BAB 7

1.7K 74 4
                                    

KALI ini sudah masuk kali ketiga Aralyn menatap skrin iPhonenya. Tidak percaya dengan pesanan wassap yang dia terima dari Aidan. Perlu ke dia ikut lelaki itu ke sana? Kalau dia hantar wakil tak boleh ke?

Esok ikut I ke Melaka untuk tengok projek yang dah nak siap tu.

Tanpa salam Aidan menghantar pesanan wassap padanya.

Berapa hari?

Aralyn membalas pesanan itu. Kalau ikutkan hati dia, dibiarkan saja tidak berbalas tetapi dia perlu bersikap profesional jika berkait dengan kerja.

2 hari.

Aidan membalas dengan ringkas. Belum sempat Aralyn membalasnya, pesanan wassap dari Aidan masuk lagi.

Bawa Adib sekali. I dah call cikgu Adib tadi. Esok dan lusa Adib cuti.

Tanpa membalas wassap Aidan, terus Aralyn menelefon Aidan dan tanpa salam diterjah Aidan dengan nada yang geram.

"Yang you pandai buat keputusan tu kenapa? I tak bagitahu pun lagi yang I setuju untuk ikut you ke Melaka esok."

Panjang lebar bebelan Aralyn. Ditembak Aidan seperti peluru.

"Sayang... yang you nak marah-marah ni kenapa? Tak salahkan kalau I bagitahu cikgu Adib awal-awal. Lagipun I ada hak untuk buat keputusan ke atas Adib. I papa dia kan." Balas Aidan dengan tenang.

"Yalah tapi..."

"Dah. Tak ada tapi-tapi. Esok you ikut I pergi Melaka. I ambil you. Tak payah drive. You kena tengok sendiri projek tu. Kalau tak, susah nanti you nak buat pelan untuk rekaan dalaman tu."

Putus Aidan dengan tegas. Dia tidak mahu mendengar alasan dari Aralyn. Dan dia perlu bertegas. Kalau tak, jangan harap bekas isterinya akan mendengar katanya. Lagipun, dia sudah membuat rancangan untuk meluangkan masa bersama dengan Adib dan juga Aralyn. Manalah tahu, dia dapat memikat hati Aralyn lagi.

"Huh! Yalah. I ikut." Akur Aralyn. Kalau dah Aidan bertegas macam tu, maknanya penting. Tidak akan ada toleransi lagi.

"Good girl. Esok ya. Pukul 8 pagi." Pesan Aidan.

"Okay. Bye." Tanpa salam dan menunggu balasan dari Aidan, terus Aralyn putuskan panggilan itu. Biarlah Aidan anggap dia kurang ajar ke apa. Yang penting sekarang ni, dia tengah sakit hati dengan lelaki itu.

Tahu nak memaksa saja.

Seperti yang dijanjikan, Aidan mengambil Aralyn dan Adib di rumah Farah. Farah, awal-awal lagi sudah berangkat ke tempat kerja dan sudah dimaklumkan kepada Farah bahawa dia akan ke Melaka atas urusan kerja.

Aidan keluar dari kereta dan menghampiri Adib yang sedang berdiri di sisi kereta Aralyn.

"Assalamualaikum, anak papa. Sayang sihat?" tubuh Adib dipeluk tanda dia rindu kerana semalam dia tidak sempat meluangkan masa bersama Adib lama. Sekejap saja kerana dia ada mesyuarat penting.

"Waalaikumussalam. Adib sihat. I miss you, papa." Pipi Aidan dicium Adib dan kepala didaratkan di dada Aidan yang bidang itu.

"Papa miss you too, sayang." Aidan mendukung Adib. Dia melangkah menuju ke kereta selepas melihat Aralyn sedang memasukkan beg ke dalam boot kereta.

"All done?" tanya Aidan.

"Yes." Angguk Aralyn.

"Kalau macam tu, jom gerak." Aidan meletakkan Adib di seat belakang. Tali keledar di pakaikan untuk keselamatan anaknya. Aralyn sudah pun masuk ke bahagian penumpang di hadapan.

HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]Where stories live. Discover now