BAB 5: 1st date - We're flying in the air, literally

15.5K 157 22
                                    


Random monolog,
'She’s so adorable,'
Amin
**

Mentari pagi mula terasa bahangnya, sebahang wajah aku sekarang ni.

Why?

Wae?

Jeda.

Wae?!!

Awat bahasa Korea pula yang keluar Ni?! Haru sungguh!

Ulang semula…

Kenapa aku membahang lagi untuk ke sekian kalinya.

Ha…

Ini kerana aku kini menjadi pembonceng motosikalnya berkuasa tinggi yang tempat duduk belakangnya sedikit terjongket ke depan.

Boleh bayangkan tak keadaan aku sekarang ni?

Kukuh kan alasan untuk pipi aku membahangkan diri?

Boleh bayangkan keadaan posisi tangan, tubuh aku kini di mana?

Dengan tahap kelajuan kenderaan ini dipacu, buat masa sekarang ni, amatlah tidak membantu dalam situasi yang sedang aku alami sekarang ini.

News flash!

Aku tak pernah menjadi pembonceng motorsikal berkuasa tinggi seperti ini.

Second news flash!

I kinda like it! Yeah…

🎶Euphoria…🎶

Tiba-tiba terlintas pula satu melodi lagu..

Kenapa lagu korea pula yang keluar ni?

Jungkook BTS pula tu?

Lantaklah…

Dari aku layan perasaan malu yang tidak berkesudahan ini, baik aku alihkan perhatian aku kepada benda lain.

🎶Take my hands now,
You are the cause of my euphoria🎶

Seiring dengan lirik, tanpa sengaja tangan aku pun turut terawang ke udara.

"Aisyah! Hold on tight, don’t let go.."

Abang Amin bersuara sambil membuka visornya separuh sebelum ditutup semula.

Opss!!

Tapi apabila mendengar ayat 'hold on tight', otak aku tertrigger lagu lain pula, mulut aku terus meng'humming'  lagu Korea yang lain pula..

🎶Kkwak jabajwo.. nal anajwo..🎶
     (Hold me tight).. (hug me)
🎶Can you trust me 2x🎶


“Aisyah! Did you say something?”

Sekali lagi abang Amin membuka visor topi keledarnya.

Aku menggelengkan kepala.

Eh! Abang Amin mesti tak nampak Kan?

“ Tak de apa-apa,” aku sedikit menjerit ke telinganya. Dia kembali menutup visornya dan sempat lagi abang membetulkan tanganku supaya aku lebih erat memeluknya.

Omo!

Omo!

Omo! Overload!

Omo, omo pun, rasa bahagia tetap menyelinap di hati. Hatiku bersorak girang.

Lebih kurang hampir empat puluh lima minit aku memeluk abang Amin dari belakang.

Hasilnya?!!

Sense of familiarity terbina. Darah sudah tidak lagi asyik menyerbu ke muka, dicampur pula dengan adrenaline menjadi pembonceng , aku menjadi semakin rileks dengan kehadiran abang Amin.

Pemandangan di jalanan mula bertukar dari suasana kesibukan kota ke kawasan yang dilitupi pokok-pokok hutan kecil. Tidak syak lagi kami mula mendaki kawasan berbukit yang sudah tentunya berselekoh tajam dan kecil.

Heaven bagi pemandu motorsikal ..

Tak berapa nak heaven bagi pembonceng amatur seperti aku ni.

Erk! Aku lebih banyak memejam mata dan mengucap panjang setiap kali bertemu selekoh. Tanpa perlu dipaksa, memang bertambah eratlah aku memeluk abang Amin.

Halaju motorsikal diperlahankan dengan drastiknya, jadi aku tekalah yang kami sudah sampai ke destinasi.

Di Mana kami sekarang ni?

Di puncak bukit.

Yeah!!

Aku memang suka Alam semula jadi,
kalau aku datang bersama dengan kengkawanlah tapi datang bersama dengan suami Ni.. kiranya satu pengalaman baru yang bakal aku alami.

Yeah or nay?

Ish! Takkanlah Nay pula kan?

Abang Amin mula membuka topi keledarnya lalu diletakkan dibahagian tangki sebelum dia melihat cermin sisi sambil membetulkan rambutnya dengan jari.

Manakala aku sebagai seorang pembonceng sudah tentulah aku perlu turun dahulu-

-Kan?

Ddaeng!

*Ddaeng = salah (Korean off cause)

“Aisyah! Just stay where you are, jangan turun lagi,” abang Amin menongkat motorsikalnya terlebih dahulu sebelum turun dengan berhati-hati. Aku sedaya upaya menstabilkan diri supaya tidak terlalu tercondong ke hadapan.

My Gentle Bear (malay)Where stories live. Discover now