hatiku.

"Nah ambik balik phone ni" phone si Darwish aku kembalikan.

"Wah thank you Dewi. Youre my saviour. My hero. Sebab tu aku sayang kau" ucap Darwish dengan memek muka yang cukup membuatkan aku geli.

"Oh My God!" Jeritan Maya mengalihkan pandangan kami kepadanya. Bukan kami sahaja. Orang sekeliling sekali.

Kening aku terjongket sedikit melihat reaksi terkejut Maya.

"Ya Allah... Darwish... apa yang dah kau buat kat kawan aku ni?" Kepala aku terus dirangkul oleh Maya dan kepala ku terus dipeluk seerat dan sekuatnya.

"Huhu... Apa dah jadi ni Dewi? Siapa yang ubah kau sampai macam ni sekali? Huhu... Kau!" Sebelah jari Maya menunjuk Darwish.

"Pulangkan balik kawan aku yang innoncence ni... Dewi aku minta maaf tak lindungi kau dari segala pengaruh syaitannirrojim ni... huhu" Maya terus berdrama dengan tangisan palsunya.

Dan ya kepala aku masih dalam rangkulan Maya dan aku tau tudung aku memang dah lari dari kedudukan sebenar dia. Struggle juga aku nak lepaskan kepala aku ni tapi korang takkan tau betapa kuatnya si Maya ni.

"Kau dah kenapa Maya?" Tegur Yusof yang baru datang ke meja kami. Maya segera melepaskan kepala aku.

Yes. Owning tudung aku dah penyek sebab dia ni. Satu pandangn tajam aku berikan kepada Maya dan dia hanya balas aku dengan satu sengihan.

"Kau tengoklah kawan kita yang innoncence ni" belum sempat aku membetulakan tudung, pipi aku pulak ditekapnya.

"Sejak kawan dengan roommate kau ni dia dah berubah. Sebelum ni mana ada dia sebut aku kau, asyik kita kamu je dan sekarang... dia dah pandai menipu, marah, siap mencarut orang dalam phone lagi" kata Maya seolah-olah mengadu kepada Yusof.

"Seriouslah Dewi marah orang? Siap mencarut? Rugi aku tak tengok" Yusof menayang muka tak percayanya.

Yelah Dewi Adriana ni baik budaknya. Pendiam sangat. Nak dengar dia cakap pun susah. Nak dengar dia marah orang? Hmm setahun sekali belum tentu. Ni kan mencarut.

"Korang ni rileklah... macam aku bagi bad influence pulak kat budak ni. Aku cuma keluarkan dia dari cengkerang dia ni je. Pemalu sangat" Darwish cuba memberi justifikasi setelah lama berdiam diri. Terpaksa sebenarnya. Belum sempat dia nak membela diri Maya dah membebel.

"Ni last tau" kata aku lebih kepada mengugut Darwish.

"Eh ala kenapa? Janganlah macam tu. Aku belanja kau makan eh?" Darwish cuba merasuah aku dengan makanan. Aku hanya memandangnya geram tetapi sengihan yang aku dapat balik.

"Dah dah jom cepat pilih nak makan apa aku belanja. Jom jom" terus Darwish bangun dari kerusi sambil mengisyaratkan aku untuk bangun.

"Hish budak ni tak pernah nak dengar cakap orang. Tak habis-habis dengan perangai playboy dia tu. Nanti dah kena batang hidung sendiri baru tau. Time tu nak menyesal pun tak berguna dah. Menangislah kau kat bucu katil sorang-sorang" gumam aku perlahan. Langkah Darwish aku ikut dari belakang.

"Dewi membebel ke tu?" bisik Yusof ke Maya.

"Aku dah cakap rommate kau tu bagi bad influence kat Dewi" balas Maya.

******
P/S: Assalam and hi... my next story saja nak buat cerita ringan-ringan je... doakan saya dapat habiskan😢 Kalau boleh vote dengan comment sekali ye... bagi tau apa yang kurang, boleh saya perbaiki... Kritikan amat dialukan tapi jangan hard sangat. Saya soft orangnya... tapi saya akan terima dengan hati yang terbuka... 😊 Terima kasih kerana membaca...❤💜❤💜

Boleh Ke?Where stories live. Discover now