21 ; Tawar Hati💔💌

Start from the beginning
                                    

Lebih baik kau mati Hana! Itu akan buat kau bahagia! Tiada lagi derita segalanya akan tamat.

Seakan-akan ada hasutan yang mendorongnya membunuh diri.

Perlahan-lahan Hana meletakkan mata pisau ke atas kulit tangannya. Seluruh tubuhnya berpeluh. Dia memejamkan mata. Saat mata pisau ingin digerakkan untuk memotong nadi sendiri, dia seakan terjaga dari lena.

Cepat-cepat dia beristighfar dan memohon perlindungan dari bisikan syaitan.

"Sayang, apa sayang buat ni?"

Suara jerkahan seorang lelaki membuatkan Hana tersentak. Mata yang dipejam rapat terus terbuka. Zaqril yang berdiri di hadapannya memandangnya tajam. Pisau di tangan Hana serta-merta terpelanting akibat ditepis oleh Zaqril.

"Kau nak bunuh diri kan?" soal Zaqril sambil memegang bahu Hana.

Tangannya naik untuk menampar pipi Hana.

Hana tidak berkutik sedikit pun. Tidak mengelak. Sehinggakan telapak tangan Zaqril menghentam pipi mulusnya. Hampir-hampir dia tersungkur ke lantai selepas mendapat tamparan itu.

Zaqril tergamam. Apa aku dah buat ni?  Dalam keadaan Hana begini, seharusnya aku memujuknya.

Hana menyentuh pipinya yang terasa sakit. Anak matanya menentang anak mata Zaqril.

"Kau penipu! Kau janji kau takkan pukul aku!" bentak Hana.

Dada Zaqril ditolak kasar oleh Hana. Lantas dia berlari ke dalam bilik.

Zaqril terpaku. Kelu dan membisu. Ya,  baru tiga hari lepas dia berjanji untuk tidak memukul isterinya itu. Tangannya mencengkam rambut.

Zaqril berlari menuju ke bilik Hana. Pintu bilik diketuk.

"Sayang, abang tak sengaja. Abang tak tipu sayang, abang memang nak berubah, tak nak pukul sayang lagi. Buka pintu ni sayang. Please...."rayu Zaqril.

Tiada sahutan daripada Hana. Zaqril hampa. Dia menyandarkan tubuh pada pintu bilik isterinya.

"Hana, maafkan abang, sayang." rintih Zaqril penuh syahdu

Pada waktu yang sama Hana turut bersandar pada pintu bilik. Memeluk tubuhnya bersama airmata yang tidak putus-putus mengalir.

"Aku takkan pernah maafkan kau Zaqril. Sampai bila-bila! Aku benci kau!" ujar Hana.

Kata-kata itu cukup kuat untuk Zaqril dengar. Dia meraup wajah. Kekesalan bersarang di hatinya.

❤❤❤

Dia merenung keindahan landskap di hadapan mata. Inilah kali pertama Hana berdiri di balkoni biliknya selepas seminggu dia tiba di rumah agam milik abangnya. Hana memejamkan mata. Udara segar dihirup dengan penuh kenikmatan.

Tiba-tiba dia tersentak, pinggangnya dipeluk seseorang. Ya Allah!  Hana pucat tidak berdarah.

"Astagfirullahalazim.." lafaz Hana.

Cepat-cepat Hana cuba merungkai pelukan dari Zaqril.

"Sayang, abang sayang Hana. I love you so much!" ujar Zaqril.

Hana beristighfar berulang kali sambil berusaha merungkaikan pelukan yang kemas itu. Akhirnya dia berjaya. Tangkas dia menjauhi lelaki itu. Wajah Zaqril ditatap penuh amarah.

"Sayang, abang cintakan sayang. Sejak mula abang kenal Hana. Setiap hari sayang, cinta abang pada sayang semakin membara. Semakin kuat. Walaupun abang ego. Abang sentiasa kalah sayang. Kalah kerana abang tak mampu menepis rasa kasih, cinta dan sayang abang pada Hana." luah Zaqril.

"Apa kau merepek ni Zaqril?!"

Hana tidak sedar bahawa dia telah menjerkah lelaki itu.

"Abang tak merepek sayang. Abang ikhlas."pujuk Zaqril cuba menghampiri Hana.

Hana mengetap bibir. Dia memegang dahinya yang tiba-tiba sahaja berdenyut hebat. Sedari Zaqril yang menghampirinya dia bersuara.

"Jangan setapak pun kau dekati aku! Aku nak kau keluar! Keluar!" marah Hana.

Zaqril berhenti melangkah. Dia kaku. Dia buntu untuk memujuk isterinya.

"Sayang..." panggil Zaqril.

"Sayang? Aku dah tak boleh mengandung, baru kau nak panggil sayang? Sebab apa? Sebab kau baru nak taubat? Selama ni tak pula kau taubat? Sudahlah Zaqril, aku bosan nak layan drama kau. Kau keluarlah dari rumah ni. Aku jijik nak hadap muka kau! Keluar!!" jerit Hana menghalau Zaqril.

Zaqril akur. Langkah diatur keluar. Baru sahaja pintu bilik dibuka, panggilan Hana membuat dia berpaling.

"Zaqril, satu perkara aku nak cakap. Dalam tempoh dua minggu ni aku akan tuntut cerai dari kau. Aku nak kau lepaskan aku. Tak sanggup aku nak hadap muka kau lagi. Aku dah cukup sakit dengan kau! Aku dah tawar hati! Jadi ceraikan aku! ingat Zaqril, aku ada cukup saksi unuk buat kau ceraikan aku. Kalau kau nak nama kau bersih, ceraikan aku secara baik." ujar Hana tanpa memandang sedikit pun wajah Zaqril.
Dia terlalu kecewa. Terlalu menderita. Sejujurnya cintanya pada Zaqril tidak pernah berkurang, malah sentiasa subur dan mekar. Namun dia sudah tidak sanggup. Mencintai insan yang hanya bermain drama terhadap dirinya. Keputusan telah dibuat. Dia mahu menamatkan masjid yang mereka berdua bina tanpa kerelaan Zaqril sendiri.




Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now