"Aku okay," balasku sebelum kembali melontarkan pandangan ke luar. Barang barang semua aku dah siap kemas dan letak dekat bucu katil.

Rakan rakanku berpandangan sesama sendiri.

"Kau still fikirkan hal dalam kelas tadi?" Soal Diyana.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku tak tahu lah kenapa sejak dua menjak ni, banyak pulak masalah yang muncul. Masalah dengan cikgu, Izwan, Bella.

Aku melepaskan keluhan berat sebelum meraup wajahku kasar. Ya Allah. Sumpah aku stress.

"Ala, chill la. Tak payah fikir sangat. Aku tak rasa pun benda tu benda besar. Budak budak gedik tu je yang melebih nak serang serang kau bagai."

"Nasib baik Izwan ada masa tu. Kalau aku ada dekat situ, memang makan penampar jepun aku lah Bella si minah berlagak tu."

Afieya membebel sambil gigit straw.

Aku dah ceritakan semua yang jadi tadi pada mereka semua.

"Haah, Ara. Kenapa kau nak kena serabutkan fikiran kau untuk fikir pasal masalah ni je? Dia orang tu saja je nak cari pasal. Nak tengok kau marah marah. Lagi kau fikir, lagi kau serabut. Dah. Tak payah fikir pasal benda ni lagi okay?"

Syuhada menghadiahkan sebuah senyum manis kepadaku.

Tak kisah la apa pun yang dia orang cakap, aku masih tak boleh lupakan apa yang jadi harini.

"Aku pelik. Kenapa diorang layan aku macam ni? Dari dulu lagi. Diorang tak pernah puas hati dengan aku. Ada je benda yang tak kena. Apa salah aku? Aku penat la macam ni," entah kenapa tiba tiba aku rasa sebak.

"Aku tak pernah pun cari pasal. Tapi diorang tak habis habis kacau aku. Aku rasa macam... hidup aku tak tenang kat sekolah ni. Ikutkan hati aku, memang dari dulu lagi aku dah angkat kaki blah dari sekolah ni. Aku stay sebab aku fikir pasal parents aku je."

"Haters gonna hate," Diyana bersuara mendatar.

"But the best will stay," sambung Diyana sambil tersenyum ke arahku.

Aku membalas senyuman Diyana dengan sebuah senyuman tawar.

"Oh ya... tadi masa aku beli air ni kat vending machine sebelah dataran, aku terserempak dengan Izwan. Dia kata, dia nak jumpa kau." Afieya menyedut air kotaknya buat kali yang terakhir sebelum mencampakkan kotak kosong itu ke dalam tong sampah.

Aku terdiam.

"Wuu. Abang headprefect kita nak jumpa kak long kita la... so fishy!" Amelia tersenyum nakal.

Aku capai bantal busuk Raysha di atas meja belajar ku dan mencampakkannya tepat ke wajah Amelia.

"Goal!" Aku tersengih.

Rakan rakanku yang lain terus ketawa terbahak bahak bila melihat wajah cemberut Amelia.

"Iee apa ni main baling baling bantal! Cha, dah berapa lama kau tak cuci bantal kau ni? Bau ketiak Piya lagi wangi dari bantal busuk kau."

"Apahal ketiak aku pulak jadi mangsa ni? Meh sini. Bagi aku bau ketiak kau. Entah entah lagi busuk dari ridsect." Afieya berlari ke arah Amelia dengan wajah tak puas hati.

"Andwae! Jangan! Aku tak mandi lagi sejak pagi tadi!"




















❀❀❀

"CINTA sejati boleh diibaratkan sebagai pengakhiran kepada sebuah penantian. Penamat selepas permulaan. Pelabuhan selepas pelayaran."

[OG] Pujaan Hati Mr HeadprefectWhere stories live. Discover now