Bab 2 : I'll be your Knight in shining armor

4.3K 216 9
                                    

"Semua sudah bersedia?"

"Pihak kompang?"

"Pengantin? Pengapit? Sila duduk di posisi masing – masing."

Meriah suara si Azah, lagak seperti wedding planner. Secara jujurnya aku belum masih hilang rasa gementar apabila melangkah ke pintu Dewan. Ini kerana aku sememangnya tidak terlibat di dalam urusan reception. Si abang Nabil mahu menguruskan semuanya kerana itu adalah hadiah darinya. Dia hanya mahu aku sit back and relax, hanya uruskan baju yang perlu aku pakai.

So… abang Nabil. Semuanya dia nak kontrol.

“ Jom little one, semua orang menunggu Kita,” Dia menghulurkan tangannya. Aku masih lagi malu dan teragak – agak menyambut tangannya, namun aku gagahkan juga.

Ketibaan kami diumumkan oleh pengerusi majlis dan pukulan kompang berbunyi meriah menyambut ketibaan kami. Kiri dan kanan aku penuh dengan lelaki berpakaian lengkap seperti men in Black, berkaca Mata hitam,

‘aah.. ini mesti pekerja abang Nabil.’ Aku berbisik sendiri.

Wow!

Tapi tatahias Dewan ni membuatkan aku speechless. Seperti taman di dalam Dewan, semuanya sempurna, dari segi atur hias bunga, susun atur meja hingga ke pencahayaan lampu. Instead of using round table, mereka guna meja panjang berserta bangku seperti diperbuat dari kayu pallet, bagi mengambil essence taman untuk di bawa masuk ke dewan.

Pelik Kan? Aku boleh perasan semua detail itu. Itu tandanya aku gemuruh dan aku cuba alih perhatian pemikiranku ke tempat lain.

“Do you like it?” Encik suami berbisik rapat ke telinga aku yang pasti semua hadirin yang sedang tertumpu kepada kami perasan akan tindakkannya kerana beza ketinggian kami yang ketara.

Aku menganggukan kepala, “ love it”.

But wait? Siapa yang uruskan majlis ni? Abang Nabil or …? Aku memandang wajah suamiku. Aku menarik sedikit Kain baju lengannya, mohon perhatian.

Dia merendahkan kepalanya,

“ yes?”

“Abang ke yang uruskan semua ni?” wah! Aisyah licin pula perkataan abang meluncur dari bibirnya.

Dia tidak menjawap soalan aku, hanya meletakan tangan aku di bibirnya.
Kasut tinggi dan tangga berbaldu, membuatkan aku lebih berhati-hati. Tentulah aku Tak ingin menyembah ke bumi di Hari bahagia ini.

“ Women Dan their heels,” umam si Encik suami, sebelum untuk Kali ke dua aku melayang ke udara. Seluruh Dewan bersiul riang. Sempat lagi dia mengucup pipiku sebelum meletakan aku di kerusi pelamin.

“ Grrr… geram,” ujar si Encik suami sebelum mengambil tempat di sisi aku. Tona muka? Perlu ke aku gambarkan? Rasanya… Tak perlu kot!

“ wah! Pengantin lelaki menjadi pahlawan pada Hari ini. Knight in shining armor.”
Kata – kata MC disambut dengan gelak Dan siulan nakal.

“ Pesanan buat pengantin lelaki, ini Malaysia bukan America. Tolong kurang adegan 'muah muah' tu. Underage ramai Kat bawah tu,”
Sekali lagi dewan dipenuhi dengan gelak ketawa.

“ Sila bertenang para hadirin sekalian kerana acara tepung tawar renjis merenjis ajak bermula tidak lama lagi. Tapi sejujurnya saya seperti terkena kejutan electric dengan Sikap pengantin lelaki Kita pada Hari ini. I didn’t realize that he has a romantic bones in his body,” sempat lagi MC mengusik.

Aku andaikan yang MC itu adalah kenalan suami aku. Aku tetap tersenyum malu. Malu tapi bahagia

Majlis diteruskan tanpa sebarang halangan. Selain dari keluarga, rakan – rakan kedua belah turut serta menepung tawar. Kedua belah Pihak dapat mengenal secara ringkas mengenai rakan taulan masing -masing.
Acara makan bersama pengantin dan ahli keluarga pun berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma hati ini sedikit sayu kerana aku baru tahu yang suamiku ini sebatang kara, hanya rakan menjadi wakil keluarga. Mungkin penglabelan kami sama, anak yatim, cuma aku lebih bernasib baik kerana aku Ada abang Nabil. I’m not totally alone.

“Wah! Kau Amin.. aku Tak pasti aku perlu tumpang gembira atau seram tengok perangai kau dengan isteri kau ni,” Shah, salah seorang rakan suami aku mewakili keluarga untuk dia, mengusik.

Amin aka Encik suami mengabaikan kata – kata rakannya seperti angin lalu kerana dia tetap mengunyah makanannya dengan bersahaja.

“ Kan… diam – diam Ubi kayu, lama Tak jumpa tiba – tiba terus bersatu,” sambung Kalai, salah seorang pekerja abang aku yang berbangsa India.  Sejujurnya aku tidak begitu mengenali orang bawahan abang aku kerana aku secara halus dilarang ke tempat kerja abang Nabil dengan alasan keselamatan. Huh! Ada juga rasa nak memberontak. His life... aku tak boleh campur tapi kalau hidup aku? Ok.. lebih baik aku berhenti monolog di sini.

Ada sepasang suami isteri turut sama di meja makan, satu – satunya pasangan suami isteri.  Mungkin hayalan aku sahaja, tapi aura koperat sang suaminya itu memang terserlah. Dan aku rasai dia bukan orang bawahan abang aku. Lagipun wajahnya pan Asian kot! Berwarna biru kehijauan. Err.. mungkin aku salah. Memang jelas kelihatan abang Nabil begitu selesa dengan mereka, terutama si isteri, mungkin kenalan lama kot! Jarang aku lihat dia sebegitu selesa dengan orang luar.

Ada lagi seorang wakil perempuan di meja ini, tapi kalau tak salah pendengaran namanya Ajis? Sekali sekala dia turut menjadi mangsa usikan di meja ini.

“ Amboi kau Ajis, semakin ke arah kewanitaan sejati, cantik baju kau malam ni,” puji plus perli, aku hanya mendengar. Tapi baju yang dipakainya rekaan pereka terkenal negara, memang Anggun pun, memang kena dengan potongan genit si pemakai. Bagaimana aku tahu? Anggaplah aku peminat pereka itu.

Peliknya pemilik bernama ajis hanya mengenyitkan Mata, tapi bukan ke arah si pemuji tapi ke arah suami aku.

Suami aku?

“How do I look Amin?”

Suami aku menayangkan lesung pipit kepada wanita itu. “ you look good, as always, Haz,”

My Gentle Bear (malay)Where stories live. Discover now