"You dah breakfast?" tanya Aidan. Matanya masih fokus pada jalan yang sedikit sunyi memandangkan mereka masih lagi berada di kawasan perumahan.

"Dah. Baru lepas. Kenapa, you belum breakfas lagi ke?" jawab Aralyn. Memang setiap pagi dia akan bersarapan terlebih dahulu.

"Tak mengapalah." Balas Aidan sedikit hampa. Baru dia ingat hendak mengajak Aralyn untuk sarapan bersama.

Dan Aralyn tahu yang Aidan tidak mengambil sarapan lagi. Aralyn berpaling ke belakang dan mengambil tote bag. Dikeluarkan tuppuware berisi nasi goreng kampung. Dia tahu yang Aidan suka akan nasi goreng kampung.

"Nah. Nasi goreng kampung. For your breakfast." Dihulurkan kepada Aidan.

"Yangg... I tengah drive kan ni. You tolong suapkan," pinta Aidan mengada. Terkejut juga apabila Aralyn menghulurkan tuppurware kepadanya. Ternyata bekas isterinya masih lagi ingat akan makanan kegemarannya. Terharu.

Tanpa banyak soal, Aralyn membuka tudung tuppuware itu. Dia mengambil sudu yang berada di dalam tote beg. Dipalingkan tubuhnya mengadap Aidan. Lalu dia suakan sudu ke arah mulut Aidan.

"Sedap. Sama macam dulu." Puji Aidan selepas menelan nasi goreng yang disuap oleh Aralyn tadi.

Dan Aralyn hanya senyum sekilas sebelum menyuap nasi kepada Aidan lagi. Kenapa dia suap Aidan makan? Baru dia tersedar sesuatu bahawa dia tidak boleh benci lelaki itu walaupun dia cuba untuk membenci bekas suaminya.

Apa dah jadi ni, Aralyn?

"Terima kasih sayang sebab bawak bekal nasi goreng kampung untuk abang. Abang gembira sebab sayang masih ingat makanan kegemaran abang," ujar Aidan selepas menghabiskan nasi goreng yang dibawa oleh Aralyn.

Alhamdulillah. Kenyang!

"Sama-sama tapi I buat nasi goreng tu bukan sebab ingatkan you. Tu, anak lelaki you tu yang suka sangat dengan nasi goreng kampung. Sama macam papa dia." Beritahu Aralyn. Tidak mahu Aidan salah faham. Walaupun pada hakikatnya, sewaktu dia memasak nasi goreng kampung tadi, dia teringat akan Aidan.

"Nama pun anak abangkan. Benih abang. Mestilah ikut abang." Selamba Aidan membalas.

Dan Aralyn malas hendak melayan. Sengaja dia buat-buat tidak dengar sambil mata memandang ke arah jalan raya. Alah, macam dia pula yang memandu.

Aidan hanya menggelengkan kepala dengan gelagat Aralyn. Sekejap baik, sekejap moody. Haih! Perempuan!

Bersabarlah Aidan.

*****

AIDAN menempah bilik hotel mereka secara bersebelahan. Senang untuknya memantau dan menolong Aralyn jika wanita itu perlukan pertolongan. Selepas check-in hotel, Aidan membawa Aralyn dan Adib ke projek yang hampir siap itu. Dia terpaksa membawa Adib ke sana memandangkan tiada siapa yang akan menjaga Adib di bilik hotel.

"Tidak jauh dari bandar Melaka." Komen Aralyn sebaik saja dia melihat bangunan apartment yang hampir siap itu.

"Ya, sayang. Senang nanti kalau nak ke bandar." Balas Aidan.

"Kita nak ke mana ni?" tanya Aralyn selepas pulang dari melihat apartment yang hampir siap dibangunkan.

"Jalan-jalan bandar Melaka. Tapi sebelum tu kita kena cari makan dulu. I dah lapar ni," jawab Aidan. Hampir masuk pukul satu tengah hari.

"Yalah." Setuju Aralyn kerana dia juga lapar. Manakala Adib tidur keletihan di belakang.

"You nak makan apa?" Aidan berpaling sekilas ke arah Aralyn sebelum fokus pada pemanduannya.

"Hmmm... asam pedas ikan pari, boleh?" balas Aralyn. Alang-alang datang Melaka ni, ingin juga merasa asam pedas kerana sudah lama dia tidak makan asam pedas.

"Everything for you, dear." Angguk Aidan. Apa yang Aralyn inginkan, dia akan tunaikan.

Selesai memesan makanan tengah hari mereka, Aralyn memeriksa email melalui telefonnya. Adib masih lagi tidur di atas riba Aidan. Bekas suaminya yang beria-ria hendak meriba Adib. Jadi Aralyn biarkan saja.

"You, kejutkan Adib. Nanti dia menangis pula kalau lapar." Pinta Aralyn. Biasanya waktu macam ni, waktu makan untuk Adib.

Aidan mengejut Adib. Tidak susah untuk Adib bangun. Sejenis tidur-tidur ayam barangkali.

"Bangun makan sayang." Aidan mengejut Adib. Adib bangun terpisat-pisat. Dia bangun ke tandas dengan membawa Adib untuk membasuh muka anaknya itu. Aralyn memandang langkah Aidan. Nampak sisi Aidan yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang Adib. Anak dia, mestilah kena ambil berat.

Selesai makan tengah hari, mereka menuju ke Kota A Famosa dan juga tempat-tempat bersejarah di Melaka sebelum pulang ke hotel memandangkan hari sudah senja. Itu pun belum puas lagi berjalan-jalan dan mengambil gambar. Adib sangat gembira dan enjoy percutian mengejut ini.

Pantang Aidan ajak untuk mengambil gambar, laju saja Adib mengikut si papa. Aralyn hanya menggelengkan kepalanya. Tak mengapalah. Asalkan si anak gembira, dia sudah cukup gembira.

Selepas makan malam di hotel tersebut, mereka naik ke bilik. Malam itu, mereka tidak keluar makan di luar kerana ada kerja yang perlu disiapkan segera sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

"You masuk dulu. I nak ambil laptop kejap," ujar Aidan. Disuruh Aralyn masuk bersama Adib dan dia berlalu ke biliknya yang terletak bersebelahan bilik Aralyn.

Aidan membuka pintu bilik Aralyn yang tidak berkunci itu. Kerisauan jelas terpancar di wajah Aralyn. Dia tahu yang Aralyn risau jika ditangkap khalwat bersamanya. Tapi dia lagi suka. At least Aralyn kembali padanya.

"You jangan risau. Pintu ni I biarkan terbuka. Lagipun Adib ada sekali." Pintu bilik Aralyn dibiarkan terbuka. Dan Aidan tidak gila untuk mengikat Aralyn dengan cari begitu. Itu membuatkan bekas isterinya semakin membenci dia.

"Errr... okay." Angguk Aralyn sebelum fokus pada kertas di depannya.

"Adib tengok kartun dulu ya. Papa dan ibu nak siapkan kerja," ujar Aidan sambil menggosok kepala Adib yang duduk bersandar di atas sofa yang berdekatan dengan mereka.

"Baik, papa." Adib fokus pada televisyen yang menayangkan kartun kegemarannya.

Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Aralyn menutup mulutnya yang menguap itu. Dia sudah mengantuk tetapi kerjanya masih tinggal sedikit lagi perlu disiapkan. Aidan mengerling jam di laptop sekilas sebelum bersuara.

"You pergilah tidur. Biar I sambung buat di bilik I." Kesian juga melihat Aralyn yang menahan kantuknya dari tadi. Dia tahu yang Aralyn memang jenis tidur awal.

"Tapi..."

"Dah. Simpan semua ni. Biar I siapkan. Lagipun Adib dah tidur tu."

"Yalah." Setuju Aralyn yang sememangnya mengantuk sangat-sangat. Biasanya dia akan bangun pukul 4 pagi untuk siapkan kerja.

"Good night, sayang. Jangan lupa kunci pintu." Ucap Aidan sebelum keluar dari bilik Aralyn dan menuju ke biliknya.

Pada keesokan harinya, selesai saja kerja mereka di Melaka, mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Dan sebelum pulang masih sempat Aralyn mencari buah tangan untuk para pekerjanya. Dah alang-alang sampai di Melaka, rugi pula tidak membawa balik cenderamata dari situ.

NOTE: Sorry for the late update. enjoy ya. Jangan lupa vote dan komen. 16 vote for next chapter okay.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat islam.

Tulusly,

HezyRose.

HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]Where stories live. Discover now