Bab 1 : Prolong & Pertemuan

7.5K 231 22
                                    

Prolog

Kringgg….

Deringan klasik ringtone mengejutkannya dari tidur. Matanya terus terbuka tanda sedia, Dia tidak terpisat pisat, tidak dalam keadaan mamai, tidak perlu mengeliatkan badan, dia terus dalam keadaan bersedia apabila telefonnya berbunyi. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Involuntary, sebelah tangannya berada di bawah bantal memegang senjata manakala sebelah lagi mencapai telefonnya yang berbunyi.

"Hello,"

Suara dalam Dan garau hasil dari bangun tidur memang tidak dapat disembunyi.

"I need your help."

"Name it"

"Aku nak tuntut budi"

Jeda

"Name it"

"Ulangnya lagi."

"Marry my sister"

Jeda

"Kosong, kosong?"

"Kosong kosong"

Suara itu mengiakan

"Considered it done."

"Thanks"

Jeda.

"Bila?"

Suara itu memberitahu tarikh pernikahan mereka, lagi 2 minggu dari sekarang sebelum mematikan talian.

Matanya segar, tak mampu dipejam lagi. Adakah dia menyesal?

Tidak!

Hutang budi dibawa mati, dalam kes ini, hutang budi membawa kepada pernikahan, perkahwinan. Untuk Kali pertama dia mengeluh. Mampukah aku menjadi suami yang baik?

Untuk Kali pertama juga dia tertanya– tanya bagaimana rupa bakal suri rumahnya sekarang? Kali pertama dan terakhir dia melihat bakal isterinya adalah pada 7 tahun lepas, tika bakal isterinya masih di alam remaja, dunia masih dipenuhi pelangi dan unicorn sedangkan dia pada waktu itu sudah bertemu raksasa bertopengkan manusia.
Tanpa sedar,jarinya menyentuh parut panjang merentasi wajahnya. Dia bukanlah insan sempurna, dapatkah si dia menerima dirinya seadanya?

Bab 1

Semua orang di dalam masjid menunggu ketibaan pengantin lelaki. Kedengaran desas desus orang berbisik, bergelak ketawa, bergurau senda. Sedangkan aku?
Bukan setakat Rama – Rama berterbangan di dalam perut aku sekarang ni, ulat beluncas, pulpa, semua kitar hidup Rama - Rama sedang berpesta dengan gembiranya. Aku menarik nafas lagi. Baju pengantin yang kupakai ini adalah rekaan aku sendiri. Warna putih gading, berpotongan duyung, berlapiskan lace bunga 3d warna senada, bertatahkan manik manik yang aku Jahit sendiri. Ya semua yang ku pakai in adalah seratus peratus hasil tangan aku sendiri. Aku tidak memilih tipikal dunches satin kerana kain tersebut panas, sebaliknya aku memilih kain dari jenis moss crepe berkualiti tinggi yang bagiku lebih selesa kena sifat kainnnya yang sedikit memeri, memberi ruang untuk aku bernafas terutamanya apabila aku duduk dalam posisi aku sekarang ni.

Duduk-

-bersimpuh

- lebih dari dua puluh minit.

Ini bukan masalah pengantin lelaki lewat tapi masalah berpunca dari Pihak perempuan yang terlalu awal.

Terlalu awal…

Kerana?

Menurut abangnya, dia perlu melakukan pemeriksaan parameter keselamatan kawasan sekitar masjid.

Nak je aku jerit!

Ini Masjid abang kesayangan oi! Masjid! Siapa yang nak buat kekacauan? Siapa yang mahu buat kekacauan di tempat ibadah. This is Malaysia!

My Gentle Bear (malay)Where stories live. Discover now