●7 s2

2.1K 232 30
                                    

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

Wooju duduk sendirian diatas katilnya,surat yang ditinggalkan oleh ommanya beberapa bulan lalu ditatap lagi walaupun sudah beberapa kali dibacanya.

Anak omma jadi anak yang baik dengar cakap appa,belajar rajin-rajin,ingat omma tak tinggalkan wooju omma cuma pergi satu tempat tunggu wooju datang jemput omma,omma akan tunggu wooju.Kalau wooju nak tahu sekarang wooju ada adik baru jadi cepat besar cari omma dengan adik ya.Tolong jangan benci omma.Omma minta maaf.Omma sayang wooju.

"wooju tak pernah benci omma",air mata wooju mula menitis satu demi satu.

"wooju tahu omma kuat,omma sabar ya tunggu wooju datang",surat itu dilipat dan disorok kembali kebelakang frame gambarnya dan adiknya,wooeun.

Beberapa bulan lalu ketika ommanya ingin meninggalkan rumah dia ambil keputusan mengurung diri di dalam bilik lalu ketika ommanya datang ke bilik dia pun berpura-pura tidur.Gerak-geri ommanya yang menyembunyikan surat dibelakang frame itu juga disaksikan olehnya.

Jujur sebenarnya dia tahu kebenaran disebalik kisah perpisahan omma dan appanya.Walaupun dia masih kecil dia tahu segalanya.Dia tahu appanya ada perempuan simpanan dan ommanya korbankan diri untuk kebahagiaan appanya.

Dia biarkan ommanya pergi dengan tekad untuk melepaskan ommanya dari kesengsaraan yang dirasai,keputusan untuk tinggal dengan appanya dibuat kerana dia tahu appanya tak akan biarkan dia tinggal dengan omma yang tiada apa-apa.Jujur dia tahu appanya risaukan dirinya hidup dalam kesusahan bersama omma.

Segalanya wooju tahu...

Kecurangan appanya...

Kesengsaraan ommanya...

Anak yang ommanya kandungkan...

cuma...

Dia tidak tahu yang omma dan appanya masih belum bercerai secara sah.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Hena sampai bila kau nak tinggal dekat rumah boss kau tu ? cukup-cukuplah rosakkan rumah tangga orang,unnie tak nak orang kata kau ni perempuan tak malu dahla jadi perempuan simpanan tinggal rumah laki orang tapi tak kawin-kawin",Hena mula naik meluat.Dia bangun dari tempat duduknya.

"Kalau unnie nak ajak jumpa sebab nak bebel lebih baik jangan call Hena dah lepasni,lepas aku kawin dengan boss aku tu kau yang kakak pun aku tak pandanglah",terus diorak langkah meninggalkan cafe berdekatan office kekasih gelapnya,Taehyung.

Masuk sahaja keruangan Taehyung kelihatan Taehyung sedang serius berbincang dengan 2 orang pegawai polis lengkap berpakaian seragam.Hajatnya untuk mendapatkan Taehyung tidak kesampaian selepas Taehyung memberikan isyarat mata untuk dia pergi.Dia pun hanya akur dan pergi ke tempat kerjnya kembali.

"Jadi kemungkinan besar anak saya mati atas motif dendam ?",seorang pegawai polis mengangguk.

"Ada seorang suspek kami syak ,Bae Seojoon,abang kepada Irene,bekas kekasih encik yang mati didalam lokap beberapa tahun sebelum ini",Taehyung mengeleng.

"Tak mungkin,dia sendiri tahu adik dia mati sebab kena pukul dengan banduan lain bukannya ada kaitan dengan kami sekeluarga",seorang lagi anggota polis menunjukkan rakaman cctv yang menunjukkan wajah Bae Seojoon dikawasan perumahannya sekitar tahun lepas dan selepas itu dia tidak lagi kelihatan.

Nafsu KTH S1S2Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz