18 ; Berani Mati?💩

Start from the beginning
                                    

"Ssup?" soal Dayana dihujung talian.

"Dee, i need your help! Rumah husband Hana, now!" ujar Nadine kalut.

"Ha? Okay okay." Dayana sekadar akur.

Talian dimatikan. Nadine tiba dahulu sebelum Dayana. Sempat dia memandang kereta Zaqril. Mujurlah kereta lelaki itu tiada. Langkah diatur pantas ke dalam rumah agam itu.

Langkah dilajukan mencari kelibat Hana di setiap ruang bilik. Hinggalah dia ternampak Hana yang sudah terbaring lemah di tepi katil.

"Hana..." sayu hatinya memandang keadaan sahabatnya itu.

"Nad..."

"Kita pergi hospital ya? Aku call Ambulans kejap." baru sahaja tangannya ingin mengeluarkan telefon, Hana menahan.

"Jangan Nad, aku nak kau tolong aku bangun je." ujar Hana lemah, matanya dipejam rapat menahan segala keperitan ditubuhnya.

"Aku rawat kau ya. Kita mandi dulu." pujuk Nadine, Hana sekadar akur.

Tiada daya dia menolak. Dia akur sahaja. Suhu badannya sudah melonjak naik.

"Hana!" jerit Dayana yang baru tiba.

Hana memandang Nadine memohon penjelasan.

"What? Aku perlukan back up kalau-kalau laki kau ada." jawab Nadine dengan riak tidak bersalah.

Hana membalas dengan senyuman kelat.

"Dee, masak bubur bolehkan?" soal Nadine. Dayana mengangguk sebelum berlalu ke dapur.

"Hana, kenapa sampai lebam, biru sana sini? Zaq buat apa kat kau?" soal Nadine sayu.

"Dia pukul aku Nad... Dengan tali pinggang..." jawab Hana seraya menunduk. Bagai tak tertanggung sakit yang dirasakan.

"Astagfirullah... Asal dayus sangat dia tu? Apa kau buat sampai dia pukul kau ni?" tangan Hana digenggam kemas.

"Aku balik rumah bonda ayah aku kelmarin. Sehari sebelum tu aku gaduh dengan dia pasal yang aku cerita kat kau masa pagi kau ajak aku balik tu..." jawab Hana sayu.

"Ee, bencilah aku lelaki macam ni! Isteri punya baik dia pijak. Dia nak kau mati kut baru dia menyesal!" ujar Nadine geram.

Hana sekadar diam mendengar. Dibiarkan sahabatnya itu membebel tidak puas hati. Dia redha akan ujian ini.

'Kalau kau nak nyawa dibayar nyawa Zaqril, aku akan buat.' desis Hana dalam hati.

❤❤❤

"HANA jom?" panggil Nadine apabila sedar sahabatnya itu masih merenung rumah agamnya sendiri.

"Derhaka ke aku kalau tinggalkan dia? Pergi tanpa keizinan dia?" soal Hana sayu.

"Hana, dia dera kau. Tolonglah sedar. Bangun Hana! Dia tak layak bergelar suami pada kau! Dah jom!" Nadine sudah mengheret lembut sahabatnya itu.

Hana sekadar mengikut, tiada daya dia melawan. Keputusan ini dia buat sendiri, tapi mengapa dia sakit hati untuk meninggalkan lelaki itu?

'Ya Allah, jagakan dia untuk aku.' desis hati Hana.

❤❤❤

KETUKAN pintu yang kuat menyentak ketiga-tiga sahabat itu. Masing-masing saling berpandangan.

"Macam nak tercabut pintu tu dia ketuk. Aisy kau buka pintu tu." arah Nadine.

"Jap."

Baru sahaja dia ingin membuka pintu, gerangan tersebut menolak kasar daun pintu. Terduduk Aisy akibat tolakkan itu.

"Hana mana!?" soal Zaqril, anak matanya tajam menikam anak mata Aisy.

Nadine menjerit pantas "Hana kunci bilik kau!"

Hana yang sedang leka menyikat rambutnya seakan tersentak mendengar laungan Nadine. Dia membuka pintu biliknya untuk melihat kekecohan yang terjadi.

Sebaik sahaja dia membuka pintu, tersentak dia melihat wajah Zaqril di hadapannya. Buat seketika anak matanya bertaut dengan anak mata Zaqril.

Dia terkejut. Jantungnya laju.

'Allah, selamatkan aku....' rayu Hana di dalam hati.





Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now