Episod 1: Pertemuan Buat Kali Pertama

5 0 0
                                        

Perspektif Ketiga

Kelihatan kelibat seorang gadis yang seakan-akan kelam-kabut. Rambut yang berwarna hitam itu dengan segera diikat dengan rapi dijadikan sanggul. Alya memakai anak tudung sebelum menyerlum masuk tudung sekolah putih itu ke atas kepalanya. Gadis itu kemudian mengambil beg dan failnya yang berada di atas katil tidurnya dan segera bergegas keluar ke ruang tamu untuk menyalam ibubapanya.

"Ibu, akak pergi dulu ye." Dia membengkokkan badannya untuk bersalam dengan ibunya yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu. Selepas menyalam ibunya, dia menoleh ke ayahnya dan mengulangi perbuatannya.

"Bye ibu, ayah! Along, adik, jangan keluar pergi mane-mane pulak. Nak gi mall tunggu kak lang!" Alya jerit di bingkai pintu depan rumah mereka. Dia menarik basikalnya yang berwarna merah, warna kegamarannya. Dia duduk di tempat penaiki sebelum mengayuh basikalnya itu ke Sekolah Menengah Alam Shah.

Dia tersenyum memikirkan rakan-rakannya yang sedang menunggunya di sekolah. Alya merupakan salah seorang daripada sekumpulan rakan yang kecil. Dia bukanlah tidak terkenal di sekolah. Dia hanya dikenali oleh rakan sebatchnya dan dikalangan guru-guru disebabkan oleh sikap 'friendly'nya.

Dia tiba dihadapan sekolahnya itu. Dia memasuki basikalnya kedalam dan menempatkannya dia bawah bumbung yang disediakan. Alya menaiki tangga banggunan Blok A yang bertingkat tiga.

"Aduh. Asal lame sangat ni nak sampai?!" Keluhnya, "Mengeletar lutut aku ni cam orang tue dah."

Alya menaiki tangga itu dengan perlahan akibat kepenatannya itu. Terasa bagai lemak perut dan kakinya terbakar. Alya tu 'over'. Padahal naik tangga me tingkat tiga tidak cukup untuk membakar lemak lagi.

Alya berada di tangga tingkat dua sebelum ada seseorang yang datang dari belakang menolaknya.

"Ouff!" Jerit Alya. Dia lihat ke atas dan rupa-rupanya ia seorang lelaki. Lelaki itu memakai baju biru, menandakan bahawa dia ialah pengawas.

"Kau okey tak?" Tanya lelaki yang menolaknya itu. Alya perlahan-lahan bangun dan memaparkan kemarahan di mukanya.

"Ko tanye aku 'aku okey ke tak'? Hoi!! Sakitlah bodoh! Sebabtu aku jerit! Yang kau datang tetiba je tolak aku. Kau dah nampak badan aku lagumane kau faham-faham jelah, ala laki ni!" Tengking Alya. Sudah terkeluar segala mak nenek dari mulutnya itu. Benar-benar tidak tapis kata-katanya Alya ini.

Lelaki itu hanya menoleh dan tersenyum seakan-akan hendak ketawa. 'Eh die ni ketawe pulak' fikir Alya.

"Kau ni. Aku dok jadi Goku ni kau dok gelak. Woi kaum Adam, kau dah sakitkan aku yang kaum Hawe ni kau sedar tak? Kaki aku ni sakit lagi ni." Sentak Alya sambil memaut kepada dinding. Kalau tak memang jatuh la.

"Hamba yang berkaum Adam minta maaf tuan puteri yang berkaum Hawa. Nama hamba ialah Adam Daniel, pengawas sekolah ini dan pada hari ini saya secara tidak sengaja melukakan kaki awak." Cakap Adam. Alya tenung wajahnya yang mungkin dikatakan kacak oleh gadis lain tetapi hanyalah 'okay' kepada Alya.

"Kaum Adam, rupenye name Adam jugak." Alya menoleh dan berhasrat untuk sambung menaiki tangga itu sambil memengang dinding di sebelah. Tapi macam sloth pulak dia naik. Merah mukanya akibat jalan lembab dihadapan lelaki itu yang sedang memerhatinya sambil tersenyum.

"Ish kau ni! Aku dok naik tau. Ape kate kau panjat dulu naik atas daripada nanti kau tertolak lagi aku ni. Kan tak pasal-pasal patah pulak kaki aku ni." Adam gelak dan segera menaiki tangga itu. Alya melepas keluhan lega sebelum menyambung menaiki tangga itu.

Dia hampir sampai ketingkat tiga hanya lagi satu set tangga sahaja. Alya menoleh keatas dan Adam sedang menunggunya sambil mencangkung. Dia menepuk tangannya seakan-akan Alya itu bayi.

"Hoi...kau buat ape kat situ! Ko ingat aku ni 'baby' ke yang kau dok tepuk tangan tu!" Jerit Alya. Tanpa disedari ada 3 orang pelajar yang sedang menunggu di belakangnya.

"Alah kau sorang ja 'baby' aku. Kan nanti terjatuh baby aku, kesian pulak. Cepat, cepat. Come to papa!" Katanya dengan suaranya yang serak itu. Orang dibelakangnya tergelak melihat perlakuan Adam yang menganggap gadis itu bayi. Alya telan air liur dan menebalkan mukanya yang sedang merah akibat malu.

"Come to papa kepale hotak kau! Blah lah weh aku merayu kat kau!" Adam gelak sebelum berjalan pergi meninggalkan gadis yang sedang marah itu.

'Menyusahkan je.' fikir Alya.

TIMESKIP

PERSPEKTIF ALYA

Dah masuk waktu rehat dan budak kelas aku lari macam gorilla tak makan setahun. Aku hat gemuk ni pon tak lari. Aku berjalan dengan geng aku yang amat aku sayangi. Ara, Sofi, Sabrina, rakan baik aku sejak sekolah rendah.

"Kaki kau okey dah ke Alya?" Tanya Sabrina.

"Dah. Urat aku lari je. Tadi Sofi urut aku made kelas BM. Ini macam." Aku 'thumbs up' dan Sofi menjelingnya.

"Ha banyak la hang punya 'thumbs up'. Dah la kaki hang busuk." Aku menampar kepala kawan aku yang mulut celupar itu.

"Korang ni gaduh je tau." Geleng Sabrina. Ara yang senyap akhirnya bersuara.

"Macam mana awak boleh jatuh?" Aku hanya mengangkat bahunya, "Mamat mane tau tolak aku."

Adam Daniel. Name sedap tapi perangai! Nakal. Cam budak-budak. Aku geleng. Entah kenape aku fikir pasal die. Geram tak habis lagi la kot.

Kami sampai di kantin dan masyaallah ya habibi, ramai bak hang. Sabrina dan aku beli air dan jage tempat. Ara dan Sofi beli nasi ayam Cik Elly.

Sambil menunggu Ara dan Sofi, aku bersembang dengan Sabrina. Aku lihat ke atas, memikirkan itu Ara dan Sofi. Terbeliak mataku melihat orang lain yang datang.

Tapi Adam yang mendekati meja aku.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Aug 10, 2019 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Terimaku Menjadi MilikmuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora