Jom mulakan hidup baru : 1st day after holiday!

5.8K 168 14
                                    

Haa...

Hiiiish...

Urghhhh...

Alahai...

Ha... Bunyi di atas dikeluarkan oleh wanita yang sedang mengeluh-

- yakni aku.

Adududu...

Serba Tak kena pula rasanya, seperti ada sesuatu yang kurang. Pensil yang kupegang, sekejap ke telinga, sekejap ke bahu, sekejap bergoyang-goyang dijari, bergolek di meja.. macam-macam aktiviti lah pensil tu kecuali melakukan kerja hakikinya yakni melakar. Pening pensil dari keluarga HB Ni, andai dia mampu mengomellah.

Aku kembali bertugas sebagai pelatih Kat satu butik terkenal-

Intern?!!

Butik...?!!

Kenapa aku rasa Ada persamaan je dengan  drama yang tengah hot Kat tv sekarang ni.

No! No! Tak sama!!!

Owner butik aku sekarang ni-

Nope! Definitely Tak sama.

Bukan nak kutuk boss aka mentor penilai markah practical aku...

Tapi-

Auw!!! Kalah sotong...

Berleter kalah mak nenek..

Hurm.. apa lagi aku nak membawang ni?

Aha..

Dia dah berkahwin Tau... Tak sanggup Tau nak bermadu. Hish! Tetiba je bulu Roma aku tegak berdiri.

Aku menggeleng. Involuntarily!

Seram!

"Hamboi! Hamboi! Hamboi!"

"Cik adik Kita yang masih inai merah dijari... Berangan Tak hengat!"

Suara sotong mula berbunyi tapi bukan dari boss aku tapi dari spesis lain, assistant boss aku, miss Kay nama dipilih sendiri-

Nama mak bapak kasi, biarlah rahsia di dalam IC.

Bukan pantun original dari aku Tau, tapi dari empunya diri, tagline wajib apabila miss  Kay memperkenalkan diri.

"Mana Ada!" Laju ke aku menafikan.

" Kolam idea Sya tengah keringla," aku bersuara manja.

" Boss minta Sya lakar design fresh bake from oven. Idea budak uni,"

"Huh! Half baked idea bolehlah," Kay mengibas rambutnya Gaya diva.

Ambooi lasernya mulut dia ye... Aku mengumam di dalam hati.

" Jangan tersinggung ye dik, you don't have enough experience,"

"Tapi miss Kay Tak percayalah berangan sebab tu... pengantin baru.. mesti kerana encik suami kan?" Kay melabuhkan dirinya dihadapan aku.

"Kenapa Tak datang ke majlis Sya... Sedih Tau"

" Ala.. on that day. Kay kena bug ceri beri.. melepek macam Kain buruk,"

"Ala... Ciannya," aku berbunyi simpati, manja.

" Tak perlu sedih, my honey bunny jaga I sampai ke pagi-" dia memimik muka skandal atau muka gatal ya ampun!

" Eww!! TMI," aku memotong cakapnya sambil ketawa. Dia turut sama ketawa bersama aku.

Kay mengerakkan jemarinya, " Mana gambar suamimu itu? Dengar kata aum.. mengancam!"

My Gentle Bear (malay)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora